Saturday, March 14, 2009

Hari Keluarga Shoubra 2009



~Hari Keluarga Shoubra~

Sekali lagi Dewan Perwakilan (MAQAZ) Shoubra telah berjaya menganjurkan satu program muhibbah antara sesama siswa2 dari Maahad Qiraat Azhar. Program yg bermula pada jam 8.00 pagi itu diadakan di Nadi Exco, Muzollat, Shoubra.


~Perasmian~

Gempak-gempita sorakan dan tepukan dari hadirin yg datang menggamatkan lagi suasana pada pagi itu. Acara perasmian telah disempurnakn oleh Pengerusi DPM MAQAZ Shoubra, Us Mohd Anuar Rosli.



Tirai pembukaan hari keluarga kali ini dimulakan dengan permainan sukaneka. Banyak acara2 yg telah dipertandingkan pada kali ini antaranya timbang bola takraw, tuju tiang gol, lari dalam guni, mencari gula2 dalam tepung, tarik tali dll.



Kumpulan dibahagikan mengikut serambi masing2 iaitu Serambi Kufi, Serambi Makki Madani dan Serambi Basri. Setelah selesai permainan sukaneka dilangsungkan, acara yg ditunggu2 iaitu bola tampar dan bola sepak pula mengambil tempat.



Sedikit kesulitan berlaku apabila padang bola utama yg terpaksa diserahkan kepada belia2 arab. Walaubagaimanapun, kecerian dan kegembiraan dapat dilihat pada wajah semua yg hadir pada hari ini.



Disamping merebut kejuaraan, kami mengambil kesempatan untuk saling kenal mengenali antara kami bagi merapatkan lagi jalinan ukhwah bertepatan dengan tema Hari Keluarga Shoubra kali ini 'Semarak Ukhwah Menyemai Mahabbah'...sekian


p/s : Takziah utk sahabat @mbe, Muizzuddin&keluarga di atas pemergian ayahandanya yg tercinta ke rahmatullah pagi Selasa baru2 ni.Al-faatihah...

2 comments:

ekramhakim~ March 22, 2009 at 3:58 AM  

best ngat maen dinu....

@MBe March 25, 2009 at 6:11 AM  

to ekramhakim...g2 r, kucar-lanar skli.:)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP