Saturday, December 12, 2009

Kereta Mercedes

Alhamdulillah, selesai sudah urusan penerimaan zakat MAIDAM untuk tahun ini. Majlis yang berlangsung kelmarin menatijahkan pro dan kontra yang tersendiri. Bagi saya, segala yang baik itu diambil sebagai pemangkin semangat dan yang buruk itu dijadikan peringatan untuk masa depan yang mendatang.

Saya tidak mahu mengulas tentang perencanaan jadual majlis yang tidak efisyen dan pertindasannya dengan waktu solat. Saya juga tidak mahu menyentuh tentang cara agihan wang zakat pada malam itu yang agak 'pasar'. Rasanya tidak perlu juga untuk dihisab hasil kesemua wang zakat itu dibahagi, samaada ia cukup atau tidak.

Saya cuma terpegun dan tersentak dengan petikan ucapan salah seorang wakil yang berucap pada petang itu...Tentang kereta Mercerdes. Analogi mudah yang digambarkan membuatkan saya tersenyum sendiri. Jauh dalam hati membenarkan analogi itu untuk diri saya.



Ibarat kereta Mercedes, dahulunya menjadi sebuah jenama yang paling disegani dalam dunia permotoran. Menjadi kenderaan rasmi kebanyakan negara. Menjadi idaman hati ramai ahli perniagaan berjaya. Menjadi kemegahan dengan lambang bulat bintang tiga itu (ye ke ni?).

Tapi sekarang, dunia semakin melangkah ke depan. Semakin banyak kereta yang lebih menarik, mewah, laju, mahal dan diminati dibandingkan dengan jenama Mercedes. Ada jenama Lamborghini, Porsche, Aston Martin, Ferrari, Rolls Royce dan banyak lagi. Semuanya mampu menggugat kedudukan Mercedes bahkan sudah mampu menandingi kehebatan Mercedes. Jika kita melihat kepada senarai kedudukan kereta termahal tahun 2009 diungguli oleh Aston Martin. Manakala Mercerdes hanya mampu berada pada ranking ke-8.



Bagi yang hadir pada majlis kelmarin, tidak salah anda luangkan masa untuk berfikir sejenak. Jauhkan dari sikap emosi tak tentu hala. Lapangkan dada menerima apa yang baik, walaupun agak pahit untuk diterima. Bukankah pahit itu ubat?

Saya berusaha menjadi antara orang yang akan meningkatkan imej Mercedes yang telah tercalar itu dan akan menjadikan Mercedes idaman serta impian ramai...seperti dahulu kala. Doakan saya...

~HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA~


4 comments:

wan kamarul December 13, 2009 at 7:35 AM  

betul tu Ust Paa..

manan aljagone December 13, 2009 at 7:04 PM  

ambe nak jadi kete merc antik..sbb gane2 pun mesti mahal sokmo...

apepun jadi jual jagung lg baik dripade jual agame..

nauzubillahh..wa nastaiinbillah..

El-Imane December 16, 2009 at 6:10 PM  

Seakan memahami analogi yang penuh tersirat ini.

Bicara saya=> Meski pon kereta mercedes sudah seakan tenggelam dek lambakan kemunculan jenama mewah (Lamborghini, Porsche, Aston Martin, Ferrari, Rolls Royce), pada saya mercedes tetap jenama TERBAIK!

Dari mercedes lah lahirnya inpirasi dan bayangan untuk mecipta sebuah Porsche dan sebagainya.

Meski saya bukan dari kalangan kereta mercedes, saya tetap menghormati sekalian mercedes dan berterima kasih kerana tanpa mercedes2 itu, saya takkan mampu untuk berkenalan dengan Porshe dan yang seangkatan dengannya.

Pendek kata dalam bahasa yang lebih mudahnyer, MERCEDES adalah TOK GURU kepada sekalian jenama yang datang selepasnya. Gah sekali mana pon jenama yang terkemudian ini tidak dapat menandingi keGAHan dan membalas segala jasa MERCEDES sejak dari zaman berzaman.

Setiap kereta ada naik dan turun harganya. Setiap manusia ada jatuh dan bangunnya. Kita takkan selamanya jatuh selagi mana kita berusaha untuk bangkit kembali.

Tingkatkan kembali imej Mercedes, agar terbuka kembali mata yang seakan tertutup dari memandangnya!

(Maaf, kalau komenan saya membelit2kan lagi analogi, Tuan. Hehe)

@MBe December 20, 2009 at 12:52 AM  

yo>huhu...

manan>aah,benar la spt yg deme kate tu...

el-imane>mekasih atas sokongan dr saudara/i...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP