Tuesday, December 23, 2008

....sambungan "...Alexs vs Dumyat..."


Seperti yang dijanjikan, pic2 sekitar perjalanan @mbe dan kawan-kawan di Alexs dan Dumyat bersambung untuk eidisi kali ini. Akan tetapi, kelewatan yang berlaku amat dikesalkan.* Dalam jaulah sekitar Alexs ini memang tidak dapat dihayati sepenuhnya kerana kami mengejar masa yang terlalu singkat. Tambahan lagi, banyak lagi tempat-tempat lain yang perlu kami lawati seperti Qalaah Solehuddin, Momtazza dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang kami memang seronok sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada DPM SHOUBRA kerana menganjurkan program seperti ini.* Perjalanan seterusnya, @mbe dan kawan-kawan dari n.ganu ke Dumyat dengan menaiki ' Peugot ' ( sebuah pengangkutan di Mesir ) yang amat memenatkan. Ketibaan kami seramai
seramai 4 orang disambut oleh sahabat kami us. Amin dan us. Sohib. Merekalah yang menjadi musyrif kami di sana. Sesungguhnya, Dumyat merupakan tempat yang tidak merugikan untuk dilawati. Terkenal dengan Ra'su Bar dan binaan imarahnya yang unik . Amat menabjubkan bagi sebuah negara yang terkenal dengan debu hitam ini memiliki tempat-tempat yang indah dan menarik untuk dilawati. Tidak hairanlah, ekonomi utama Mesir bergantung penuh kepada sektor pelancongan. Teringat @mbe kata-kata dari seorang ustaz mengenai Mesir, "...dalam debu hitam itu terdapat emas-emas yang berharga...". Sekian...

...Alexs...


Pool at Alexs


Muhammad dalam dunia khayalannya


Kemegahan Momtazzah


Bila la dapat beli satu


...Dumyat...


Dewan kuliah Al-Azhar Dumyat


Hijau itu indah...:)


Tempat berteduh

Jalan yang lurus


Kemegahan Ra'su Bar

0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP