Sunday, December 27, 2009

BarakAllahuLakuma...

video


Thursday, December 24, 2009

L.E.T.I.H

Penentangan keamanan terhadap jiwa dan perasaan amat meletihkan. Terguris dan terluka perkara biasa yang perlu dilalui dan ditempuhi. Orang kata mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Tak kurang juga kata-kata bijak pandai, menjaga itu lebih sukar daripada mencari.

Kesemuanya hakikat yang tak termampu ditolak oleh sesiapa yang telah dan sedang melalui keadaan tersebut. Teringat kuliah daripada Ustaz Nazrul Nasir baru-baru ini... " Tahap sesuatu ilmu itu ada tiga peringkat. Ilmulyaqin, dzhonnulyaqin, dan haqqulyaqin...". Saya sedang menghadapi tahap ketiga dan inilah tahap yang paling sukar dan mencabar...untuk saya.

Dengan bantuan dari tahap pertama dan kedua, saya amat harapkan kesudahan yang baik. Dan itulah yang terbaik daripada segalanya. Realiti yang akan diharungi tidak harus ditepis dan dielak seperti seorang yang tiada prinsip diri. Seharusnya saya berusaha menghadapinya dengan redha dan mampu mencari manik-manik mutiara dalam lumpur hitam yang dalam.

Allah...Helaan nafasku senantiasa menyebut namaMU yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Perjalanan ranjau yang dilalui amat bernilai jika semuanya dikembalikan kepadaMu. Terselit seribu satu hikmah dalam setiap urusan aturan ciptaanMu. Amat beruntung jika kesemua makhlukMu sedar akan hakikat kejadian ini. Tidak seperti golongan orang-orang yang khaasiruun ( orang-orang yang rugi ) yang hilang punca dengan sedikit percubaan dunia yang fana...Moga-moga saya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung.

Tidak dapat lari dari definisi kejadian manusia, fitrahnya suci tapi tetap hamba yang lemah. Setiap saat dan ketika KITA perlu memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan kebaikan yang tersedia ada. Paling kurang, istiqamah dan berusahalah menjadikan hari-hari kita lebih baik dari sebelumnya. Perbaiki hubungan dengan Pencipta, InsyaAllah hari-hari kita lebih tenang dilalui...

Saturday, December 19, 2009

Cerpeng

Mamat rase malassang nok bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil.
Pusing kiri, pusing kanang. Serba dok kene dia berase. Mok Lijoh blèbèr
hanyaar kot luor pitu, “Mat! Matahari nok tinggi galoh doh nim, ka’ak
rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dok kheje ke ari nim?”

Dok tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil.
Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hok Boh dia suroh
kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P.
Ramlee pulok pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 doh. Dari Manir nok jembe
ke Jalang Batah Baru tu jauh jugok. Pah tu nok kena bereti stèsèng minyok
Petronah pulok dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Dop ingat starang
nok tamboh minyok kemarèng. Dok dang 10 minit Mamat siap belake doh.
Minung air kopi-o setegok dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak
lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssio! Lepah tu Mamat
pong stak muto vroooooong hale ke bando. Motosika sèkèng hèng jer, tapi
boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyok bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke
depang sikit ada kedaa Astro, hok tv kene bayor bulang-bulang tu. Kalu
tebèng dok bayo jer kena potong hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru
tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gok. Kalu jallang sikit
lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap
Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celoh-celoh tu jabbat
loyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi loyar tu Mamat mari mmkir
sorrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napok gaye ader dua orang jer
kherani. Llaki sorang, ppuang sorang. Boleh tahang hok ppuang tu. Tapi
pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang doh pèsèngang tu.. Dok
napok gambo starang. Berat nnanang. Mamat kabo ke kherani ppuang tu dia
nok jjuper Tuang Loyar. Hayat hidup Mamat dok rajing jjuper loyar skali
habuk. Cakkak dengang loyar jauh skali.. Nye mari debo wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Loyar tu tengoh pegang gagang talipung cap
Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengoh beseranggoh lagi. “I
dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu
depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat
arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing
dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat
Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengo haa pitih
die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Loyar muder tu pong letok gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata
tengok ke Mamat. “Yer, nok mende gop. Saya sibuk sangat ni, dok tengok ker?”
loyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dok tahu nok kata mende. Nok jawak saloh. Tak mboh jawak
saloh. Macang mase nok bangung tiddo sakning. Serbe dok kene. Sudohhang
Mamat tebèng jugok jawak.

“Sebenornyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Telekong. Saya mari
nok sambung wayar talipung hok tuang wak lolok cakkak sakning. Dok sambung
lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak doh!”

Muka tuang loyar tu jadi biru bèrang!

Doh nok wat guana starang! Nok èksèng dok betepat! Ada jugok loyar kècèk
orang dèh! Pecoh bong! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Friday, December 18, 2009

1 Muharram 1431H

Dihiasi akhir dan awal tahun dengan ziarah maqam para auliyaullah amat menyeronokkan. Ditemani mentor yang amat disegani, Us Nazrul Nasir dan Us Hairul Nizam. Tak cukup waktu rasanya bersama dengan mereka dalam sama-sama meredah bumi Kaherah menziarahi para auliyaullah. Penerangan yang menarik tentang latar belakang maqam yang diziarahi begitu mengujakan kami yang hadir. Pengetahuan yang luas dan mendalam mereka tentang para ulamak membuatkan saya salute dengan mereka.

Ziarah kali ini berbeza dengan ziarah sebelumnya. Disamping ditemani dengan us Nazrul dan us Hairul, kali ini saya dapat menziarahi maqam Imam Hassan al-Banna. Sebelum ini, maqam ini dikenakan kawalan ketat untuk diziarahi dengan pengawasan sepenuhnya kerajaan Mesir.

Teringat pesanan us Hairul Nizam supaya menghayati dan mengambil iktibar dari sikap para ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu. Tidak hanya kagum dengan mereka, tetapi dalam masa yang sama mengaplikasikan cara hidup mereka dalam kehidupan pembelajaran seharian kita.

Jazakallah diucapkan kepada ahli jawatankuasa Ziarah Maqam KPT (Kompleks Penuntut-penuntut Terengganu Mesir) kerana anjuran program bermanfaat sebegini. Di kesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Jadikan tahun 1431H ini tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Sama-sama kita perbaiki diri ke arah hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Wednesday, December 16, 2009

Komen untuk 'Kereta Mercedes'

Blogger El-Imane said...

Seakan memahami analogi yang penuh tersirat ini.

Bicara saya=> Meski pon kereta mercedes sudah seakan tenggelam dek lambakan kemunculan jenama mewah (Lamborghini, Porsche, Aston Martin, Ferrari, Rolls Royce), pada saya mercedes tetap jenama TERBAIK!

Dari mercedes lah lahirnya inpirasi dan bayangan untuk mecipta sebuah Porsche dan sebagainya.

Meski saya bukan dari kalangan kereta mercedes, saya tetap menghormati sekalian mercedes dan berterima kasih kerana tanpa mercedes2 itu, saya takkan mampu untuk berkenalan dengan Porshe dan yang seangkatan dengannya.

Pendek kata dalam bahasa yang lebih mudahnyer, MERCEDES adalah TOK GURU kepada sekalian jenama yang datang selepasnya. Gah sekali mana pon jenama yang terkemudian ini tidak dapat menandingi keGAHan dan membalas segala jasa MERCEDES sejak dari zaman berzaman.

Setiap kereta ada naik dan turun harganya. Setiap manusia ada jatuh dan bangunnya. Kita takkan selamanya jatuh selagi mana kita berusaha untuk bangkit kembali.

Tingkatkan kembali imej Mercedes, agar terbuka kembali mata yang seakan tertutup dari memandangnya!

(Maaf, kalau komenan saya membelit2kan lagi analogi, Tuan. Hehe)



Saturday, December 12, 2009

Kereta Mercedes

Alhamdulillah, selesai sudah urusan penerimaan zakat MAIDAM untuk tahun ini. Majlis yang berlangsung kelmarin menatijahkan pro dan kontra yang tersendiri. Bagi saya, segala yang baik itu diambil sebagai pemangkin semangat dan yang buruk itu dijadikan peringatan untuk masa depan yang mendatang.

Saya tidak mahu mengulas tentang perencanaan jadual majlis yang tidak efisyen dan pertindasannya dengan waktu solat. Saya juga tidak mahu menyentuh tentang cara agihan wang zakat pada malam itu yang agak 'pasar'. Rasanya tidak perlu juga untuk dihisab hasil kesemua wang zakat itu dibahagi, samaada ia cukup atau tidak.

Saya cuma terpegun dan tersentak dengan petikan ucapan salah seorang wakil yang berucap pada petang itu...Tentang kereta Mercerdes. Analogi mudah yang digambarkan membuatkan saya tersenyum sendiri. Jauh dalam hati membenarkan analogi itu untuk diri saya.



Ibarat kereta Mercedes, dahulunya menjadi sebuah jenama yang paling disegani dalam dunia permotoran. Menjadi kenderaan rasmi kebanyakan negara. Menjadi idaman hati ramai ahli perniagaan berjaya. Menjadi kemegahan dengan lambang bulat bintang tiga itu (ye ke ni?).

Tapi sekarang, dunia semakin melangkah ke depan. Semakin banyak kereta yang lebih menarik, mewah, laju, mahal dan diminati dibandingkan dengan jenama Mercedes. Ada jenama Lamborghini, Porsche, Aston Martin, Ferrari, Rolls Royce dan banyak lagi. Semuanya mampu menggugat kedudukan Mercedes bahkan sudah mampu menandingi kehebatan Mercedes. Jika kita melihat kepada senarai kedudukan kereta termahal tahun 2009 diungguli oleh Aston Martin. Manakala Mercerdes hanya mampu berada pada ranking ke-8.



Bagi yang hadir pada majlis kelmarin, tidak salah anda luangkan masa untuk berfikir sejenak. Jauhkan dari sikap emosi tak tentu hala. Lapangkan dada menerima apa yang baik, walaupun agak pahit untuk diterima. Bukankah pahit itu ubat?

Saya berusaha menjadi antara orang yang akan meningkatkan imej Mercedes yang telah tercalar itu dan akan menjadikan Mercedes idaman serta impian ramai...seperti dahulu kala. Doakan saya...

~HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA~


Wednesday, December 9, 2009

Jika S.A.H.A.B.A.T itu...

Sahabat yang baik adalah impian setiap insan tidak sempurna seperti saya. Kehadiran mereka penting selagimana jika ia membantu kepada ke arah kebaikan dan keredhaan Allah. Siapa itu sahabat bagi kamu, adakah dia mesti seorang yang tidak dapat tidak elok dipandang rupanya, penuh duit poketnya, seorang yang dikenali ramai, dan sewaktu dengannya. Ataupun sahabat itu seorang yang dekat dengan kamu, seorang yang ada disamping kamu bila kamu berada dalam kesusaahan, yang menegur kamu jika lalai dan alpa dan sewaktu dengannya...

Saya seorang yang amat bertuah dikelilingi sahabat-sahabat yang kedua itu. Mereka menghibur hati kala duka. Mereka pandai menilai baik dan buruk saya seadanya. Mereka memahami angin baik dan buruk saya. Jika saya ditimpa sesuatu kesulitan mereka dapat menghidu ibarat bangkai yang sedang membusuk. Mereka datang, menghalau pergi risau dan bimbang dan menghadirkan perasaan lega dan tenang.

Kehidupan di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tak mampu hidup keseorangan dengan gembira tanpa sokongan daripada sahabat. Sahabat datang dan pergi. Beruntunglah sesiapa yang mendapat sahabat yang diberi sifat mahmudah tapi jangan sekali-kali fikirkan yang anda seorang yang rugi jika memiliki sahabat yang bersifat mazmumah.

Pepatah ada mengatakan " berjalan bersama orang yang membawa bangkai, semuanya akan berbau bangkai ". Jika demikian jadi masalah untuk kamu mendekati sahabat sebegitu, ia suatu kerugian bagi kamu. Disampaikan Islam ke dunia untuk tidak membezakan sesuatu kecuali ketaqwaannya kepada Allah Taala. Kenapa tidak kamu yang ingin berjalan bersama pembawa bangkai tersebut tidak menutupi bau bangkai itu dengan bau kasturi dari tubuh badan kamu. Bukan saja menghilangkan bau bangkai tersebut dalam masa yang sama membuatkan pembawa bangkai yang tadinya berbau busuk terpesona dengan wangian dari kamu. Secara tak lansung juga akan terpalit ke badannya hingga tanpa dia sedari hilang bau busuk dari badannya.

Jika tiada sahabat seperti itu, saya masih menjadi seorang pembawa bangkai barangkali. Jika masing-masing menjauh dari golongan seperti ini, siapa yang ingin mendekati mereka untuk membawa mereka jauh dari lorong gelap? Adakah orang yang sama membawa bangkai. Hingga menambahkan bau yang dah tersedia busuk itu? Jika dikatakan, bauan yang sedikit tidak membawa kesan apa-apa kepada pembawa bangkai yang sudah busuk dan memburuk. Kita sebenarnya berada pada pendirian yang sombong dan amat dangkal jika itu pilihan jawapan kita. Jika difikir, kenapa titisan kecil air mampu memberi kesan lekuk dan akhirnya membelah batuan keras. Sudah banyak tamsilan di sekeliling kita yang boleh jadikan pedoman. Semua dari kita adalah dae'i. Terpulang kepada kekuatan jiwa seorang dae'i untuk hanya menjadi dae'i yang biasa-biasa atau dae'i yang luar biasa.

Dalam menjalin persahabatan, kita tidak hanya memanfaatkan kebaikan sahabat tapi kita harus saling membantu agar kita semua boleh mendapatkan atau boleh menuju jalan yang diredhai. Peri pentingnya untuk difahami setiap orang bahawa kita tidak perlu memilih-milih dalam persahabatan. Tidak rugi bersahabat dengan sesiapa sahaja kerana sahabat itu manusia biasa seperti kita. Apabila kita bersahabat dengan seorang yang kurang agamanya, maka kitalah yang perlu membimbingnya agar kehidupan kita sama-sama diredhai Allah. Itulah pentingnya sahabat dalam kehidupan. Bukan hanya tahu mengutuk seseorang itu tetapi kita seharusnya cuba mendekatinya agar diri kita tidak mudah tertipu dengan personaliti seseorang. Insafi diri kita, baiki pandangan kita dari merendahkan martabat seseorang hanya melalui pandangan mata kasar tanpa kita selidikinya terlebih dahulu.

Sahabat...Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Untuk semua, saya pohon jutaan kemaafan jika saya tidak mampu jadi seorang sahabat yang baik untuk anda. Saya masih berusaha untuk perbaiki diri hingga saat waktu kematian saya.
Jika saya buat anda jauh hati dari kebaikan, nasihatilah saya. Jika saya melalaikan anda, peringatilah saya. Jika saya terpesong, bimbinglah saya...

Monday, December 7, 2009

Siapa mahu duit RM100???

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: " Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..


Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.



Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...



Moral:

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.





Wednesday, December 2, 2009

Portrait Of A Friend



I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
Or fears. But I can listen to you, and together we will
Search for answers.

I can't change your past with all its heartache and pain,
Nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
And help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
From your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
Room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
And put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.

May Allah Make It Easy In Whatever We Do

Inshallah

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP