Friday, March 13, 2009

Rumahku Syurgaku...

14, Syari' Mutanazzih 8, Sya'ah 5, Duur 3...jgn kim surat dh ler yer...Hadralmaut, Pizza Tenma, Kabaji, dll sering saja mendapat tempahan dr alamat ni. Klu col je utk buat tempahan, mesti dieorg tye "muhammad malizi?". Ni la nama yg selalu kiteorg guna utk buat sesuatu tempahan. alamat pom xyah bgtau dh pastu, dieorang dh igt pom. dh ada dlm list kedai. Customer tetap la konon yer ni...
Rumah kami ni didiami 5 org bakal2 suami (insyaAllah), berasal dari negeri yg sama, loghat n lahjah yg sama, makan keropok lekor yg sama, Menteri Besar yg sama(mat payang), dari Negeri Terengganu, negeri kami...

  1. Haji Tarmizi b Haji Ali
  2. Haji Amir b Rasyid
  3. Us Kamal b Ahmad
  4. Us Abd 'Alim b Zakaria
  5. eh, knp xleh taip nama ni...sowi2, rosak lak ni!!??

Suka sekiranya aku ingin memperkenalkan satu persatu ahli2 rumah ni a.k.a saing2 rodong@kawan2 utk tatapan anda semua. Sekadar berkongsi kebanggaan dapat mengenali bakal2 nama yg akan mengegarkan negara suatu hari nanti. Tunggu n lihat sj bila tiba waktu itu...eh,ayat cm familiar je ni???

Actually, semua watak2 yg akan diketengahkan nanti merupakan senior2 aku di Maahad Tahfiz Al-Quran N.Terengganu suatu ketika dulu. Walaupun dulu kiteorang sebenarnya xla berapa kamcing cm skrg ni. dlu, aku sllu je tgk dieorg dr jauh2 je sebenarnya. Bese la kan.. Semua berjawatan dalam Dewan Perwakilan Pelajar Maahad. bukan dengki, myb sbb level kami yg xsama la katakan. aku masa tu baru tahun pertama di sana, manakala dieorg plk dh di tahun akhir. Xsangka lak skrg dieorg mkn lauk2 yg aku masakkan. Rasa bangga pom ada ni.haha...walau xsdp.

Di waktu ini, kami telah ditakdirkan utk sama2 menetap di imarah Salim Botak Company's. Dalam masa kami bersama ni, terlalu banyak peristiwa n kisah2 manis n pahit kami lalui...pahit tu pom kerna Salim tu je kot...oh sebelum tu, aku nk perkenalkan skit sape si Salim ni. Adapun beliau merupakan tuan milik rumah sewa kami merangkap semua ruamah2 di bangunan yg kami diami skrg ni. seorang pesara guru bahasa Inggeris. so, sorang yg agak terrer la dlm BI ni. klu duk Malaysia, kompem die ni bangkang PPSMI ni kan?. Selain kami, anak beranaknya turut sama berkongsi tinggal di bangunan ini. Satu feel yer yg kami xcukup berkenan sgt dgn p.cik ni ialah, sikap sukakan duit@pitis yg dimiliki yer. perangai azali semua arab ke nih, xkn???so, insaflah ammu Salim oii, tasammuh la skit. maaf, mungkin agak kasar. Tp tu je ayat paling baik leh bg kat ammu ni. Datang2 je die, mesti nk mntak duit. xde yer nk hulur kuih2 ke, xpun buah2an cam faraulah ke pom dh ok. kami xnak la byk2. 5,6 kg pom dh ckup. kejam ke kami, xkn?;0). nk kuar cr umah len kn, susah pulak. zaman skrg ni kn. phm2 je la. so, tahan je la selagimn mampu...K, berbalik kpd criter asal kite td...

Setiap drpd mereka sume ni, tiap satunya mempunyai karektor2 yg menarik n kadang2 pelik...Aku sukakan part ketika kami sama2 makan tengah hari atau lunch, dlm b. arab per erk?. Waktu ni la kami selalu kupas isu2 hangat n terbaru. kadang2 pasal ekonomi dunia, politikus Malaysia, masalah2 umat la konon2, plan2 masa depan masing2, bab2 kawen:) n byk lg la yg xmuat ruang klu dicriterkn kat sni. Global x kami??? Idea2 n cadangan2 bernas yg dilontarkan kadang Obama sendiri pom lom dpt fikir. Hebat x dieorg??? tp slalu yer, us Tarmizi la yg mnjadi moderator n pembahas utama kami. oppps, trlebih awal aku mmperkenalkn ustat sorg ni. xaci2.xpe2, tu baru sekadar pengenalan...

Disebabkn itu jgk la, umah kami xsunyi dr menerima kunjungan tetamu2. Yg datang plk bukan calang2 orang. Sape2 tu xyah bgtau la. ramai sgt. Ntah ilmu pe yg dieorg pakai pom lom sempat dityer lg. Kadang2, aku malu ngan dieorg ni. Kawan2 dieorg sume org2 yg hebat2, myb aku sorg je yg kawan dieorg yg 'berasap tere' kot...maaf la klu korang dpt malu kerna aku. at least, air kopi piaw utk guest tu aku sllu buat kn???kira ok la tu.huahuahua.

Umah ni ad peraturan2 yg wajib diikuti...antaranya 'Usrah Mingguan' kami. Tp yg ni melibatkan semua rakyat2 dr Terengganu khususnya. bermula dr kul 6-10 pagi?(bergantung atas stamina kami). Yg ni memang dh turun temurun kami amalkan, n smemangnya meninggalkn kesan yg mendalam buat kami. InsyaAllah akan dikekalkan.

Tapi yg sedihnya, semua yg akan aku prkenalkan nanti merupakan mahasiswa akhir Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Kini, ape yg mampu aku lakukan, hanya membilang saat n waktu yg sempat kami habiskan bersama. Mereka sebenarnya masih mempunyai tanggungjawab yg lebih besar perlu digalas. Bukan hanya utk diri mereka shj bahkan utk masyarakat sekeliling yg semakin hari semakin tenggelam dalam kesesatan ciptaan sendiri. Pulanglah sahabat2ku, bimbinglah saudara2 kita ke jalan yg diredhai olehNya. InsyaAllah, aku akan menyusul membawa bekalan yg sedikit cuma utk sama2 kita brgandingan bersama2 menyuburkan dakwah islamiah di kalangan kita. chewwah!!!....

utk post2 akn datang, IsyaAllah akan diperkenalkan secara lbh detail sape dieorg sume tu sekali ngan gmbr2 berukuran pasrport lg...aci x bro?klu dpt kebenaran la.wakaka...

k, stay tune bersama Ceritera @mbe. update akan menyusul di kemudian waktu n masa jika tuannya berkelapangan n xkekeringan idea...igt mudah ke nk mooja2 nih.heeeheee...k, c u next time&salam.
------------------------------------------------------------------
<<>>

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL....

0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP