Monday, October 27, 2008
:..Syawal yang pertama tanpa keluarga..:
Berhari raya di bumi Mesir... Dari belakang sebelah kiri : farouk,ucop,luqman,malik,pool,yoe,bidin,@mbe,mukhlis,manzaqziq & mamat.
*p/s; mat arab tu tak termasuk dalam senarai.harap maklum...
Posted by @MBe at 3:17 AM 0 comments
Labels: Diari Sahara
.:: Konsep qudwah ganti idola dan diva ::.
Oleh DR. SIDEK BABA
BERPANDUKAN kamus Webster dan Oxford, istilah idola didefinisikan sebagai menyembah atau memuja Tuhan atau menghubungkan sesuatu dengan imej ketuhanan. Istilah diva pula dikaitkan dengan Tuhan orang-orang Hindu iaitu dewa atau dewata.
Pada hari ini istilah idola dan diva dihubungkan dengan pendewaan terhadap manusia popular khususnya di kalangan sesetengah remaja seperti artis, ahli sukan, ahli muzik, pemimpin malah ada yang mengaitkan idola itu dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Memang para remaja memiliki naluri meniru, mencontohi, meneladani dan mengagumi sesuatu atau seseorang. Remaja belajar daripada orang lain kerana ingin dewasa dengan pengalaman dan petunjuk yang betul. Remaja meniru daripada seseorang atau sesuatu kerana peniruan boleh menjadikan ia matang dan mampu meneruskan tradisi.
Dalam tradisi Islam meniru tidak salah kalau yang ditiru itu benda-benda atau perkara yang baik. Mencontohi juga tidak salah kalau yang dicontohi itu adalah sesuatu yang bermanfaat. Meneladani sesuatu yang berguna supaya ia menjadikan remaja matang dan berilmu. Mengagumi sesuatu yang hebat dan cemerlang kerana ia boleh membimbing remaja mempunyai kualiti diri.
Rasulullah s.a.w. dibentuk wataknya oleh Allah s.w.t. menerusi al-Quran dan menjadikan Nabi contoh yang terbaik untuk umat manusia. Pada Nabi terdapat qudwah atau contoh yang membawa risalah atau pengajaran untuk seluruh alam. Dalam ajaran Islam, sebaik mana peribadi, akhlak dan tingkah laku Nabi ia tidak sampai kepada tahap pemujaan atau menyamakannya dengan Tuhan atau menimbulkan rasa penyembahan yang luar biasa. Nabi ialah manusia seperti kita dan Allah beri kepadanya kelebihan supaya baginda menjadi sumber ikutan terhadap manusia zamannya dan juga manusia terkemudian.
Konsep idola dan diva sudah bercanggah dengan konsep qudwah. Rasulullah s.a.w. sepanjang 13 tahun di Mekah menentang berhala dan amalan memberhalakan kerana ia dikaitkan dengan perbuatan syirik. Syirik adalah jenis dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melakukan dakwah, penyeruan dan pengajakan supaya manusia beriman kepada Tuhan Yang Satu. Itulah asas tauhid yang ditanamkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan cara berfikir dan bertindak sahabat-sahabat Nabi dan pengikut sezamannya meletakkan Allah itu satu-satunya Tuhan, bukan dua dan tidak juga tiga.
Mengapa faktor akidah dilihat sebagai faktor terpenting bagi seseorang penganut Islam? Akidah tauhid menjadi asas ikatan atau ‘aqaid’ manusia dengan Penciptanya. Apabila asas ini jelas dan kukuh, ia meletakkan Allah Yang Perkasa, Maha Mengetahui, Yang Berkuasa sedangkan manusia adalah hamba-Nya. Jiwa kehambaan menjadikan manusia tunduk, patuh, taat dan akur terhadap ajaran-Nya.
Rukuk dan sujud dalam solat adalah lambang bagaimana latihan akur, tunduk, taat dan patuh dilakukan dan hikmah atau kebaikan sifat-sifat itu menjadikan manusia tunduk kepada yang baik dan benar, patuh kepada peraturan dan undang-undang yang adil, taat dalam menghubungkan kerja sebagai sumber ibadah dan akur terhadap sumber teladan manusia yang cemerlang dan berakhlak.
Konsep idola dan diva boleh menyebabkan remaja melakukan pemujaan atau pengaguman yang melampau. Darjah minat menjadi begitu luar biasa sehingga segala-gala yang ada pada penyanyi yang dipuja baik suara, gaya berpakaian, rambut dan gelagat penyanyi itu menjadi sumber pembentuk remaja untuk menjadi remaja yang berjaya.
Darjah pendewaan remaja terhadap ahli muzik dan ahli sukan menyebabkan ‘kegilaan’ yang melampaui batas sehingga banyak masa digunakan dengan berbagai cara menunjukkan ahli muzik dan ahli sukan dekat pada diri dan hadir dalam hatinya.
Naluri ‘kegilaan’ memang lazim terdapat bagi sesetengah remaja yang sudah hilang kawalan diri. Sering kedapatan remaja Islam yang tidak menjaga adab menutup aurat. Melakukan pendedahan tubuh yang menjolok pandangan dan perhatian.
Memakai seluar ketat yang menampakkan susuk dan bentuk tubuh secara ghairah. Hilang adab terhadap orang tua. Hilang malu melakukan sesuatu yang aib di khalayak ramai. Malah bercakap perkara-perkara yang tidak mendatang faedah atau menambah ilmu.
Amat penting para remaja dididik dengan kesuburan naluri contoh yang menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah. Allah s.w.t. dijadikan sumber ibadah dalam pengertian Dialah satu-satunya yang berhak disembah bukannya manusia apalagi patung-patung. Perkara ini adalah mustahak untuk menjadikan remaja orang-orang yang jelas jalan akidahnya dan jernih jalan sembahannya.
Dengan menjadikan idola dan diva sebagai manifestasi ‘pemujaan’ dan kekaguman terhadap seseorang, ia boleh menjadikan remaja berada dalam keadaan ragu, keliru dan celaru. Ia boleh menyebabkan remaja boleh terjebak dengan amalan yang menyalahi akidah.
gama Islam, bahasa Arab dan bahasa al-Quran amat mementingkan ketepatan sesuatu istilah. Konsep itu digunakan supaya ia tidak menimbulkan salah pengertian dan kekeliruan.
Apalagi menggunakan konsep idola dan diva untuk merujuk kepada manusia yang memberi konotasi atau makna pemujaan, ia boleh membawa kepada penyimpangan.
Konsep
Adalah lebih baik para remaja Islam yang amat prihatin dengan akidah dan iman supaya melazimkan diri dengan menggunakan konsep qudwah atau model-contoh kerana ia menepati maksud. Konsep qudwah merujuk kepada contoh terbaik yang pernah ada kepada umat manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai seorang budak, Nabi Muhammad seorang penggembala kambing yang taat dan jujur. Sebagai remaja, Nabi Muhammad tidak pernah menyembah berhala ataupun idol atau dewata sebaliknya menjadi seorang peniaga yang baik dan ikhlas dan sering bersendirian kerana nalurinya sering menentang amalan penyembahan berhala di kalangan kaumnya.
Sebagai orang dewasa, Nabi Muhammad melakukan dakwah sebijaksana mungkin dengan memiliki prinsip kebenaran yang utuh, istiqamah atau teguh hati yang tinggi, akhlak yang terpuji sehingga digelar sebagai ‘al Amin’ iaitu seorang yang mendamaikan. Sebagai seorang pemimpin, Nabi Muhammad cuba menjadikan dirinya sebagai pemimpin contoh dan pengurusan kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang dilakukan dengan adil dan saksama. Inilah qudwah terbaik yang dibentuk oleh Allah s.w.t. yang memiliki kualiti peribadi unggul (towering personality) untuk dijadikan sumber qudwah yang sifatnya merentasi zaman.
Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis. Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang-orang Islam. Orang-orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.
Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain.
Budaya membaca, menyelidik, menulis dan berbincang di kalangan orang-orang Barat dan Jepun adalah baik untuk para remaja ikuti. Tetapi menjadikan artis heavy-metal sebagai idola dan diva adalah tidak baik.
Mengagumi tokoh-tokoh Barat dalam banyak bidang dan lupa atau sengaja tidak mahu ambil tahu tokoh-tokoh yang menyumbang terhadap tamadun umat Islam dan umat manusia, misalnya, adalah suatu ketempangan.
Remaja Islam harus kembali kepada diri kerana pada diri mereka ada agama Islam yang ajarannya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia melakukan keburukan.
....Remaja Islam harus kembali kepada tradisi dan budaya sendiri. Contoh terbaik yang patut dijadikan ikutan dan teladan ialah Rasulullah s.a.w. bukannya idola dan diva....
<<<>>>
Posted by @MBe at 3:15 AM 0 comments
Labels: Ilmu
JOM KE KULIAH!
Followers
My Community
BERILAH KEMAAFAN ITU
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Categories
- Diari Sahara (77)
- Diari Tanahku (1)
- Ilmu (16)
- Imam QIRAAT (1)
- Politik (6)
- Teknologi (2)
- UMUM (35)
- Usratiii (9)
-
-
Apartemen Seks Bebas di Jakarta8 years ago
-
Tokoh Yang Aku Kagumi10 years ago
-
-
Saya Sayang Polis!13 years ago
-
filsafat13 years ago
-
-
Memang Aku Tabik Ke Arab14 years ago
-
-
-
Perpisahan...14 years ago
-
Masihkah...14 years ago
-
..Update..14 years ago
-
Copy, Paste ... And -don't forget- Edit15 years ago
-
Aboh~15 years ago
-
Politik
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan2 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Link
-
-
Karamah Imam Nawawi1 week ago
-
-
ZIKRAYAT EPISOD 64 years ago
-
-
DIET (1)11 years ago
-
~Berpindah~12 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis12 years ago
-
Salam Ramadhan....Salam KeRinduan.14 years ago
-
-
-