Tuesday, October 27, 2009

27 0ktober...

Kemas langkahan kaki diatur, meniti setiap garis-garis liku hidup yang beronar duri. Masih lemah dalam mencari rindu dan cinta abadi, hampir lemas dalam kemelut cinta duniawi. Diinjak usia dan pengalaman, seiring sejalan dalam proses mematangkan nafsu dan iman. Mengimbau kembali sejarah silam yang takkan padam, menggamit memori, membekas luka. Dijadi alas dan tangga sebagai cerminan diri.

Jauh dipisah laut dan tanah, keluarga tersayang kukuh dalam amanah. Kadang nazak kadang longlai, paradigma amat dinanti ketibaannya. Istiqamah perlu dicari diselami manisnya. Diteman kawan dan juga lawan, hidup tiada lagi keseorangan. Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, akhirnya tahun ke tahun mencoret seribu satu suka duka sebagai musafir ilmu di negara debu hitam. Siang dirai si penagih ilmu, malam dihiasi mendamba Cinta-Nya. Hidup berkat, penuh rahmat hendaknya. Ameen Ya Rabb...

Hidup yang panjang dan usia yang meningkat, seeloknya disemai benih ketaqwaan yang subur. Rimbunannya menjadi teduhan si musafir keletihan, bunganya wangi mengharum rongga, buahnya manis hidangan istimewa. Mengharap redha Allah dalam setiap nafasku. Mendamba maghfirah Sang Pegampun Yang Khalid. Memohon doa kudus suci pada Yang Mendengar, hidup mendatang dicita lebih baik dari sebelumnya.

Umur tidak dikira sekadar dengan bilangan angkanya yang bertambah setiap tahun, tapi seiring dengan amalannya mengisi waktu hidup yang dimiliki. Ramai orang tersilap dalam memandang umurnya. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Ada dua nikmat yang sering membuat manusia tertipu kerananya iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu kosong "...Bukhari dan ibnu Abbas. Saya harap tidak termasuk dalam golongan yang terpedaya itu.

“Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh.”


Selamat Hari Lahir, kullu3amwaentumtoyyib kepada setiap jiwa yang pernah dilahirkan pada tanggal hari ini. Coretan kosong ini khas untuk kalian.


3 comments:

Anonymous October 27, 2009 at 2:01 PM  

salam....haaa..ana nak ucapkan selamat hari lahir pda anta....kbo jelah hri nei hari lahir anta..buat2 malu plak....kurangkan kontrovesi..banyakkan provokasi..haaaa....jauhkan sekali perkara yang melarokan....nmpok insaf dah skit lening...kuat nadah lening boh...koho2 insaf dah tu....hrap2 berkekalanlah...ngta ke orang x insaf lagi...x thu lah bila nak insaf...kata nak jadi Ulamak....heeee

Suhana Amiril October 28, 2009 at 12:00 PM  

Assalamu'alaikum..

Oh!
Ulang tahun dia rupanya. insyaAllah.

Sanah Helwah ya akhi.
Semoga dipanjang umur dan diperbanyakkan lagi amal ibadahnya.

Dan semoga tamat pengajian dengan jayanya.. insyaAllah.

Bertambahnya umur, bermakna semakin dekat untuk melangkah ke negeri abadi..

Wallahu'alam.

@MBe October 29, 2009 at 2:23 AM  

terima kasih kat semua...tiada ungkapan mmpu dibalas,hanya doa moga kamu pun turut sama berada di bawah lembayung rahmatNya....

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP