Sunday, May 31, 2009

NEw ENtry

Waktu yang terluang selepas tamatnya peperiksaan final merupakan waktu yang terbaik untuk kami di Mesir untuk jaulah musim panas. Kali ini, destinasi yang menjadi pilihan kami ialah Iskandariah. Sebuah tempat yang mengingatkan kami pada pantai Batu Burok di Terengganu yang memiliki pantai yang cantik beserta dengan infrastruktur bandaraya yang menarik.Percutian kali ini hanya difokuskan untuk mandi-manda di pantai Iskandariah sahaja.


Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.



Bertolak pada petang Khamis, sesuai dengan hadis riwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis”. Kami lebih selesa menaiki kereta api kelas dua yang menjanjikan tempat duduk yang selesa dengan penyaman udara tanpa diganggu mana-mana penjual jalanan Mesir. Setibanya kami di ‘Asafirah, kami diberikan sebuah rumah 3 bilik di bawah selian DPMI ( Dewan Perwakilan Malaysia Iskandariah) yang selesa selama kami menginap di sana.


~Ingin kucapai mentari~



Selepas selesai Jama’ Takhir, kami terus ke pantai Iskandariah untuk membuat pilihan tempat yang paling sempurna pada kami untuk kami mandi-manda esok hari. Di sini, setiap pantai dikenakan bayaran masuk dan juga bayaran meja, kerusi dan payung. Selepas berpuas hati dengan harga dan kawasan yang telah kami persetujui, ketua perjalanan kami mengajak kami bersiar-siar sekitar Bandar Iskandariah. Bandarnya yang bersih agak berbeza dengan ibu negerinya Kaherah. Struktur imarahnya yang mempunyai senibina Parsi amat mengagumkan. Melihat terbenamnya matahari yang cantik sesuatu pengalaman manis untuk kami.


~suasana sekitar~



Kesokkan paginya, kami menziarahi maqam Nabi Allah Danial A.S dan LuqmanulHakim yang terletak berdekatan dengan Mahattah Misr. Sebelum menunggu masuk ke maqam yang dikunci, kami menziarahi Markaz Tarikat ‘Aurad Burhani. Mendengar kalam-kalam nasihat dari tetamu istimewa dari Sudan, Syeikh Toyyibin.ini memang mendamaikan dan menginsafkan.Katanya,“Hati ini perlu dijaga daripada dikuasai oleh nafsu-nafsu Lawwaamah,Imarah dan Mulhamah. Diibaratkan seperti sebiji bawang besar.setiap lapisan bawang itu adalah lapisan-lapisan nafsu yang kita perlu hadapi. 7 lapisan mewakili 7 jenis nafsu-nafsu. Bawang kalau kita buang setiap lapisan akan kita temui bijihnya yang sedap dan enak untuk dimakan begitu sahaja(rakyat Mesir suka makan bawang mentah-mentah) dan jikalau kita tanam di muka bumi nescaya akan tumbuh subur. Beruntunglah orang-orang yang dapat menguasai nafsu Mutmainnah kerna nafsu ini sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan. Dan cara untuk dapatkannya ialah dengan berzikir…”

Sebelum pulang, kami disajikan dengan hidangan istimewa dari Aswan yang bernama Syahri oleh ahli-ahli Tarikat Burhani. Syahri adalah sejenis mee gandum buatan sendiri yang dijemur di bawah sinaran matahari dimakan bersama-sama dengan susu manis. Makanan untuk Iftar katanya…



Kami tiba ke rumah penginapan sejurus sahaja azan Jumaat berkumandang. Selepas selesai Jama’ Takdim, kami terus ke pantai bersama peralatan mandi masing-masing. Kehadiran ramai pengunjung sedikit memeranjatkan kami. Maklumlah, hujung minggu di sini memang cukup dimanfaatkan oleh penduduknya bersama ahli keluarga masing-masing. Tanpa menghiraukan pandangan pengunjung yang lain, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang hairan bagaimana orang yang lebih dewasa darinya seakan-akan dirasuk pabila melihat air laut. Kami tanpa rasa bersalah berlari bersama-sama menuju ke laut yang memang telah kami geram sejak kelmarin lagi.



~penawar sakit kulit...kikiki~



Keletihan dan kelesuan bermain dengan air laut masin memberi kesan yang hebat pada malamnya. Belum sempat untuk makan malam, kebanyakkan dari kami telah tidur dalam keletihan. Kecuali @MBe dan beberapa orang kawan-kawan yang lain. Kami ke Cyber Café yang berdekatan untuk melayari internet sebelum kembali semula ke rumah untuk tidur.


~menjamu selera di HadralmautAlexs~



Cahaya pagi di sini memancar terang sesuai dengan kedudukannya berhampiran laut. Cantik…Tepat jam 10 pagi, kami bersiap ke mahattah Misr untuk pulang menaiki Tremco@Minibus memandangkan tiket kereta api telah habis dijual. Kami pulang dengan azam untuk kembali semula ke Iskandariah jika ada ruang waktu dan keadaan yang mengizinkan.


adab-adab bermusafir


i. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah memohon petunjuk daripada Allah.



ii. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian(menutup aurat), makanan dll.



iii. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.



iv. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-oprang yang ditinggalkan bagi memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.



v. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.


2 comments:

nurul naim May 31, 2009 at 11:05 AM  

cam baca jurnal kat majalah
bgus2

@MBe June 14, 2009 at 2:16 PM  

ececeh...agak2 yer nk hadiah pe ni?:)

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP