Tuesday, October 20, 2009

Mamat Dirempuh!!!



Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran atas nikmat Iman dan Islam serta masih lagi diberi peluang untuk kembali di dunia nyata selepas dibuai mimpi indah sebentar tadi.

Saya sebenarnya masih lagi dilanda perasaan terkejut dan sedikit trauma dengan insiden kemalangan yang telah menimpa sahabat baik saya, Muhammad. Insiden yang tak terduga ini berlaku berdekatan dengan Mahattah Attaba ( nama tempat ) yang terkenal dengan kesesakan yang amat menyesakkan jiwa raga.

Rempuhan kuat motosikal beraga ( yang ada besi kotak di sebelah kiri kanan motosikal ) itu mengakibatkan Muhammad terpelanting beberapa langkahan kaki ( rujuk ayat kat blog dia :P ) serta sempat untuk 'menumpang' landing motosikal mat rempit arab itu untuk seketika. Kesannya, sedikit calar-balar di lengan dan sengal di bahagian belakang pinggang ( ke pingang? ). Doktor-doktor ada nasihat tak?

Kembali pada petang kelmarin sebelum kejadian ini berlaku, saya dan Muhammad keluar bersama-sama dari rumah bertolak menuju ke markaz untuk menyerahkan salinan Iqamah kepada pihak DPM Shoubra untuk pengurusan pentadbiran maahad. Usai urusan tersebut, kami menaiki Metro ( sistem pengangkutan keretapi Mesir termaju ) menuju ke Attaba. Setibanya kami Attaba, saya dan Muhammad mengambil hala tuju masing-masing beserta pesanan Muhammad untuk membelikan Kitab Hikam untuknya di Daarul Salam.
Muhammad menuju ke mahattah bas ke ARMA ( AsramaRaya puak isMA ) manakala saya ke Masjid Al-Azhar.

Tujuannya ke ARMA hanyalah untuk menunaikan salah satu aktiviti mingguannya iaitu tasmi3 dan juga talaqi Al-Quran dengan Hafizullah Syeikh Ibrahim. Muhammad sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat rajin. Walaupun telah tasmi3 Al-Quran dengan ramai masyahiekh di sekitar tempat pengajian kami, kini melebar jauh ke ARMA pula semata-mata untuk meningkatkan mutu bacaannya kepada yang sudah tersedia baik kepada yang terbaik.

Berbalik pada cerita tadi, Muhammad pulang sedikit awal daripada saya kurang lebih hampir waktu Isyak. Setibanya saya di rumah, saya rebahkan badan ke katil ( saya dah solat bagi yang bertanya ) bertujuan merehatkan badan untuk seketika sebelum mandi setelah seharian bermandikan peluh. Kelihatannya Muhammad ketika itu khusyuk dengan komputernya. Ikhtilat? eh,bukan...kot.:p

Tiba-tiba terdengar keluhan ( lebih tepat kepada luahan ) kecilnya pada saya yang hampir terlelap... " Sedih sungguh ari ni, Syeikh Ibarahim doh la tak dok (tak datang). Masa balik nok turun bas tu, kena tempuh di motosikal arab pulak."

Saya pantas bingkas bangun dari pembaringan, terkejut mungkin apabila mendengar perkataan ammiah 'tempuh', yang bermakna 'dilanggar' dalam bahasa Kuala Berangnya. Belum sempat saya ingin bertanya lanjut, Muhammad menyambung lagi..."...Dang jugak la melambung sikit, siap naik atas raga motosikal arab lagi." Saya ketawa dalam hati mendengar bicaranya kali ini.

Saya amat pasti dan yakin dengan kemahiran warga arab mengendalikan kenderaan mereka sebelum ini. Jarang sekali untuk melihat kemalangan, lebih-lebih lagi kemalangan yang melibatkan motosikal. Mat rempit arab memang superb! Tapi kali ini, tanggapan saya sedikit tersasar pabila insiden itu melibatkan kawan saya yang terdekat. Serumah bahkan sebilik lagi.

" Alhamdulillah sikit je kena, nasib baik tak mati." Muhammad meneruskan kalamnya apabila melihat saya masih lagi terdiam, hanya terpaku kaku melihatnya. Selepas mengesahkan yang Muhammad betul-betul serius, saya yang sudah biasa dan lali dengan perbualannya yang sarat dengan humor gila-gila itu menyambung, " Kalau dah mati sekalipun, syahid la tu. Mu tak boh mati syahid ke Mat? ( panggilan manja saya untuk Muhammad )" tanya saya sedikit menduga. Sebelum ini kami pernah bincangkan hal-hal yang melibatkan kematian. Bagaimana jika kematian itu berlaku di antara kami. Sekadar muhasabah selingan kami mengigatkan saat kematian. Itupun setelah pemergian sahabat kami dulu, saudara Hatta..." Ho la, memang dah. Hok tu hok aku nok yer..." jawabnya sambil tersengeh-sengeh kekalutan.

Firman Allah : Yang bermaksud: "dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa) ,tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". Al-Baqarah = 154

Saya panjangkan perbualan kami beberapa ketika dengan maksud, moga dengan perbualan itu merungkaikan sedikit rasa terkejut dan mengurangkan sedikit kesakitannya dengan insiden yang baru saja menimpanya itu ( mat, jangan terharu deh...lalala ). Insiden yang boleh dikatakan hampir-hampir meragut nyawanya kali ini. Jika merujuk kepada kelajuan pemandu motosikal itu seperti kebiasaannya. Tanpa menafikan Taqdirulah. Mungkin hikmah di sebalik kesibukan jalanraya ketika itu, motosikal itu dipandu sedikit perlahan. Syukranlillah...

Nasihat untuk diri saya dan sahabat-sahabat di luar sana. Pastikan keadaan sekitar anda selamat daripada sebarang kenderaan bergerak sebelum anda melintas atau 'berlari turun' daripada bas. Jadikan pengalaman saudara Muhammad ini sebagai pedoman untuk kita lebih berhati-hati selepas ini. Teringat kata-kata senior saya ketika awal kedatangan saya di Mesir dulu, " Masa melintas jalan tu ingat, nyawa kamu hanya seinci! ". Merujuk kepada kenderaan dan cilok pemandunya. Selepas ini, mungkin kata-kata itu saya jadikan pegangan dan pedoman untuk melintas jalan...Untuk rujukan, sila ke blog Muhammad.


4 comments:

hanif October 20, 2009 at 5:40 PM  

inna lillah wa inna ilaih rojiuun..

utk mad,banyokkan bersabo & sesuatu tu pasti ade hikmah

utk pa,masseh la sbb de je crite psl kwn2 dr syubro..rse mcm dduk kt syubro je bile tau je maklumat terkini psl kwn2 kt sne..kredit utk pa..hehe

@MBe October 22, 2009 at 4:21 AM  

huhu...masseh jgk utk man krn masih sempat meluangkan masa yg sibuk dgn dtg ke sini.malu dgn man sbb hanya karutan yg ade.tiada input yg brmnfaat utk diambil...man,massseeeh!huhu

hanif October 22, 2009 at 8:39 AM  

alamak,merendah diri sgt la ustaz pa kite ni.he3

@MBe October 26, 2009 at 7:25 PM  

masih jgk xrendah2 kn?huhu

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP