Showing posts with label Usratiii. Show all posts
Showing posts with label Usratiii. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Tok Limah

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali berkata: "Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah,walaupun ia tidak mengeluh tetapi sifatnya berubah dari kebiasaan,maka itu tanda dia tidak redha dengan apa yang menimpanya"

Ibn 'Athoillah berkata: "Yang dimaksudkan dengan sabar ialah apabila ditimpa musibah,penerimanya tetap dalam keadaan baik(lantaran redhanya)."

Penakrifan yang hampir sama antara keduanya akan sifat sabar. Redha dan sabar tidak dapat dipisahkan dalam teori ujian, bala, musibah dan setiap perkara yang tidak disukai dalam hidup kita.

Meniti hari yang semakin hampir pada imtihan amat berat dirasakan. Berita pemergian Tok(nenek) tersayang amat menyentap kalbu. Manakan dapat ditahan air mata daripada mengalir keluar. Dipejam rapat tergambar wajah Tok yang dihiasi kedut tuanya yang tersenyum melihat saya.

Evakuasi baru-baru ini peluang terakhir kami bersama. Banyak perkara yang berlaku antara saya dan Tok dalam tempoh tersebut. Melihat Tok solat dan berbual kisah lama anak beranak dengannya masih lagi segar dalam ingatan. Potretnya kemas tersimpan dalam telefon bimbit saya. Terasa sangat untuk merakam wajahnya di kala usai berbual dengan Tok malam itu.

Sentuhan Tok masih terasa. Jari-jari tua Tok masih kuat, persis jari manusia berurat besi. Gengaman Tok kemas dibandingkan gengaman saya. Pagi itu Tok mengurut saya. Esok pun sama. Bukan enak untuk di urut, lagi-lagi jika itu menyusahkan Tok. Yang saya tahu, dengan cara itu, saya dapat rasakan belain Tok. Ah!Susah hendak diluahkan tindakan saya waktu itu. Tiada logik seorang tua yang tidak terdaya itu saya bebankan ia dengan permintaan yang tidak patut.

Kami berbual panjang. Peluang Tok bermalam seminggu dua di rumah, saya penuhkan dengannya. Akhirnya Tok meminta untuk ke rumah anaknya yang lain. Esoknya saya hendak bertolak ke Mesir. Tok melihat saya dengan pandagan sayu. Hati saya menangis melihat air mata Tok. Hati saya berbisik halus, antara kami akan ada perpisahan. Pasti tentang fitrah kitaran manusia yang akan menemui penghabisan umur.

Tok di dalam kereta menangis dengan esakan dan pesanan terakhirnya untuk saya. Melihat Tok hingga hujung pandangan, mata saya berair. Itu kali terakhir dan nokhtah perpisahan kami di dunia.

Dalam doa cucumu ini, moga Allah tempatkan Tok di tempat mereka yang beroleh kenikmatan, di tempat orang-orang yang soleh solehah. Iringan doa dan sedekah bacaan al-Quran untuk Tok saya. Limah Bt Mat Zin ( Tok Limah),30/05/2011, Selasa...al-Faatihah.

Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (Ghaafir 40:68)



Friday, April 8, 2011

Keluargaku Hidupku



Alhamdulillah, Jumaat nan indah datang kembali. Hari yang lebih dikenali dengan gelaran penghulu segala hari. Hari yang diisi dengan selawat atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Hari yang penuh berkat dengan bibir yang dibasahi zikir dan bacaan serta tadabbur daripada Surah Al-Kahfi. Hari segala hari yang mempunyai seribu rahsia keistimewaannya. Ayuh, kita hidupkan hari ini dengan segala amalan kebajikan sebagai bekalan di hari nanti.

Sungguh indah hari ini jika bersama keluarga tersayang di tanah air. Kebiasaannya, permulaan pada pagi yang hening ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada Ayah tersayang. Tika ini, nahaslah jika masih ada yang berbaring lena dalam selimut masing-masing. Didikan untuk bangun awal Subuh telah dipupuk sejak kami masih kecil. Kami sama sekali dilarang daripada tidur selepas waktu Subuh.

Mak tercinta bangkitnya lebih awal daripada semua makhluk hidup di rumah. Subhanallah, masih belum saya temui wanita yang hidupnya hanya untuk suami dan anak-anak melainkan wanita yang telah mengandung dan melahirkan saya ini. Ketika ayah tenggelam dengan nikmat dan tadabburnya dengan Kalamullah, Mak berselangseli menyiapkan sarapan dan juga mengejutkan kami yang masih tidur. Mak amat masak dengan perangai Ayah yang tiada tolak ansur bilamana mengetahui ada antara kami yang masih belum bangun daripada tidur.

Sahutan kicaun burung dan bunyi ayam yang 'meminta' sarapan menambahkan lagi seni kehidupan pagi kami. Waktu itu mentari yang cantik telah memancar sinar paginya dengan megah. Sekarang, rumah kami tiada lagi pepohon kayu untuk menghalang sinar matahari daripada terus menerangi teratak kami selepas diberi sentuhan nafas baru oleh ayah 2 tahun yang lalu. Binaan konkrit kukuh untuk menyokong tanah menjadikan kawasan sekitar rumah kami lebih luas.

Setiap pagi, jarang sangat untuk kami ketinggalan bersarapan bersama-sama. Jumaat dikatakan hari wajib kerana kepulangan kakak dan abang yang bekerja sekitar Terengganu untuk bercuti. Keakraban, ikatan dan hubungan kami amat susah ditafsirkan. Darah Mak dan Ayah yang mengalir tidak mampu untuk menjarakkan kami, inikan pula untuk memisahkan kami.

Selesai sarapan, masing-masing sedia dengan tugasan tertentu. Lelaki ke belakang rumah dan sekitarnya, membersih segala jenis sampah dan mengemas barang-barang di stor. Perempuan dengan tugasan di dapur juga menjemur kain. Jika kepulangan penuh kami anak beranak, semestinya lauk tengah hari tersebut teramat istimewa. Alhamdulillah, ada di antara kakak yang pandai memasak. Amat pandai memasak saya kira. Tidak hairanlah sekarang ada yang membuka perusahaan kedai makan secara kecil-kecilan.

Usai Solat Jumaat, hidangan siap tersedia menanti. Adat di rumah, perlu menunggu sehingga Ayah pulang terlebih dahulu. Ayah sebagai imam selalu balik agak terkemudian daripada jemaah yang lain untuk menguruskan hal berkaitan masjid. Ayah yang sudah tersedia maklum akan memberitahu awal-awal untuk tidak menunggunya jika hari itu ada jemputan tahlil dan sebagainya.

Ini hanya berlaku di Malaysia, bersama keluarga yang saya dan adik beradik membesar bersama. Pesanan Ayah untuk kami adik beradik menjaga hubungan antara kami amat diambil cakna oleh semua. Ketaatan kami pada Mak Ayah diharap kekal dan semakin baik dari hari ke hari. Impian kami untuk melihat mereka berdua mampu mengerjakan Haji yang mabrur sebelum nafas terakhir mereka diharap menjadi kenyataan, insyaAllah.

Tiada yang lebih diimpikan manusia yang berakal melainkan sebuah kehidupan berkeluarga yang penuh dengan kebahagian untuk mendambakan cinta Allah dan RasulNya. Kehadiran anak-anak dan dihiasi lagi dengan telatah cucu-cucu yang nakal hampir mengapai Rumahku Syurgaku. Semoga Allah memperbaiki dan menjaga hubungan antara kami semua dan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kami kepada Allah SWT dalam mencari keredhaan hidup di dunia dan Akhirat.

Mode: Ingat keluarga amat!

A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14)




Tuesday, December 21, 2010

Kemalangan...

Tadi selesai menatap keratan akhbar online yang memaparkan kemalangan meragut nyawa 25 pelancong dari Thailand. Sungguh pilu melihat keadaan bas yang remuk. Kemalangan tragis itu amat mengejutkan banyak pihak.

Rentetan kemalangan melibatkan bas sering berlaku sejak kebelakangan ini. Pengalaman jiran saya yang hampir setahun lumpuh akibat kemalangan bas yang dinaikinya ketika pulang dari menziarahi anaknya di Johor Bahru tidak mendapat keprihatinan pihak syarikat bas berkenaan amat mengecewakan. Pihak yang bertanggungjawab seolah-olah melepaskan beban di atas bahu pelanggan masing-masing. Tiada lawatan susulan diterima jauh sekali pampasan samaada berupa wang tunai atau khidmat perubatan.

Pengalaman menaiki bas ekspres memang diakui punca kemalangan kebanyakannya disebabkan kecuain pemandu bas. Jika perjalanan pada waktu malam, kelajuan bas meningkat 100% dari kebiasaan pada waktu siang hari. Siapa tidak mahu untuk cepat sampai ke arah tujuan, tapi jika nyawa yang digadaikan...Tak berbaloi sama sekali.

Pada jangka masa akan datang, tidak mustahil Malaysia mencatatkan kematian tertinggi disebabkan kemalangan di atas jalan raya jika tiada penyelesain diambil dalam waktu terdekat ini. Wanauzubillah...

....................................................................................

Bulan 12 atau Disember ini merupakan bulan yang paling ramai kenalan saya yang menyambut tarikh kelahiran masing-masing. 2 orang adik saya, Nurul dan Nomaliana, dan beberapa orang kenalan rapat di sekolah menengah dulu.

Moga kalian berada dalam Rahmat dan Berkah Yang Maha Esa dan dipanjangkan usia dengan kehidupan yang bahagia dunia akhirat...

Sunday, November 28, 2010

SPM terakhir

Tarikh 20/11/2010; merupakan hari yang bahagia buat sahabat yang pernah berjuang bersama di Lembahan Nil ini suatu ketika dulu. Mengakhiri zaman bujang yang telah lama diimpikan mereka kini telah menjadi kenyataan. Sekalung tahniah diucapkan kepada akhi Amir Azamuddin dan zaujah, akhi Hafizi dan zaujah, akhi Sofiuddin dan zaujah, akhi Hasyim dan zaujah serta Siti Fahimah dan pasangannya. Tidak ketinggalan kepada adik junior saya, Mohd Raziqin dan zaujah yang selesai melangsungkan akad nikah pada 26hb November 2010 bertempat di Musolla Asrama Terengganu Kaherah, Mesir. Pernah bersama-sama menyelusuri zaman tumbesaran pramatang di Sek Men Agama Mahmudiah Kuala Berang pada zaman 'gelap' dahulu kala.

~Barakallahulakuma wabaraka 3alaikuma wajam3abainakuma fikhair~



Mereka menyelesaikan sebahagian iman mereka dengan ikatan suci perkahwinan, membina masjid yang bakal mereka bajai dengan keimanan yang semakin utuh pada Sang Pencipta cinta, Allah SWT. Bagi mereka di bahu kini bertambah bebanan tanggungjawab yang perlu digalas melayari bathera perkahwinan yang penuh onak duri. Kini trend masyarakat dibiasakan dengan pencerain walhal baru setahun jagung di alam perkahwinan dengan sebab yang remeh temeh dan kekadang tidak terfikir oleh akal. Diharap dengan ilmu akhirat dan akal yang dimiliki mengatasi emosi ilusi yang sementara.



SPM(Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) 2010.


Adik bongsu saya, Siti Nurul Khairaimi dalam fatrah peperiksaan yang telah pun saya lalui sedikit masa dulu. Perasaan yang pelbagai, debaran yang memenuhi jiwa raga kekadang menyempitkan ruang saraf akal pernah menguasai diri saat yang kini berganti dilalui adik saya. Didikan sekolah yang mengajar kita untuk bersiap sedia dalam setiap imtihan mencorakkan pemikiran yang kontra. Persedian rapi yang diharap cemerlang manjadi sumpahan pada sweet 17. Pihak yang berwajib terutama guru-guru di sekolah diharap mengimbangi usaha manusia dengan tawakkal dan doa kepada Allah SWT. Setinggi daya manapun kita hamba yang lemah ini tidak mampu untuk memberi kesan coretan taqdir melainkan dengan izin Allah semata.



Diakui dengan jujurnya, keputusan SPM saya tidak boleh dijadikan contoh terbaik untuk adik saya dan adik-adik lain di luar sana. Bukan untuk berdabik dada mengatakan "Saya lebih dulu makan garam daripada kamu". Tidak pernah terlintas untuk bangga diri kerana dapat melihat dunia ini terlebih awal daripada adik-adik. Tika ini, yang ada hanyalah harapan sebolehnya jadikan saya dan orang-orang terdahulu sebagai contoh ikutan dan pedoman selagimana ia molek dan boleh diikuti. Dan jauhi segala tingkahlaku buruk kami menjadi sempadan yang boleh dijadikan peringatan yang jelas supaya jangan lagi diulangi kesilapan yang pernah kami buat dulu.


Akhirnya, moga di kesempatan ini kalian dapat mendoakan adik-adik kita ini cemerlang bukan hanya SPM bahkan yang lebih penting mampu membina syakhsiah remaja yang unggul. Mengharapkan lahirnya Imam Syafie,Imam Nawawi,Khalifah Umar Abd Aziz, Imam Hassan al-Banna, Salahuddin al-Ayubi edisi akhir zaman menjadi ikon pemuda yang akan melaksanakan Syariat Islam seluruhnya.



~Bittaufiq wannajah...fighting3x!~




Sunday, February 14, 2010

Kehadiran orang baru

Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah Azzawajalla atas nikmat yang tak kunjung habis dan dua nikmat yang paling penting, nikmat Iman dan Islam...

Berita pagi tadi yang sungguh menggembirakan, lahirnya seorang puteri Islam yang diberi nama Nur Afza Qistina Bt Rohizat. Kelahiran cahaya mata yang pertama bagi kakak dan abang ini didoakan akan menjadi kebanggaan ibu bapa dan agama hendaknya. InsyaAllah selepas ini akan menyusul adik-adik Nur Afza nanti..:)

Dari kejauhan saya mendoakan k.eja berada dalam keadaan sihat selepas penat bertarung antara hidup dan mati ditemani suami di sisi. Di sinilah terlihat benarnya hadis baginda tentang penderitaan yang paling sakit di dunia ini, antaranya ketika melahirkan anak. Dan syahid adalah ganjaran untuk mereka, kaum ibu...

Kebahagian kalian inspirasi kami. Moga saya sempat melihat dan mendukung baby Afza nanti. Jom, kita buli baby naruto.huhu...

Sunday, November 22, 2009

Bermuram Durja

Hari ini mood kurang, kepala sakit, minda kusut. Astahgfirullah...Lagu lama2 ni banyak lirik2 yang agak bagus untuk dihayati. Salah satunya, lirik lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' dari Lefthanded. Vokalisnya Nash, suara serak2 basah yg meregang bulu roma bila layan dengan kopi piaw dan biskut merri. Video@mp3 lagu ni cari sendiri la, nak share lirik ni je. Cam de kena mengena dengan jiwa raga. Nash, mekasih tolong nyayikan lagu ni untuk @MBe. Lagu lain lak...haha.caiyyok!

........................

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009

Esok hari pertama untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) 2009. Bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1&2. Adinda saya, Mohd Abd. Hadi dan Nurul Iffat, esok akan bergelut dengan 'kepahlawanan' sebagai seorang pelajar dan anak.

Peperiksaan terakhir bagi seseorang pelajar sekolah adakalanya memberikan seribu satu tekanan dan tak kurang juga yang sudah lama menantikan saat-saat ini untuk bebas dari belenggu dengan status seorang pelajar sekolah.



Kekanda harap walau apapun yang sedang bermain di benak fikiran adinda saya pada waktu ini, esok adalah hari penentuan selanjutnya kamu selepas ini. Buatlah yang terbaik dengan upaya dan usaha yang telah kamu semai selama ini.

Basahi wajah kamu sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan berwudhuk, menghilang debu kotor semalam. Langkahan kaki kanan sebagai pemula sesuatu kebaikan. Lafaz Bismillah sebagai tanda memohon berkat dan rahmat dari-Nya. Ucapan doa bagi meminta petunjuk dan jalan kemudahan akan sesuatu terus kepada RabbulIzzah.

Kekanda doakan, setiap hari yang adinda lalui diberkati dan senantiasa di bawah lembayung maghfirah-Nya...bittaufiq wannnajah.

Untuk semua yang akan menduduki peperiksaan, saya doakan kejayan untuk anda semua. Fighting!!!

Saturday, November 14, 2009

Anak-anak bila menyanyi




Kelakar bila dengar budak-budak nyanyi lagu ini. Kecik-kecik lg dah pandai jiwang-jiwang kan.hehe. Tak patut tol la.
Rindu kat anak-anak.opps silap, anak sedara la...:(
Bila dapat jumpa balik 'tentera-tentera bersatu' tu. Harap-harap bila balik ni, masih kenal siapa pak cik dieorang. Maklumlah, dah tak hensem cam dulu-dulu.
Sekarang pak cik dah tua, dulu-dulu lain la. Baby face lagi...Ahaks, tersilap bagitau kat sini pulak.:p
Ok la, lagu ni. Ditujukan khas kat sape-sape yang ade anak dan yang bakal dapat anak. Termasuklah yang hanya ade anak sedara.huhu...Sabar ye kawan-kawan.:)
Layannnn...



Saturday, March 14, 2009

di 'TAG'...

Seorang hamba Allah, tuan punye blog ningblogger-emoticon.blogspot.com tanpa segan silu yer telah mengetag yer ke? @mbe in da house. Untuk tidak mengecewakan permintaannya itublogger-emoticon.blogspot.com, di sini @mbe sumbatkan pic yg telah dimaksudkan oleh beliau itu...blogger-emoticon.blogspot.com



Ini budak nama Mohd Ariff Haikal Bin Mohd Azmi. Cucu kepada ibu mertua abang aku dan anak sulung kepada kakak ipar aku, jgk merupakan antara 'tentera2' yg rapat ngan akublogger-emoticon.blogspot.com
rindu kat ayieh la...shoot ini di ambil kat umah abang di Taman Perling, Johor Bharu. Ketika gambar ini di ambil, kanak2 riang ini baru berusia 5 tahun tp masih isap cucu. blogger-emoticon.blogspot.comSekarang beliau dah pun darjah satu di Sekolah Rendah Taman Perling. Tabiat buruknya, sesuka hati die je pijak perut orang yg sedang syok2 tidoblogger-emoticon.blogspot.com. fe'el mahmudah lak, friendly personblogger-emoticon.blogspot.com, suka tolong ibu die beli pe2 je kat kedai runcit janji dpt upah, suka mandiblogger-emoticon.blogspot.com, abang yg penyayang kepada dua org lagi adik2yer tolong adik die perabih susu, dan byk lg. blogger-emoticon.blogspot.comTiap kali aku call n cakap ngan budak ni, mesti die tyer soklan ni, " bila nak balik...? ".
Sekadar tambahan, skrg bdk ni antara yg ke-2 tertembam dalam kelasnya. berat aih nk dukungblogger-emoticon.blogspot.com...


Sekarang, anugerah TAG seterusnya dipersilakan:

1. nawarfillah
2.ukti suhana
3.wardatulhamra
4.SAYA
5.Cikgu Qaseh
6.Zul Ikhwan

Instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP