Sunday, June 14, 2009

Sekadar...




Saya penat dan letih setelah seringkali bermusafir pada bulan ini. Bermula dengan jaulah ke Alexenderia, disusuli pula dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara kami dengan pelajar Perubatan Mansourah dan diikuti pula dengan lawatan ke Zagazig atas misi yang sama. Kerna bola sepak. Saya tak pasti adakah adakah peristiwa dan aksi ini disebabkan demam bola atas kekalahan pasukan kegemaran ramai Manchester United dengan Barcelonaku baru-baru ini ataupun kerana sekadar riadah sampingan…Oh, tak sepatutnya saya lupakan tentang Piala Exco yang akan diadakan pada minggu depan. Mungkin perlawanan-perlawanan sebelum ini sebagai persedian untuk kami agaknya…agaknyalah. Untuk menang mungkin...Tapi macam mustahil je.haha.



Kelmarin, anjuran DPM Maqaz Syoubra ke Fayyoum pun saya tak terlepas dari menyertainya. Semuanya pada bulan Jamadilthani@Jun@6@enam. Sekadar melihat Tasik Qarun, Istana Qarun, 3nunSyaheer dan Kincir Air Nabi Yusuf. Btw, jaulah ke Fayyoum boleh dikatakan berjaya,tapi masih belum mencapai objektif utama…tak dapat ke Syalalat( air terjun ).haha,nakal-nakal. Polis tak bagi kebenaran. Sebab pe? Itu yang saya tak tau. Yang hebatnya, kami diiringi oleh sepasukan anggota polis sepanjang perjalanan ke sana. Mungkin tak nak peristiwa berdarah yang mana pelancong ditembak mati berulang kembali kot…Na’uzubillah, risiko nyawa nih.









Rabu, 10 Jun ; berita kematian seorang sahabat perubatan dari Kaherah diterima. Kemalangan yang menyayat hati ini melibatkan 5 orang pelajar perubatan yang baru pulang dari meninjau lokasi untuk rehlah pada 28 Jun ini. Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu beriringan dengan sebuah lori treler itu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. Seorang meninggal dunia, 2 orang kritikal manakala 2 orang lagi cedera ringan. Mereka merupakan AJK Rehlah Gen6 menerima musibah ketika melakukan tugas dan tanggungjawab. Moga Allah menganugerahkan kalian dengan sebaik-baik balasan…Dunia dan Akhirat. Ameen. al-Faatihah.Sumber.


Syeikhuna, Dr.Fathi Yakan, seorang ulama’ dari Lubnan telah selamat kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu di Hospital Hotel Dieu. Dr.Fathi Yakan yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Jemaah Islamiah Lubnan dan ahli Parlimen Lubnan adalah seorang tokoh pelopor gerakan Islam yang amat disegani kawan dan lawan. Mempunyai hasil karangan penulisan yang hebat. Lebih daripada 35 buah kitab kesemuannya. Antaranya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Salah-satu penulisannya yang amat terkesan di hati saya ialah, Apa Ertinya saya Menganut Agama Islam. Buku ini boleh dikatakan menjadi buku ‘wajib’ bagi setiap program Usrah. Kalau tak silap, saya dipertemukan dengan buku ini ketika dibangku sekolah menengah dalam Usrah saya yang pertama di bawah selian Us. Nasir bin Tahir. Saya ada 2 buah buku yang sama. Sebuah edisi lama yang ‘dipaksa’ beli oleh Us. Nasir ( kenangan lama ) dan sebuah edisi baru hadiah daripada salah satu program anjuran Pas kawasan.Tapi tak lama kemudian buku itu tidak dibenarkan lagi diajar dan ditayang di khalayak umum. Kerna apa?Anda mampu menjawabnya sendiri. al-Faatihah untuk Almarhum...



Bulan ini jugak ramai di kalangan para pelajar Malaysia di Mesir yang akan pulang ke Malaysia. Saya? Mungkin tidak…Tapi yang teramat pastinya, airport adalah destinasi baru yang akan senantiasa saya ‘lawati’ selepas ini. Moga-moga sahabat yang akan pulang ke Malaysia akan selamat sampai ke Malaysia dan kembali ke Mesir dengan aman dan sejahtera hendaknya. Insyaallah.



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” ( 185,Ali-‘imran.)


***Gambar upload selepas ini…



0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP