One-Mesia
Malaysia menghadapi saat-saat yang kritikal sekarang ini. Bermula dengan kes seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari melancong yang dikesan menghidapi H1N1, sekarang bilangannya meningkat dari hari ke hari dan semakin parah. Kini update terbaru, seramai 32 orang telah meninggal dunia disebabkan virus tersebut.
H1N1 atau lebih 'mesra' dengan nama manjanya, virus selsema babi ini telah menyerang dan tersebar ke segenap pelusuk dunia. Di Malaysia, banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi menghalang penyebaran 'bala' yang lebih serius. Setiap hari, berita mengenai H1N1 dipaparkan di dada akhbar dan juga di TV.
Berlainan di Mesir, pihak kerajaannya telah membunuh semua babi yang dipelihara tanpa menghiraukan bantahan rakyatnya yang lain. Sebenarnya, ketepatan dan ketegasan tindakan kerajaan amat penting dalam mengatasi hal-hal sebegini. Bukan tegas hanya kepada sesuatu yang hanya melibatkan periuk nasi mereka sahaja...
Ada yang mencadangkan agar dijatuhkan perintah darurat supaya mudah bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan. Akan tetapi, sekarang bukan waktu yang sesuai untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Sebolehnya semua pihak perlu ada sikap tanggungjawab dalam diri dan masyarakat. Kesedaran yang tinggi akan risiko dan akibat jangkitan virus H1N1 ini perlu dititikberatkan. Amat malang sekiranya masing-masing masih lagi ingin menunjukkan sikap ego dalam mengatasi penyebaran H1N1 ini.
1 Ogos 2009 mencatat satu lagi coretan pahit bagi pentadbiran baru PM one-Malaysia. Bantahan besar-besaran terhadap akta ISA oleh GMI telah memanaskan takhtaNajib n the gang.Kebangkitan rakyat dalam demonstrasi '1 Ogos' lalu amat memeranjatkan pihak kerajaan. Banyak pihak yang melatah akibat letupan dari mancis-mancis yang tak mereka jangkakan. Tiada lagi ketakutan dalam diri rakyat. Mereka bukan lagi anak-anak yang baru bertatih untuk memahami sesuatu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Kebodohan seorang menteri yang berlagak pandai memuncakkan dan merancakkan lagi ketidakpuasan hati serta kemarahan rakyat dalam demo itu.
Kehadiran beribu-ribu orang, dikatakan melebihi 100,000 ribu orang dalam menjayakan demontrasi bantahan dikatakan gagal untuk menghantar memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong akibat dihalang 'pasukan topi merah'. Terdengar mulut-mulut celupar yang meminta kerajaan untuk menangkap penganjur demo tersebut. Kalau benarlah itu yang berlaku, kerajaan one-Malaysia perlulah bersiap sedia berkali-kali ganda lagi dengan 'bala tenteranya' untuk mengekang kebangkitan dan protes daripada rakyat. Melebihi persiapan 1 Ogos baru-baru ini.H1N1 atau lebih 'mesra' dengan nama manjanya, virus selsema babi ini telah menyerang dan tersebar ke segenap pelusuk dunia. Di Malaysia, banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi menghalang penyebaran 'bala' yang lebih serius. Setiap hari, berita mengenai H1N1 dipaparkan di dada akhbar dan juga di TV.
Berlainan di Mesir, pihak kerajaannya telah membunuh semua babi yang dipelihara tanpa menghiraukan bantahan rakyatnya yang lain. Sebenarnya, ketepatan dan ketegasan tindakan kerajaan amat penting dalam mengatasi hal-hal sebegini. Bukan tegas hanya kepada sesuatu yang hanya melibatkan periuk nasi mereka sahaja...
Ada yang mencadangkan agar dijatuhkan perintah darurat supaya mudah bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan. Akan tetapi, sekarang bukan waktu yang sesuai untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Sebolehnya semua pihak perlu ada sikap tanggungjawab dalam diri dan masyarakat. Kesedaran yang tinggi akan risiko dan akibat jangkitan virus H1N1 ini perlu dititikberatkan. Amat malang sekiranya masing-masing masih lagi ingin menunjukkan sikap ego dalam mengatasi penyebaran H1N1 ini.
1 Ogos 2009 mencatat satu lagi coretan pahit bagi pentadbiran baru PM one-Malaysia. Bantahan besar-besaran terhadap akta ISA oleh GMI telah memanaskan takhtaNajib n the gang.Kebangkitan rakyat dalam demonstrasi '1 Ogos' lalu amat memeranjatkan pihak kerajaan. Banyak pihak yang melatah akibat letupan dari mancis-mancis yang tak mereka jangkakan. Tiada lagi ketakutan dalam diri rakyat. Mereka bukan lagi anak-anak yang baru bertatih untuk memahami sesuatu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Kebodohan seorang menteri yang berlagak pandai memuncakkan dan merancakkan lagi ketidakpuasan hati serta kemarahan rakyat dalam demo itu.
~Sekadar peringatan daripada rakyat yang cintakan kedamain dan keharmonian~
........................................................................................
Dua dah melepasi benua. Betullah kata orang...Kerinduan itu terbit pabila sesuatu itu hilang di depan mata. Pahitnya perpisahan itu akan dirasai setelah ia berlaku. Pahit...Waktu dekat tak terasa pelukannya, bila jauh bau badan pun jadi...haha.Ukhwah fillah Mahabbah Lillah.
Selamat kembali ke tanah air kepada Us Tarmizi & Us Kamal...
Satu dedikasi khas untuk mereka akan menyusul nanti, InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment