Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

TOK GURU selamatkan mangsa lemas

Oleh HermanSamsudeen


Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.


Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.

p/s-Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau.

Klik Video


Wednesday, January 6, 2010

Warna-warni

Hari ini ribut dengan isu-isu panas di Malaysia yang tak kunjung sudah. Permulaan isu yang parah hingga tak pernah surut amat membimbangkan. Kadang-kadang terasa seperti seolah perancangan yang amat teliti dari 'tangan ajaib'. Satu-satu isu disusun dengan penuh teratur dan teliti agar kita mudah beralih pada isu yang baru. Rakyat Malaysia seperti telah diketahui cara dan pemikiran mereka. pertindihan isu yang baru boleh meneggelamkan terus isu yang lepas.

Jika dilihat pada permulaan Bajet Belanjawan 2010 baru-baru ini yang nyata membawa satu keaiban yang besar pada pihak kerajaan. Dengan majoriti tipis sokongan, belanjawan akhirnya dapat diluluskan. Rakyat terkejut dengan satu adegan yang jarang untuk disaksikan pada waktu yang lain. Tidak lama selepas itu,kita ditabur dengan isu politik pembangkang yang semakin hari semakin penuh dengan mainan kotor mereka yang tidak bertanggungjawab. Rekaan maklumat dalaman yang jijik yang boleh menggangugugat kepimpinan PAS disebarkan sesuka hati. PAS tidak melatah malahan mengukuhkan lagi ikatan mereka dengan PAKATAN RAKYAT.

Heboh juga dengan penerbitan buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times". Penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad didedahkan pengarang buku tersebut. Kehilangan enjin jet pesawat yang bernilai kira-kira RM50 juta tempoh hari sangat memalukan Kementerian Pertahanan Malaysia. Hal ehwal ketenteraan yang diketahui mempunyai peraturan ketat dan tanggungjawab mempertahankan negara itu telah dimalukan dengan kehilangan enjin pesawat yang berharga jutaan ringgit. Hal itu dikatakan berlaku lama dulu pada tahun 2007 lagi. Tapi baru kini dihebohkan kepada rakyat hingga kebanyakkan blogger menggunakan isu ini menghentam pihak yang berkenaan dengan penuh rasa dendam. Hingga kenyataan amaran dikeluarkan pihak berkenaan bagi meredakan keadaan.

Harga gula yang naik juga sangat menyesakkan rakyat. Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenaikan ini. Hal ini akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang lain dan sudah pasti membebankan rakyat. Hinggalah terbaru kes mahkamah tentang kalimah Allah yang penuh kontrovesi. Pendapat-pendapat yang pelbagai diutarakan, hingga ada pihak yang cuba menjadi batu api dengan membandingkan pendapat yang dikeluarkan dengan individu tertentu supaya seolah-olah dilihatkan percanggahan antara mereka. Dan saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden...

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.Walaupun demikian, dalam kontek masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
"Allah For All * Islam For All""Islam Adil Untuk Semua"



Tuesday, September 15, 2009

Baloh Sokmo

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, silap dan khilaf sesama mereka tidak dapat dielakkan. Kehidupan yang harmoni di Malaysia sekalipun tak terlepas dari masalah ini. Hidup berpandukan Al-Quran sebagai pegangan dan As-Sunnah sebagai pedoman memerlukan bukan sahaja kekuatan rohani yang mantap bahkan ilmu yang cukup disamping persiapan fizikal yang kuat. Kenapa?

Dalam sehari-hari, isu politik di Malaysia kian panas. Kerajaan sering mengajukan rundingan dengan pihak pembangkang kononnya untuk menjernihkan situasi yang kini kian 'menyakitkan' mereka. Akan tetapi, rundingan itu ditolak mentah-mentah oleh pihak pembangkang dengan alasan yang sangat tepat.SINI

Saya seorang yang cintakan keharmonian sesebuah negara, kepelbagain budaya dan kebebasan beragama sepertimana yang Islam anjurkan. Perkara yang sama turut diingini dan diimpikan ramai lagi rakyat Malaysia dan dunia amnya. Banyak isu perkauman timbul sejak kebelakangan ini. Mungkinkah mereka yang bertanggungjawab ini ingin melihat Peristiwa 13 Mei berulang kembali? Pembinaan kuil di Selangor, perpindahan Kg Buah Pala, Batu Caves dan banyak lagi. Akan selesaikah kemelut yang melanda negara kita hari ini?

Saya tak suka untuk mentafsir sesuatu permasalahan hanya dengan melihat dari perspektif luaran. Melihat, berfikir dan memahami. Pergolakan yang berlaku dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Semakin sampai ke noktah hentian. Pilihanraya lepas memperlihatkan satu revolusi baru yang mengejutkan. Kejatuhan beberapa buah negeri ke tangan pembangkang dilihat sebagai kekalahan yang amat memalukan bagi pihak kerajaan. Trauma ini tidak dibiarkan lama sejurus dengan pengambil alihan kerajaan Perak daripada 'tangan' Pakatan Rakyat.

Perlakuan lompat parti semakin mendapat tempat di hati wakil-wakil rakyat yang bertanding. Kemenangan dan kepercayaan yang mereka dapat daripada rakyat dipersiakan. Janji dalam perjuangan dinodai demi ganjaran kehidupan yang sia-sia. Rakyat semakin bingung dengan rentak tari ahli politik yang kian popular dengan kontrovesi yang memalukan. Skandal seks, pembunuhuhan, pecah amanah, rasuah dan seribu satu kerja-kerja hina mereka. Sehinggakan sensitiviti tentang perkara ini makin berkurang. Jika perkara sebegini dibiarkan berterusan tanpa langkah-lagkah proaktif, tak mustahil Malaysia menjadi seperti negara Jepun baru-baru ini. Semua ini di akui oleh Che Det sendiri dalam kenyataannya.

Anak-anak muda kini lebih suka memerhati akibat bosan dengan banyaknya perilaku keji mereka yang bergelar ahli politik. Mereka lebih suka bersosial bersama teman-teman dari memikirkan permasalahan yang mengusutkan hati muda mereka. "Alah, aku undi jugak pe...tapi aku malas r terlibat dengan politik ini.Bergaduh sana sini. Demo sana sini. bila nk selesai ntah!"...Jika ke mahkamah, keputusannya seolah-olah dapat diramal dengan mudah. Proses Kehakiman di atur semudah bermain 'dam haji' di kedai kopi. Nak menang kes mudah, bayar lebih sikit,menanglah ia...

Saya takut suatu hari nanti pewaris negara hanya seorang yang pandai di gelangang debat, tapi hancusss di medan pentadbiran. Hanya tahu membangkitkan isu, tapi tak pernah memikirkan jalan penyelesain. Hanya hebat berdemonstrasi, tapi tak berusaha menyelesaikan secara rundingan aman. Hanya aktif urusan parti, hal ehwal negara dibiar sepi. Hanya mantap dalam ilmu pengetahuan, tapi gagal dalam pelaksanaan.

Kini masalah ini merebak ke negara jiran, Indonesia. Dari sekecil-kecil isu dengan Malaysia hinggalah sebesar-sebesar disiarkan media Indonesia bagi mengapi-apikan semangat bencikan Malaysia. Terbaru, penuntut Malaysia di sana diancam bunuh dan macam-macam lagi perkara yang menakutkan. Pihak berwajib harus segera menyelesaikan perselisihan ini jika tidak mahu melihat kesan yang lebih buruk. Perebutan tarian tradisional, pulau yang dikatakan milik Indonesia dan banyak lagi isu-isu lain harusnya mendapat penyelesain yang secepatnya. Sehinggakan yang terbaru keluar kenyataan perang dikalangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Tapi tidak semua rakyat Indonesia menyokong kenyataan itu. Saya ada terjumpa satu blog dari seberang yang menceritakan keadaan sebenarnya.SINI

Seharusnya ada di sana satu inisiatif langsung dari semua pihak baik dari kerajaan dan NGO lain dalam mengatasi semua permasalahan yang timbul. Kini masalah negara bukan hanya dibahu kerajaan semata, bahkan semua yang bergelar 'Malaysian'. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan negara kita dari segala keburukan dan kebobrokan yang hanya mendatangkan kedukaan dan kemudaratan kepada rakyat.



p/s : Saya impikan seorang pemimpin yang mempunyai idea gagasan seperti Mahathir Mohamad dan berakhlak dan berketerampilan seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mungkinkah suatu hati nanti...?


Saturday, February 14, 2009

Wanita, kejantanan dan pemerintahan bermaruah.

Ali Bukhari Amir
Mon | Feb 09, 09 | 11:58:44 pm MYT

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata, "Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."







"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.

"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila. "Tetapi betina.. menjualnya.."

Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.

Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.

Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.

Arakian..
rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.

"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.

"Oh, itu salah besar.."

"Jadi.. kanda pun salah jugalah," balas Puspawangi.

"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."

Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.

Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.

Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.

Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.

Demikianlah.. seorang menteri dianggap tidak bermaruah apabila sanggup menggunakan wangnya untuk membeli kaum wanita, bercakap tidak serupa bikin, tidak jujur dengan undang-undang negara yang digubal melalui lidah, jiwa dan fikirannya. Cakap tidak serupa bikin, memadam kesalahan dengan memperalat perundangan adalah sikap tidak bermaruah menteri.

Makna maruah
Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.

Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa..jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!

Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.

Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?

Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.

Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.

Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.

Wanita itu bagaikan cermin
Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.

Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.

Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke semasa.

###

Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.

Pemerintahan yang bermaruah
"Yang sebenarnya, ayahanda ingin mengetahui apa perbezaan antara perempuan dengan betina. Sekarang barulah ayahanda tahu," kata baginda ketika mula menginsafi kesilapannya. Di sini dapat dilihat betapa sulitnya untuk kita berusaha memulihkan sebuah pemerintahan yang bermaruah.

Kita mungkin boleh memimpin rakyat bawahan dengan mengendong seribu satu macam inti pengajaran guna mengasuh pemikiran darihal pengertian maruah. Tapi, bagaimana cara mengasuh penguasa agar mereka dapat mengusung pemerintahan bermaruah? Hal ini memerlukan kesungguhan yang mendalam, keberanian, kejujuran bertindak dan keikhlasan mempertahan pendirian.

Syahadan wal arakian..

Bermaruahkah sesebuah pemerintahan itu, jika seorang wanita yang lemah; Altantuya of Mongolia diletupkan tubuhnya oleh bom C4? Walhal bom C4 daripada masyarakat tentera yang dibeli melalui duit, cukai rakyat itu boleh dimanfaatkan oleh komando kita yang terlatih guna meletupkan Parlimen Knesset Zionis Israel, di mana dalam parlimen itulah Zionis Israel telah membuat keputusan bedebah, iaitu memperkosa hak rakyat Palestin selama ini.

Tepuk dahi tanya pemikiran. Kepada Najib, mantan Menteri Pertahanan, bak kata Nabil Raja Lawak.. lu pikirlah sendiri.. (Heii.. geramnya..)

10:30 p.m, 9 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru.

Pandangan maklumbalas, kritikan bolehlah dimajukan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

Friday, January 16, 2009

Lagu Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (17th Jan 2009)

aHaKs pOliTik!!?plez la k...

Salah ke kita utk brpolitik? Boleh ke kita katakan yang politik itu suku, agama itu suku? Sume yer ada pro & kontra yer. Bagi semua, xbermaksud menjadikan blog ini sebagai medan utk berpolitik. Apatah lagi utk brkempen.Tp ada baiknya kalau kita sama2 fikirkn kembali kenyataan di atas. Dimana buruk yer politik itu. Dimana silap politik? Pada sebahagian politikus yang membuat onar, dengan rasuah, projek mega, kroni & macam2 lagi hingga terus kita beranggapan yang politik itu kotor? Adakah kita lupa @ buat2 lupa? Mana mungkin sesebuah negara tercipta, sebuah kerajaan terbentuk tanpa politik? Hamas di palestin, tanpa politik mereka xkan berkuasa di GAZA. Hinggakan kuasa politik mereka digeruni Israel. JIka tidak, laknatullah itu xkn membunuh pemimpin2 HAMAS kita sebegitu rupa.Begitu juga dengan Obama di USA, setan tu xkn berada di WHITE HOUSE tanpa melalui sistem politik walau dalam konteks yang berbeza. Kita semua harus sedar tanggungjawab kita.pabila kwn2 kita berbincang tentang politik semasa, pe yang kita katakn "Eh, ape ni.skit2 politik.korang xtakut ke nanti kena blacklist nama.Pinjaman korang kena sekat.Sijil korang x disahkn.Urusan korang dgn kedutaan kat sini makin rumit.habis belajar, keje xleh.nk tanggung anak bini lagi.hish,aku xnk.ko nk ke mcm tu?mkn batu aku nanti..." Itu lah hakikat kita sekarang.Takut&bimbang utk terjebak dalam dunia politik...Apabila soal rezeki diletakkn di tangan manusia. Penyakit Wahn itu akan bermaharajalela...Faktor masih terlalu muda utk kami berkecimpung dalam bidang ini. ye ker?

@mbe dh 21 tahun,klu umur di tahap ini masih dijadikan alasan...ianya amat memalukan?mmg @mbe masih mentah, tp yang mentah itu akan masak juga satu hari nanti.Yang mentah itu juga akan matang satu hari nanti.Umur 40-60 tahun baru boleh terlibat? no,no,no...kita perlukan pelapis. Yang akan melakar sejarah kehidupan kita pada masa depan. Yang bakal mencipta kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Sahabat2, politik itu bukan satu perkara yang memalukan utk dibahas.utk d ikuti...bkn brmksud utk mengatakan yang kita sume perlu menjadi YB@Ahli Parlimen,tp ckup la sekadar kite tau hak n tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Kalau syarat ckup,pegi la mengundi.Pangkah la yang mana kalian rasa patut bagi kalian & negara...Yang penting,al-Islamu yu'la,wala yu'la 'alaih...Selamat mengundi bagi PRK(Pilihanraya Kecil) Kuala Terengganu pd 17hb ni...ni ad pesanan penaja utk tontonan semue rakyat Terengganu & Malaysia...jom sama2 kita tengok...


Sajak; Pesan Ayah

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP