Monday, June 7, 2010

Tertangguh...

Banyak isu yang terlepas untuk dicatat ekoran kemalasan yang menjangkiti diri. Barah malas makin mengamit lepas sahaja selesai imtihan baru-baru ini. Akurnya, istiqamah itu sesuatu yang amat payah dilakukan tika jiwa dilalaikan dengan sesuatu yang lain. Mujahadah yang tinggi kadang hilang bila idea kering untuk digarap. Isu 'sambutan' dari Israel baru-baru ini mengejutkan dunia. Layanan 'mesra' diberikan kepada misi bantuan untuk Gaza mencetus polimik yang satu. Zalim dan kejam, sinonim dengan Yahudi itu sendiri.

Isu sensitiviti tak lagi jarang untuk kedengaran. Tiada lagi kepelikan dalam masyarakat dunia hari ini. Undang-undang Antarabangsa dicabul sewenang-wenang tanpa rasa bersalah. Membunuh, merampas, menghina dan segala jenis kebobrokan jelas dibelakangi oleh Yahudi. Kini mereka terlalu berani untuk mengenakan kita secara berdepan dek kerana kealpaan kita umat akhir zaman yang leka dibuai ayunan tarian mereka.

Tiada lagi kehormatan. Tiada lagi hak. Tiada lagi undang-undang jika melibatkan kejahatan Zionis. Polis Dunia, Amerika Syarikat yang sering menjadi 'Hero' tiba-tiba hilang dibawa angin bayu. Dangkal sangat untuk akal menerima kejadian yang menimpa konvoi Life 4 Gaza baru-baru ini. Sedih melihat dunia Islam lain sepi dari melihat peristiwa ini sebagai 'batu loncatan' mereka untuk Israel. Hanya sebilangan yang bersuara. Tak melampau jika dikatakan bagai anjing menyalak bukit. Yang lainnya masih lena di dalam kamar beradu ditemani tilam baldu yang empuk.

Bangga dengan kepelbagain agama dalam konvoi kemanusian tersebut. Melibatkan kejahatan Israel, kini dunia bersatu. Israel tidak melihat Islam sahaja yang membawa masalah kepada mereka. Jika Palestin disabitkan, sebarang bentuk bantuan dihalang bagi merahsiakan kemusnahan yang telah mereka lakukan selama ini. Emm,terlalu panjang untuk dihurai akan jahanamnya Yahudi kini, dulu, dan selamanya.

Sekarang, bantahan beramai-ramai setiap negara berlaku bagi menentang kezaliman Israel. Hikmah Allah melangkaui segala kejadian yang berlaku. Janji Allah itu pasti. Harap kebencian kita terhadap Yahudi diiringi dengan doa untuk saudara kita di Palestin.

.................................................

Haflah Takrim ul-Qurra'

Selesai satu lagi program di bawah LIQA' MAHABBAH anjuran PMRAM cawangan Shoubra. Menghimpunkan Qurra' dan masyaeikh dalam satu majlis sebegini adalah satu usaha murni dan mulia. Kredit untuk saudara Zul Ikhwan Zahari sebagai Pengarah Haflah Takrim ul-Qurra' yang bertanggungjawab memastikan program ini berlangsung pada 3 jun lepas.



Sekarang Daurah Fathul Mu'in berlangsung di dewan Ibnu Jazari selama 3 hari berturut-turut. Saya tidak berkesempatan atas beberapa kesulitan yang yang tak dapat dielakkan.:(...
Untuk sebarang maklumat tentang program LIQA" MAHABBAH musim panas 2010 sila klik SINI.

Hari ini mengikut jadual akan bermusafir ke muhafazah yang dirahsiakan lokasinya:). Moga tiada kesulitan sepanjang perjalanan kami.

Rabu, 9 Julai : Imtihan Syahadah tahun 3. Didoakan najah Mumtaz untuk anda semua. Jika melihat kepada dia yang mengulangkaji bait-bait dan nota-nota. Saya yakin dan percaya, dia antara calon mumtaz tahun ini. Dia bangun malam mengulangkaji dan menghafal bait. Moga Allah bagi dia kemudahan dalam menjawab nanti. DIA tu, tunggu wat kenduri kesyukuran sebelum pekse dlu. Hadralamaut pun jadi.hihi:)

Musim balik Malaysia datang lagi. Kini, mator Kaherah kerap 'dilawati' Maliziyyin. Samaada yang ingin pulang @ menghantar kawan pulang. Saya? Masih menanti keputusannya. Doakan yang terbaik untuk saya.


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP