Sunday, January 31, 2010

Seruan!

Alhamdulillah...Esok hari yang amat ditunggu-tunggu. Pengajian Syamail Muhammadiah karangan al-Hafiz,al-'Alim,al-Imam Tirmidzi yang akan disampaikan Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir pasti menggamit kerinduan kepada Baginda Muhammad SAW. Kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita hadirkan diri dalam majlis ilmu yang penuh barakah ini. InsyaAllah...


قال العلماء: من علامة سعادةالمؤمن أن يحفظ أوصاف النبى صلى الله عليه وسلم


قال العلماء: من علامة سعادةالمؤمن أن يحفظ أوقال العلماء: لامة سعادةالمؤمن أن يحفظ أوصاف النبى صلى الله عليه وسلمصاف النعل وسلم

Wednesday, January 6, 2010

Warna-warni

Hari ini ribut dengan isu-isu panas di Malaysia yang tak kunjung sudah. Permulaan isu yang parah hingga tak pernah surut amat membimbangkan. Kadang-kadang terasa seperti seolah perancangan yang amat teliti dari 'tangan ajaib'. Satu-satu isu disusun dengan penuh teratur dan teliti agar kita mudah beralih pada isu yang baru. Rakyat Malaysia seperti telah diketahui cara dan pemikiran mereka. pertindihan isu yang baru boleh meneggelamkan terus isu yang lepas.

Jika dilihat pada permulaan Bajet Belanjawan 2010 baru-baru ini yang nyata membawa satu keaiban yang besar pada pihak kerajaan. Dengan majoriti tipis sokongan, belanjawan akhirnya dapat diluluskan. Rakyat terkejut dengan satu adegan yang jarang untuk disaksikan pada waktu yang lain. Tidak lama selepas itu,kita ditabur dengan isu politik pembangkang yang semakin hari semakin penuh dengan mainan kotor mereka yang tidak bertanggungjawab. Rekaan maklumat dalaman yang jijik yang boleh menggangugugat kepimpinan PAS disebarkan sesuka hati. PAS tidak melatah malahan mengukuhkan lagi ikatan mereka dengan PAKATAN RAKYAT.

Heboh juga dengan penerbitan buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times". Penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad didedahkan pengarang buku tersebut. Kehilangan enjin jet pesawat yang bernilai kira-kira RM50 juta tempoh hari sangat memalukan Kementerian Pertahanan Malaysia. Hal ehwal ketenteraan yang diketahui mempunyai peraturan ketat dan tanggungjawab mempertahankan negara itu telah dimalukan dengan kehilangan enjin pesawat yang berharga jutaan ringgit. Hal itu dikatakan berlaku lama dulu pada tahun 2007 lagi. Tapi baru kini dihebohkan kepada rakyat hingga kebanyakkan blogger menggunakan isu ini menghentam pihak yang berkenaan dengan penuh rasa dendam. Hingga kenyataan amaran dikeluarkan pihak berkenaan bagi meredakan keadaan.

Harga gula yang naik juga sangat menyesakkan rakyat. Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenaikan ini. Hal ini akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang lain dan sudah pasti membebankan rakyat. Hinggalah terbaru kes mahkamah tentang kalimah Allah yang penuh kontrovesi. Pendapat-pendapat yang pelbagai diutarakan, hingga ada pihak yang cuba menjadi batu api dengan membandingkan pendapat yang dikeluarkan dengan individu tertentu supaya seolah-olah dilihatkan percanggahan antara mereka. Dan saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden...

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.Walaupun demikian, dalam kontek masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
"Allah For All * Islam For All""Islam Adil Untuk Semua"



  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP