Saturday, May 23, 2009

Kembali...

Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu ketiadaan rangkaian internet pada PC pinjaman Tuhan ini, akhirnya hari ini ianya dapat kembali menyalurkan maklumat-maklumat dan berita untuk tatapan tuan kesayangannya. Itu pun setelah berhempas pulas bersama rakan-rakan untuk mendapatkannya kembali..

Sebelum ini kami cuba bertanya di syarikat komunikasi Telecom-Egypt untuk mendaftarkan semula internet pada talian telefon rumah kami. Tapi malangnya kami dimaklumkan talian telefon tersebut tidak dapat didaftarkan kerana terdapat bil tertunggak. Terkejut kami bila pegawai syarikat di situ memberitahu jumlahnya LE3000 lebih!

Kami hairan. Kami mula rasa tak sedap hati. Adakah Mohammad (seperti yang diceritakan sebelum ini) tidak membayar bil internet kami sebagaimana yang kami amanahkan padanya setiap bulan? Atau 'Ammu Salim (tuan rumah) tidak menjelaskan bayaran bil telefon kami? Segala persoalan bermain di minda kami..

Tambah pegawai itu lagi, sekiranya kami ingin register baru, kami mestilah menyelesaikan bil tertunggak itu. Ataupun biarkan bil talian itu dipotong kemudian register nombor baru untuk akses internet. Kami tiada pilihan lain melainkan pilihan pertama sahaja kerana untuk register nombor baru terdapat masalah yang lebih rumit dengan tuan rumah..

Setelah kami berjumpa dengan Mohammad, beliau menjelaskan begini dan begini. Rupa-rupanya itu adalah nizam baru syarikat terbabit. Dalam pada itu kami hairan, "tak kan sampai begitu banyak kena caj?" fikir salah seorang dari kami. Ada yang mula mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Mohammad. Senior-senior lama pesan jangan terlalu percaya dengan arab. Bukan kami hendak su' zhon, tapi kami mesti mengelakkan diri kami dari ditipu. Ada pula yang sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan..

Bila diselidik dan ditanya pada kawan-kawan lain yang turut menggunakan internet di rumah mereka, semuanya menafikan yang mereka dikenakan caj yang begitu tinggi seperti yang didakwa Mohammad. Mustahil talian internet kami saja yang dicaj begitu..

Setelah menjangkakan yang internet tidak dapat lagi diakseskan ke rumah kami, saya akhirnya mengambil keputusan untuk membeli wireless USB untuk mengakseskannya. Walaupun linenya tak selaju seperti sebelum ini, tapi sudah cukup sekadar untuk menatap berita-berita dan maklumat lebih-lebih lagi banyak isu panas berlaku di Malaysia mutakhir ini..

Mudah-mudahan ianya tidak menjadikanku terleka dengan dunia global sehingga melupakanku akan dunia cita-cita dan impian kejayaan yang sedang kukejar ini, insya Allah. Semoga ianya memberi manfaat bukan 'mudharat' kepadaku..


*tingtong= artikel ini dicopy terus dari blog roomate @MBe tanpa sebarang editan yang boleh menambah atau mengurangkan dari artikel asal beliau. Adapun begitu, segala yang telah dicoretkan ini merupakan pengalaman kami bersama ketika cuba menyelesaikan kemelut ini. So, harap-harap Ablim tak marah yea.ekekeke. Nak tau lebih lagi, lawatilah blog beliau...promosi dh ni.:)


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP