Monday, January 26, 2009

Alhamdulillah...


Alhamdulilah, segala urusan berkenaan Almarhum Hatta telah selamat dilaksanakan. Penerbangan menaiki Egypt Air ke Malaysia pada pukul 3.00 pagi tadi telah selamat berlepas. Insyaallah mengikut jadual, arwah dan juga abangnya ust Hambali akan tiba di rumahnya pada pukul 1@2 pagi waktu Malaysia...Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan pengkebumian di sana berjalan dengan lancar dan selamat serta dipermudahkan olehNya...Di sini, @mbe ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman bersama-sama dengan arwah...

2004-2008 : Selama 4 tahun arwah belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Pernah memegang jawatan dalam persatuan dan juga perwakilan pelajar. Jawatan terakhir yang disandang oleh arwah ialah Yang di Pertua (YDP) bagi Dewan Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Seorang yang terkenal dengan baik budi bahasa dan akhlaknya dikalangan kawan-kawan dan juga kakitangan Maahad. Sifat yang dimilikinya ini menjadikan Hatta disegani oleh semua orang.

September 2008 : Selamat sampai di Mesir bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar. Menginap di kompleks Keluarga Penuntut Terengganu(KPT) di Haiyyu Asyir bersama beberapa orang sahabat.

20 Januari 2009, Selasa : Arwah ke hospital dengan ditemani sahabatnya bagi mengenalpasti penyakit yang dialaminya. Ketika itu Arwah masih lagi boleh berjalan seperti biasa tetapi batuknya saja yang agak teruk. Pihak hospital Mesir telah membuat satu
appointment dengan doktor dan juga arwah pada keesokan harinya tetapi tidak dapat dipenuhi oleh arwah keranamasalah  keuzurannya.

22 Januari 2009, Khamis : Sekali lagi arwah, abangnya dan seorang lagi sahabat ke hospital. Mengikut keadaan arwah pada ketika itu, abangnya berharap sangat-sangat supaya arwah dapat dimasukkan ke wad. Apa yang mendukacitakan, setelah berurusan dengan 5 buah hospital barulah arwah diperiksa dengan selayaknya oleh pihak hospital. Ada yang memberikan alasan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi dan sebagainya.Mesir2...Setelah 7 kali di ambil darah bagi sampel ujian, pihak hospital masih tidak membenarkan arwah tinggal di wad. Ya, sebanyak 7 kali arwah di ambil darahnya. Setiap kali darahnya diambil, darahnya membeku hinggalah kali ke-7. Entahlah samaada ini berkaitan dengan musim sejuk di Mesir sekarang @ meksi(nurse)  itu sendiri.

23 Januari 2009, Jumaat :
Keadaan arwah boleh dikatakan stabil. Pada petang itu, arwah terjatuh selepas keluar dari bilik air. @mbe dan kawan-kawan tiba sebelum azan Maghrib. Kami diberitahu oleh abangnya, keadaan arwah lebih baik dari sebelum ini membuatkan kami berasa sedikit lega. @mbe sempat menolong arwah untuk minum air sebelum kami semua pulang ke rumah. Kami tidak bercadang untuk bermalam di situ oleh kerana esok dan juga lusa merupakan hari peperiksaan bagi sebahagian besar sahabat di sana. Hajat di hati tak mahu mengganggu mereka untuk persediaan terakhir
final.

24 Januari 2009, sabtu, 1.30 pagi(waktu Mesir) : @mbe mendapat panggilan daripada seorang sahabat..."Hatta xdok doh...Meninggal kat spital(hospital)". Hanya Innalillahiwainnaailaihiraajiu'n yang mampu diucapkan. Baru sahaja beberapa jam yang lepas kami bersama arwah, berita yang diterima tadi seolah-olah sukar untuk diakui dan dipercayai oleh kami. Kenangan dan memori bersama arwah selama 3 tahun di Maahad dulu datang silih berganti. Hatta, kau pergi dulu dalam keadaan yang amat mulia. Matimu dalam menuntut ilmu
fisabilillah, InsyaAllah syahid dan syurga ganjaranmu..amiin.
Lebih kurang pukul 7.00 pagi, kami ke KPT bagi membantu pengurusan jenazah. Akan tetapi, permohonan untuk membawa keluar jenazah mengalami sedikit masalah. Pihak hospital hanya membenarkan jenazah diambil pada keesokan harinya. Kami akur dalam kecewa.Pihak hospital meminta wakil dari pihak kami datang pada pukul 9 pagi esok. Hanya penantian yang mampu kami lakukan...

 25 Januari 2009, Ahad : Lebih kurang 11 pagi, jenazah yang telah siap dimandi dan dikafankan tiba dan disambut oleh sahabat-sahabat yang telah bersedia menungu. Disolatkan di Dataran Hayyu Asyir bersama-sama pihak dari kedutaanSolat Jenazah tersebut telah dimamkan oleh Mufti dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Alias yang berbetulan sedang berkursus disini. Setelah selesai, jenazah terus dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk penerbangan balik ke Malaysia pada pukul 3 pagi nanti. Abang arwah, ust Hambali turut mengiringi arwah balik ke Malaysia. Kami bertolak dari Hayyu Asyir ke airport pada pukul 11 malam bagi menghantar ust Hambali dan dua orang sahabat dari Terengganu yang berkebetulan balik pada penerbangan yang sama. Setelah selesai wida' dan check in, kami pulang dengan doa moga-moga semuanya selamat sampai ke Malaysia mengikut jadual tanpa masalah. 

*KLIK untuk maklumat lanjut
~Al-Fatihah~

2 comments:

Anonymous January 30, 2009 at 10:35 AM  

aku perasan de keilapan tarikh..tarikh allyarham meninggal pd 240109 bkn pd 230109 spt yg kamu tulis..

@MBe January 30, 2009 at 11:15 PM  

to taj murah

thanz bro atas teguran y tepat n brmkna tu...keep it up!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP