Wednesday, November 11, 2009

Warkah terakhir untuk Ust Amir....


~Antara yang hadir~

Setahun lebih kehidupan saya di sini bertemankan ahli rumah yang lebih senior, Ust Muhd Amir Azamuddin Bin Rashid yang menuntut di tahun akhir. Dalam post lepas, telah diceritakan kepulangan semua ahli rumah yang telah pulang ke Malaysia kecuali ust Amir. Kesemuannya adalah penuntut tahun akhir termasuklah ust Amir.

Dulu, awal ketibaan saya di sini, ust Amir lah yang menanti dan menyambut ketibaan saya dengan senyuman manisnya yang tak lekang di bibir. Hilang penat saya dalam menempuh perjalanan jauh dan 'kesakitan' berpisah dengan keluarga sedikit terubat pabila melihat ust Amir dan senyumannya. Ust Amir datang bersalaman dan memeluk saya dengan erat bagai abang yang sudah lama berpisah dengan adiknya. Memori ini, InsyaAllah saya takkan lupakan...

Kini, setelah setahun tinggal bersama. Bergurau senda, bergelak ketawa, bermain bersama, semuanya telah tinggal sebagai kenangan. Ust Amir telah pulang pada 9hb baru-baru ini ke tanah air, Malaysia. Sememangnya dosa dan silap saya dengan ust Amir sepanjang setahun ini tak sedikit. Dan saya tahu ust Amir mungkin sentiasa 'makan hati' dengan banyak tindakan saya selama ini. Hanya dipendam erat, dilindung kemas dengan senyumannya...


~Barang-barang (kotak je ke?)hehe~

Dibandingkan dengan senior yang lain, ust Amir lebih bersifat ceria. Pergaulannya lebih meluas dengan kelebihannya ini. Ust Amir menjadikan rumah kami tak sunyi dari gelak ketawa dan senyuman. Setiap kali selesai menjamu selera, kami 'dihidang' pula dengan pelbagai cerita dan fakta-fakta baru dalam dunia politik. Saya dari awal, sememangnya kagum dengan maklumatnya yang 'melimpah-ruah' berkenaan politik di Malaysia. Sebut sahaja parti mana dan menteri mana, ust Amir akan mulakan perbincangan dengan penuh ilmiah, dengan penuh berfakta. Pembacaannya meluas melangkaui dunia blog, bahkan lebih dari itu.

Kehidupan aktif berpersatuan di sini membuatkan ust Amir dikenali ramai. Teringat guraunnya " Kalau balik Malaysia ini, bolehlah melawat penuh negeri-negeri kat Malaysia. Kawan-kawan ada kat semua negeri." Ust Amir, pergaulan dan muamalahnya dengan orang sekeliling boleh dijadikan contoh. Kehidupannya tak pernah sunyi dari melakukan kebajikan dalam persatuan walau sibuk dengan statusnya sebagai pelajar tahun akhir. Kesibukan tak mampu mengalahkan semangat kentalnya dalam perjuangan.

Saya amat terasa kehilangannya. Ust Amir yang selalu mengusik dan 'kenat' kini tiada lagi di depan mata. Jauh, pulang berjasa pada tanah air. Pelukan terakhir dari seorang senior, abang dan kawan di lapangan terbang baru-baru ini masih hangat. Disertai dengan kata-kata nasihat dan pesanan...Saya sebak tapi sempat dipintas olehnya, " tak yah sedih-sedih la..."..." ahh, baru nak berdrama melayu tadi." jawabku dalam hati....hihi


~Ust Amir & KAMI~

Ust Amir, sekali lagi saya memohon maaf secara terbuka. Sidang media la konon ni. Ampunkan salah silap dan kata-kata yang terluah tanpa beradab serta tingkah laku kebudakan saya selama ini. Doakan saya dan semua ahli rumah lain istiqamah dalam setiap perbuatan kebaikan dan terus erat menjalin ukhwah sesama kita. Dan kami di sini, turut sama mendoakan Ust Amir Azamuddin terus thabat dalam perjuangannya meninggikan Islam, diiringi kejayan duniawi dan ukhrawi...dan cepat kahwin. Yang ini pakej tambahan dari kami.:p...ilalliqo', Wassalam.

............................................................

Doa Perpisahan
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

2 comments:

Saya November 11, 2009 at 8:28 AM  

uish..mesti dia pon sedih nak tinggalkan mesir..

@MBe November 11, 2009 at 10:32 PM  

agak yer cm2 la kot...nampak banyak borong tisu sebelum naik flight.plan nk nangis atas awan biru kot..huhu.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP