Thursday, February 26, 2009

Catatan Ringkas PIALA PRESIDEN 2009...


~Istad Zaqaziq~

Piala Presiden 2009 selamat melabuhkan tirainya pada hari ini selepas 5 hari berkampung di Zaqaziq. Kali ini menyaksikan Tanta dinobatkan sebagai juara diikuti Pahang sebagai naib juara.


~Tanta~


Perlawan yang sengit antara dua pasukan ini berakhir dengan penentuan penalti. Shoubra sekadar berpuas hati dengan hanya mendapat tempat ketiga selepas dikalahkan oleh Pahang dengan 1-0. Manakala Terengganu pula hanya sempat bernafas di suku akhir selepas tewas di tangan Zaqaziq juga dengan 1-0.


~Shoubra~


~Terengganu~

Perlawanan kali ini diwarnai dengan insiden seorang pemain dari Mansurah yang cedera (patah tulang lengan) ketika pasukannya menentang Pahang bagi penentuan antara kumpulan.


~Tulang siku yang terkeluaq~

Perlawanan kali ini turut mengundang sejarah tersendiri dengan penyertaan dari Kemboja dan Singapura sebagai pasukan jemputan. Apa-apa pun, kedatangan azhari dari semua muhafazah samaada sebagai pemain mahupun penyokong amat menggalakkan.



Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Unit Sukan Dan Kebudayaan PMRAM di bawah selian Us Nik Rosdi atas usaha bagi mengadakan kejohanan Piala Presiden 2009 ini dengan jayanya. Majlis penyampain hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM iaitu Us Khairul Anuar.



Semoga ukhuwwah yang terjalin selama 5 hari kejohanan ini berlangsung baik di kalangan pemain mahupun para penyokong akan sentiasa terjalin dan berkekalan hingga ke akhir hayat sesuai dengan tema yang dipilih PMRAM kali ini, 'Jalinan Ukhuwwah, di Laman Riadhah'..

0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP