Tuesday, September 15, 2009

Baloh Sokmo

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, silap dan khilaf sesama mereka tidak dapat dielakkan. Kehidupan yang harmoni di Malaysia sekalipun tak terlepas dari masalah ini. Hidup berpandukan Al-Quran sebagai pegangan dan As-Sunnah sebagai pedoman memerlukan bukan sahaja kekuatan rohani yang mantap bahkan ilmu yang cukup disamping persiapan fizikal yang kuat. Kenapa?

Dalam sehari-hari, isu politik di Malaysia kian panas. Kerajaan sering mengajukan rundingan dengan pihak pembangkang kononnya untuk menjernihkan situasi yang kini kian 'menyakitkan' mereka. Akan tetapi, rundingan itu ditolak mentah-mentah oleh pihak pembangkang dengan alasan yang sangat tepat.SINI

Saya seorang yang cintakan keharmonian sesebuah negara, kepelbagain budaya dan kebebasan beragama sepertimana yang Islam anjurkan. Perkara yang sama turut diingini dan diimpikan ramai lagi rakyat Malaysia dan dunia amnya. Banyak isu perkauman timbul sejak kebelakangan ini. Mungkinkah mereka yang bertanggungjawab ini ingin melihat Peristiwa 13 Mei berulang kembali? Pembinaan kuil di Selangor, perpindahan Kg Buah Pala, Batu Caves dan banyak lagi. Akan selesaikah kemelut yang melanda negara kita hari ini?

Saya tak suka untuk mentafsir sesuatu permasalahan hanya dengan melihat dari perspektif luaran. Melihat, berfikir dan memahami. Pergolakan yang berlaku dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Semakin sampai ke noktah hentian. Pilihanraya lepas memperlihatkan satu revolusi baru yang mengejutkan. Kejatuhan beberapa buah negeri ke tangan pembangkang dilihat sebagai kekalahan yang amat memalukan bagi pihak kerajaan. Trauma ini tidak dibiarkan lama sejurus dengan pengambil alihan kerajaan Perak daripada 'tangan' Pakatan Rakyat.

Perlakuan lompat parti semakin mendapat tempat di hati wakil-wakil rakyat yang bertanding. Kemenangan dan kepercayaan yang mereka dapat daripada rakyat dipersiakan. Janji dalam perjuangan dinodai demi ganjaran kehidupan yang sia-sia. Rakyat semakin bingung dengan rentak tari ahli politik yang kian popular dengan kontrovesi yang memalukan. Skandal seks, pembunuhuhan, pecah amanah, rasuah dan seribu satu kerja-kerja hina mereka. Sehinggakan sensitiviti tentang perkara ini makin berkurang. Jika perkara sebegini dibiarkan berterusan tanpa langkah-lagkah proaktif, tak mustahil Malaysia menjadi seperti negara Jepun baru-baru ini. Semua ini di akui oleh Che Det sendiri dalam kenyataannya.

Anak-anak muda kini lebih suka memerhati akibat bosan dengan banyaknya perilaku keji mereka yang bergelar ahli politik. Mereka lebih suka bersosial bersama teman-teman dari memikirkan permasalahan yang mengusutkan hati muda mereka. "Alah, aku undi jugak pe...tapi aku malas r terlibat dengan politik ini.Bergaduh sana sini. Demo sana sini. bila nk selesai ntah!"...Jika ke mahkamah, keputusannya seolah-olah dapat diramal dengan mudah. Proses Kehakiman di atur semudah bermain 'dam haji' di kedai kopi. Nak menang kes mudah, bayar lebih sikit,menanglah ia...

Saya takut suatu hari nanti pewaris negara hanya seorang yang pandai di gelangang debat, tapi hancusss di medan pentadbiran. Hanya tahu membangkitkan isu, tapi tak pernah memikirkan jalan penyelesain. Hanya hebat berdemonstrasi, tapi tak berusaha menyelesaikan secara rundingan aman. Hanya aktif urusan parti, hal ehwal negara dibiar sepi. Hanya mantap dalam ilmu pengetahuan, tapi gagal dalam pelaksanaan.

Kini masalah ini merebak ke negara jiran, Indonesia. Dari sekecil-kecil isu dengan Malaysia hinggalah sebesar-sebesar disiarkan media Indonesia bagi mengapi-apikan semangat bencikan Malaysia. Terbaru, penuntut Malaysia di sana diancam bunuh dan macam-macam lagi perkara yang menakutkan. Pihak berwajib harus segera menyelesaikan perselisihan ini jika tidak mahu melihat kesan yang lebih buruk. Perebutan tarian tradisional, pulau yang dikatakan milik Indonesia dan banyak lagi isu-isu lain harusnya mendapat penyelesain yang secepatnya. Sehinggakan yang terbaru keluar kenyataan perang dikalangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Tapi tidak semua rakyat Indonesia menyokong kenyataan itu. Saya ada terjumpa satu blog dari seberang yang menceritakan keadaan sebenarnya.SINI

Seharusnya ada di sana satu inisiatif langsung dari semua pihak baik dari kerajaan dan NGO lain dalam mengatasi semua permasalahan yang timbul. Kini masalah negara bukan hanya dibahu kerajaan semata, bahkan semua yang bergelar 'Malaysian'. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan negara kita dari segala keburukan dan kebobrokan yang hanya mendatangkan kedukaan dan kemudaratan kepada rakyat.



p/s : Saya impikan seorang pemimpin yang mempunyai idea gagasan seperti Mahathir Mohamad dan berakhlak dan berketerampilan seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mungkinkah suatu hati nanti...?


1 comments:

Anonymous September 16, 2009 at 11:49 AM  

tumpang lalu...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP