Tuesday, October 6, 2009

C.I.N.T.A

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


4 comments:

Suhana October 7, 2009 at 1:31 AM  

Assalamu'alaikum..

Tanpa cinta Ilahi, kebenaran menjadi kaku dan beku. Sedangkan tanpa kebenaran yang hakiki, cinta menjadi lesu dan layu.. Diri terjebak dalam kekufuran yang samar, hanyut dan lemas mengikut arus nafsu..

Wallahu'alam...

@MBe October 7, 2009 at 6:57 AM  

harap cinta sesama makhluk didahului dgn cinta Ilahi...moga hubungan yg trjalin diredhai n dirahmati hendaknya...ameen.

Bunga Merah October 7, 2009 at 8:35 AM  

Bercinta bukan setakat hari ini
esok dan lusa sahaja,

Tapi bercinta sampai syurga, jodoh itu rahsia dan ketentuan ALLAH.

Sebagai 'abid, berdoalah semoga dikurniakan jodoh terbaik yang boleh membawa kita menuju cintaNYA~

@MBe October 8, 2009 at 10:40 AM  

Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP