Tuesday, October 27, 2009

27 0ktober...

Kemas langkahan kaki diatur, meniti setiap garis-garis liku hidup yang beronar duri. Masih lemah dalam mencari rindu dan cinta abadi, hampir lemas dalam kemelut cinta duniawi. Diinjak usia dan pengalaman, seiring sejalan dalam proses mematangkan nafsu dan iman. Mengimbau kembali sejarah silam yang takkan padam, menggamit memori, membekas luka. Dijadi alas dan tangga sebagai cerminan diri.

Jauh dipisah laut dan tanah, keluarga tersayang kukuh dalam amanah. Kadang nazak kadang longlai, paradigma amat dinanti ketibaannya. Istiqamah perlu dicari diselami manisnya. Diteman kawan dan juga lawan, hidup tiada lagi keseorangan. Hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, akhirnya tahun ke tahun mencoret seribu satu suka duka sebagai musafir ilmu di negara debu hitam. Siang dirai si penagih ilmu, malam dihiasi mendamba Cinta-Nya. Hidup berkat, penuh rahmat hendaknya. Ameen Ya Rabb...

Hidup yang panjang dan usia yang meningkat, seeloknya disemai benih ketaqwaan yang subur. Rimbunannya menjadi teduhan si musafir keletihan, bunganya wangi mengharum rongga, buahnya manis hidangan istimewa. Mengharap redha Allah dalam setiap nafasku. Mendamba maghfirah Sang Pegampun Yang Khalid. Memohon doa kudus suci pada Yang Mendengar, hidup mendatang dicita lebih baik dari sebelumnya.

Umur tidak dikira sekadar dengan bilangan angkanya yang bertambah setiap tahun, tapi seiring dengan amalannya mengisi waktu hidup yang dimiliki. Ramai orang tersilap dalam memandang umurnya. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Ada dua nikmat yang sering membuat manusia tertipu kerananya iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu kosong "...Bukhari dan ibnu Abbas. Saya harap tidak termasuk dalam golongan yang terpedaya itu.

“Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hambaMu yang soleh.”


Selamat Hari Lahir, kullu3amwaentumtoyyib kepada setiap jiwa yang pernah dilahirkan pada tanggal hari ini. Coretan kosong ini khas untuk kalian.


Saturday, October 24, 2009

Alahan punca sakit perut


Istilah ‘sakit perut’ ialah satu huraian, bukan diagnosis. Dalam kegunaan biasa iaitu di kalangan bukan pengamal perubatan, ia bermaksud perasaan sakit yang timbul dari ulu hati hingga ke kawasan suprapubik (kawasan di atas tulang pubik).

Ia merangkumi segala masalah atau penyakit yang menyebabkan perasaan sakit di sekitar kawasan itu, sama ada penyakit organik (berkenaan dengan organ badan) dan yang tidak organik.

Hari ini, kita sudah mengetahui pelbagai penyakit organik yang berkaitan dengan sakit perut. Kita juga menyedari ramai kanak-kanak mempunyai intoleran terhadap sedikit rasa sakit tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak terganggu dengan rasa sakit itu.

Sakit perut yang dialami mungkin sekejap-sekejap atau terus menerus.

Diagnosa yang dibuat bergantung kepada rekod perubatan penyakit daripada ibu bapa dan/atau anak-anak, pemeriksaan klinikal, ujian tertentu seperti ujian darah, radiologi, ujian-ujian khas gastrousus, pengujian terapeutik dan sebagainya.

Seringkali, kita boleh mengaitkan ciri-ciri tertentu simptom sakit perut itu dengan penyakitnya. Sungguhpun begitu, kadangkala anak mungkin mempunyai ciri-ciri lebih dari satu masalah atau penyakit. Contohnya, seorang anak mungkin mengalami simptom susah buang air besar di samping simptom perut berangin yang mungkin berpunca daripada alahan atau intoleran kepada makanan.

Berikutan itu, sejarah perubatan penyakit amat penting untuk mencapai diagnosa tepat terutama daripada ibu bapa jika anak-anak masih kecil dan tidak berkebolehan memberi huraian terperinci.

Istilah sakit gastrik sering digunakan untuk menghuraikan penyakit ulser peptik iaitu ulser di organ perut dan organ duodenum (bahagian pertama usus kecil). Bergantung kepada umur anak, penyakit ulser peptik boleh berpunca daripada ubat-ubatan seperti steroids dan ubat tahan sakit anti-inflamasi bukan steroid, dari ketegangan mental atau fizikal iaitu apabila mengalami penyakit tertentu seperti pelecuran (burns), kecederaan otak dan penyakit pada sistem lain di tubuh). Sakit gastrik juga boleh berpunca daripada jangkitan kuman ‘Helicobacter pylori’.

Jangkitan Helicobacter pylori pada se seorang dewasa lazimnya diperolehi pada zaman kanak-kanak. Secara kelaziman ia juga didapati lebih kerap dalam ahli keluarga dan dalam institusi di mana anak-anak hidup secara berdekatan satu sama lain.

Terdapat cukup bukti untuk mengaitkan jangkitan Helicobacter pylori dalam jangkamasa panjang dengan pembentukan barah perut di kalangan dewasa.

Kajian epidemiologik mengenai kaitan itu cukup untuk meyakinkan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengklasifikasikannya sebagai bakteria pertama yang boleh menyebabkan barah.

Sungguhpun demikian, soalan mengenai peranan H.pylori sebagai punca sakit perut di kalangan anak-anak dan remaja masih belum terjawab.

Rujukan: Berita Harian



Friday, October 23, 2009

Keajaiban Bayi Rusia

video


Correspondent Omar Magomedov visited the family a miracle baby.

First signs of skin baby's parents were perceived as birthmarks, then as irritation and postnatal scarring. Fearing for the health of the child, a young couple called the doctor of an ambulance, but doctors just shrugged, referring to the unknown science of skin disease.

Said Rasulova, the ward nurse: "From the standpoint of medicine, I can not explain what it is. With her mother's words, it appears with the temperature.

At the invitation of relatives, family Yakubov visited a local priest, who saw a bizarre zigzag traces the Arabic word "Allah", and later the prayers and even whole passages from the Koran. Two days ago, at the foot 9-month, Ali made another inscription. What a surprise it was a priest, when the same text of the prayer he found in the Holy Quran.

Abdullah, the imam of the village mosque: "The book is written, which is closer to the end of the world such inscriptions, signs will be apparent even to the human body. There are sayings in Islamic books. "

Now home photo album filled with pictures Yakubov with unusual inscriptions. In the form of an Arabic ligature often occurs on the back, legs and hands, a little less on her stomach and head. And, periodically one text is replaced by another. At this time, say doctors, a baby's temperature rises to 40 ° C. For parents, this seemed to signal that soon the skin will make the next inscription.

Madina Yakubov, mother of Ali: "Keep it impossible. We have to be laid in the cradle, it raises the body like this, crying, crying. Temperature to 40 ° C rise. Very much a child suffers. Throughout the night, when it appears he is not asleep.

At the request of Madina child's face we do not show, so as not jinxed. Not long ago about an unusual child was known only to parents, neighbors, local doctors, then with the advent of Arabic inscriptions, which translated literally means "show the signs of my people," the news of the birth of a miracle baby broke up the whole neighborhood. Local priests have decided that this is a sign, but because the boy's need to show people. Now the family Yakubov only has time to take crews and give interviews.

And. Yakubov began earnestly to pray and became deeply faithful. However, in the country a lot and those who still doubt the divine origin of the inscriptions.


Russian Video from Russia
Svet and Kyle

Thursday, October 22, 2009

Masih Jauh



Saya mencari diri saya. Jauh meneroka, masih gagal. Kadang-kadang identiti saya samar. Masih kabur dalam citanya. Masih takut melepaskan tongkat untuk berdiri kukuh di kaki sendiri.

Saya masih merangkak perlahan. Jauh ketinggalan berbanding sahabat seangkatan. Yang berlari pantas tanpa berpaling ke belakang. Saya cuba mengejar, tapi jatuh terluka. Saya bangun meneruskan angan-angan dalam sedar saya, jauh ketinggalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah.

Saya cuba elakkan lopak-lopak air, duri-duri di jalanan, najis-najis haiwan untuk sampai ke destinasi. Saya masih berusaha, perjalanan juga masih jauh kehadapan. Sayup kelihatan, tapi jauh untuk kedapatan. Harap sampai ke destinasi dengan selamat. Tiada terjatuh untuk kedua kalinya.




Tuesday, October 20, 2009

Mamat Dirempuh!!!



Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran atas nikmat Iman dan Islam serta masih lagi diberi peluang untuk kembali di dunia nyata selepas dibuai mimpi indah sebentar tadi.

Saya sebenarnya masih lagi dilanda perasaan terkejut dan sedikit trauma dengan insiden kemalangan yang telah menimpa sahabat baik saya, Muhammad. Insiden yang tak terduga ini berlaku berdekatan dengan Mahattah Attaba ( nama tempat ) yang terkenal dengan kesesakan yang amat menyesakkan jiwa raga.

Rempuhan kuat motosikal beraga ( yang ada besi kotak di sebelah kiri kanan motosikal ) itu mengakibatkan Muhammad terpelanting beberapa langkahan kaki ( rujuk ayat kat blog dia :P ) serta sempat untuk 'menumpang' landing motosikal mat rempit arab itu untuk seketika. Kesannya, sedikit calar-balar di lengan dan sengal di bahagian belakang pinggang ( ke pingang? ). Doktor-doktor ada nasihat tak?

Kembali pada petang kelmarin sebelum kejadian ini berlaku, saya dan Muhammad keluar bersama-sama dari rumah bertolak menuju ke markaz untuk menyerahkan salinan Iqamah kepada pihak DPM Shoubra untuk pengurusan pentadbiran maahad. Usai urusan tersebut, kami menaiki Metro ( sistem pengangkutan keretapi Mesir termaju ) menuju ke Attaba. Setibanya kami Attaba, saya dan Muhammad mengambil hala tuju masing-masing beserta pesanan Muhammad untuk membelikan Kitab Hikam untuknya di Daarul Salam.
Muhammad menuju ke mahattah bas ke ARMA ( AsramaRaya puak isMA ) manakala saya ke Masjid Al-Azhar.

Tujuannya ke ARMA hanyalah untuk menunaikan salah satu aktiviti mingguannya iaitu tasmi3 dan juga talaqi Al-Quran dengan Hafizullah Syeikh Ibrahim. Muhammad sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sangat rajin. Walaupun telah tasmi3 Al-Quran dengan ramai masyahiekh di sekitar tempat pengajian kami, kini melebar jauh ke ARMA pula semata-mata untuk meningkatkan mutu bacaannya kepada yang sudah tersedia baik kepada yang terbaik.

Berbalik pada cerita tadi, Muhammad pulang sedikit awal daripada saya kurang lebih hampir waktu Isyak. Setibanya saya di rumah, saya rebahkan badan ke katil ( saya dah solat bagi yang bertanya ) bertujuan merehatkan badan untuk seketika sebelum mandi setelah seharian bermandikan peluh. Kelihatannya Muhammad ketika itu khusyuk dengan komputernya. Ikhtilat? eh,bukan...kot.:p

Tiba-tiba terdengar keluhan ( lebih tepat kepada luahan ) kecilnya pada saya yang hampir terlelap... " Sedih sungguh ari ni, Syeikh Ibarahim doh la tak dok (tak datang). Masa balik nok turun bas tu, kena tempuh di motosikal arab pulak."

Saya pantas bingkas bangun dari pembaringan, terkejut mungkin apabila mendengar perkataan ammiah 'tempuh', yang bermakna 'dilanggar' dalam bahasa Kuala Berangnya. Belum sempat saya ingin bertanya lanjut, Muhammad menyambung lagi..."...Dang jugak la melambung sikit, siap naik atas raga motosikal arab lagi." Saya ketawa dalam hati mendengar bicaranya kali ini.

Saya amat pasti dan yakin dengan kemahiran warga arab mengendalikan kenderaan mereka sebelum ini. Jarang sekali untuk melihat kemalangan, lebih-lebih lagi kemalangan yang melibatkan motosikal. Mat rempit arab memang superb! Tapi kali ini, tanggapan saya sedikit tersasar pabila insiden itu melibatkan kawan saya yang terdekat. Serumah bahkan sebilik lagi.

" Alhamdulillah sikit je kena, nasib baik tak mati." Muhammad meneruskan kalamnya apabila melihat saya masih lagi terdiam, hanya terpaku kaku melihatnya. Selepas mengesahkan yang Muhammad betul-betul serius, saya yang sudah biasa dan lali dengan perbualannya yang sarat dengan humor gila-gila itu menyambung, " Kalau dah mati sekalipun, syahid la tu. Mu tak boh mati syahid ke Mat? ( panggilan manja saya untuk Muhammad )" tanya saya sedikit menduga. Sebelum ini kami pernah bincangkan hal-hal yang melibatkan kematian. Bagaimana jika kematian itu berlaku di antara kami. Sekadar muhasabah selingan kami mengigatkan saat kematian. Itupun setelah pemergian sahabat kami dulu, saudara Hatta..." Ho la, memang dah. Hok tu hok aku nok yer..." jawabnya sambil tersengeh-sengeh kekalutan.

Firman Allah : Yang bermaksud: "dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa) ,tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". Al-Baqarah = 154

Saya panjangkan perbualan kami beberapa ketika dengan maksud, moga dengan perbualan itu merungkaikan sedikit rasa terkejut dan mengurangkan sedikit kesakitannya dengan insiden yang baru saja menimpanya itu ( mat, jangan terharu deh...lalala ). Insiden yang boleh dikatakan hampir-hampir meragut nyawanya kali ini. Jika merujuk kepada kelajuan pemandu motosikal itu seperti kebiasaannya. Tanpa menafikan Taqdirulah. Mungkin hikmah di sebalik kesibukan jalanraya ketika itu, motosikal itu dipandu sedikit perlahan. Syukranlillah...

Nasihat untuk diri saya dan sahabat-sahabat di luar sana. Pastikan keadaan sekitar anda selamat daripada sebarang kenderaan bergerak sebelum anda melintas atau 'berlari turun' daripada bas. Jadikan pengalaman saudara Muhammad ini sebagai pedoman untuk kita lebih berhati-hati selepas ini. Teringat kata-kata senior saya ketika awal kedatangan saya di Mesir dulu, " Masa melintas jalan tu ingat, nyawa kamu hanya seinci! ". Merujuk kepada kenderaan dan cilok pemandunya. Selepas ini, mungkin kata-kata itu saya jadikan pegangan dan pedoman untuk melintas jalan...Untuk rujukan, sila ke blog Muhammad.


Friday, October 16, 2009

Perilaku Zalim Hj Salim


Suatu ketika dulu...

tong...tang...pang...krenggg...ktungg...ktangg...
Kali ini paip dalam tandas dibaiki dan ditukar baru. Seperti biasa proses islah atau baiki ini akan dibuat paling kurang 3@4 bulan sekali. Setiap kalinya berlainan kerosakan. Sebelum ini, saya redha dan biarkan segala tindakan tuan rumah yang agak kritikal ini jika dibandingkan dengan mana-mana pemilik rumah yang lain.

"Ini resitnya".Sambil Hj Salim menyerahkan sekeping resit harga bertulis tangan kepada saya. Tertera harga 350 LE kesemuannya. "Eh,takkan baiki banyak tu, start lepas Asar abis lepas Maghrib leh sampai 350 LE kot?". Saya bertanya dengan nada yang agak tinggi. "Err, tu cuma jumlah barang dari paip, kepala paip,paip mandi dan segala yang berkaitan. Jumlah kesemuanya ada kat belakang resit tu"...Sekali dengan upah tukang paip, jumlahnya 650LE.".Jawapan yang makin buat saya naik angin. Tak pernah dibuat orang satu resit untuk dua perkara. Satu untuk barang-barang dan di sebelah belakangnya pula untuk upah kepada tukang paip. Yang makin buat saya naik sawan apabila melihat jumlah upah yang dikenakan."Hah, 300 LE??!!!".Dengan muka tak bersalah, Hj Salim mengganguk perlahan.

Tanpa bicara panjang, saya katakan yang kami tak mampu bayar untuk barang-barang inikan pula ditambah dengan jumlah upah yang agak tak masuk akal. Hj Salim mendengus kasar apabila mendengar jawapan saya."Inikan rumah yang kamu tinggal. Paip yang aku baiki tu dah lama, dah bocor".Seperti biasa, ayat untuk buat kami jadi serba salah. Sudah setahun saya bergelumang dengan feel perangai Hj Salim. Tak perlukan masa yang lama, saya membalas dengan kata-kata nekad. "Kalau haji nak kami bayar, ok...ini sewa kami untuk bulan ini, dan ini juga sewa kami yang terakhir. Sambil saya hulurkan duit sewa bulanan kami yang berjumlah 575 LE. "Bulan depan kami akan cari rumah yang lain." Saya balas dengan kata-kata yang dah saya fikirkan sebelum itu. Riak wajah Hj Salim bertukar kelat. Sebenarnya saya panas hati dengan sikap tamaknya yang tak kunjung sudah. Tanpa mempedulikan Hj salim, saya terus masuk ke dalam rumah meninggalkan dia seorang diri...

Tok...tok...tok..tok...
Pintu rumah diketuk selepas beberapa ketika. Muncul Hj Salim dengan senyuman yang jelas dibuat-buat..."Ok macam ni, kita tak payah susahkan hal ini. Aku akan kurangkan dari 650LE kepada 600 LE je. Lagi 50 Le tu aku halalkan". Jelasnya tanpa dipinta. 'Terharu' dengan kata-katanya yang penuh dengan sifat 'pemurah' itu, saya menyumpah seranah Hj Salim(dalam hati je la). Saya menjawab pantas " Maaflah haji, kalau haji nak suruh kami bayar jugak boleh. Tapi kami akan bayar untuk barang-barang je, untuk upah kami takkan bayar. Mapuh la kami nak bayar belake seme( dalam loghat kole berang ). Haji kan tuan rumah ini. Bahkan bangunan ni keseluruhannya. Kami tinggal sini dah la bayar sewa bulanan yang tinggi. Ditambah pula untuk bayar hok islah gini pulok. Kami ni pelajor la haji, bukan kerja macam anak-anak haji!" Penerangan panjang lebar saya luahkan dengan nada geram tapi masih cool. Hj Salim terdiam sejenak seraya menyambung kata-katanya. " Tak pe la, lepas ni la aku bagitau ape-ape keputusannya " lalu berlalu pergi meninggalkan saya ke rumah anak kesanyangannya di tingkat atas.

Kami memang berkira-kira untuk berpindah jika Hj Salim masih lagi berkeras dengan keputusannya untuk memaksa kami untuk membayar semua jumlah yang diberitahu tadi. Kami masih boleh tasammuh untuk membayar separuh daripada harga total.
Selang tak beberapa lama kemudian, pintu rumah kami sekali lagi diketuk. Hj Salim tanpa banyak soal menerangkan yang kami boleh bayar separuh daripada harga yang dikenakan tapi dengan bersyarat. Dah saya jangkakan akan hal ini. Saya pasti syarat tersebut tak dapat tidak sememangnya berkaitan dengan duit. Hj Salim tak pernah lakukan sesuatu yang bakal merugikan di sebelah pihaknya. Itu saya amat pasti dengan carannya.

"Kamu bayar 300Le pun tak pe, tapi sewa rumah kamu bagi tahun depan akan aku naikkan. Sekarang 575 LE akan aku naikkan sebanyak 65oLE bermula awal tahun depan. " Ya Allah, saya terkejut dengan tindakan drastik Hj Salim kali ini. Setiap tahun memang telah kami sedia maklum akan ada kenaikan harga sewa rumah. Jika dibandingkan dengan harga kenaikan sebelum ini hanya sekitar 20-30 LE sahaja, jauh berbeza dengan kali ini sebanyak 75 LE!.
Saya tersenyum pahit sekadar memperlihatkan kepada Hj Salim kebencian dengan keputusan bodohnya itu...

"Saya dan kawan-kawan akan berpindah bulan depan. Itu kata-kata terakhir kami jika haji masih meneruskan niat untuk naikkan sewa sebanyak itu. Lagipun sewa 575 LE ini baru sahaja haji naikkan, belum lagi sampai tempoh untuk setahun...Maaflah ammu(sedikit tinggi). " Fikirku, ayat nekad sebegitu diperlukan ketika saat-saat genting begini. Kalau diikutkan, untuk berpindah bukan perkara yang mudah. Makin bertambah masalah dan kesulitan sebenarnya. Tapi untuk menghadapi kerenah tuan rumah seperti Hj Salim ini, kami lebih rela untuk keluar mencari syaah baru walaupun rumah baru bukan senang dicari dengan harga sewa yang berpatutan.

"Err, jangan begitu...Ok2, aku akan tangguhkan dulu kenaikkan sewa itu ke tahun depan yang berikutnya. Maknanya, untuk bulan depan dan bulan-bulan seterusnya kamu hanya bayar 575 LE sahaja." Terang Hj Salim takut-takut. "Bagaimana dengan duit islah pulak? Kami hanya boleh bayar separuh dari jumlah semua. 300 LE je dan itu akhir kalam kami. " Saya teruskan dengan persoalan asal..." Urmm, baiklah. Aku terima separuh daripada bayaran itu. Tapi kamu kena ingat, sewa kamu untuk tahun depan iaitu bermula dari bulan September akan dinaikkan kepada 650 LE. Camner, kamu setuju@tak?" Jelas Hj Salim penuh terancang. Kami sedikit gembira dengan penjelasan itu tapi timbul masalah baru berkaitan kenaikkan harga sewa. Hal under spot sebegini memerlukan perbincangan yang lebih teliti daripada kami.

Selepas selesai berbalas cadangan dan perbincangan ringkas sesama kami, akhirnya kami bersetuju memandangkan 650 LE itu agak berpatutan jika dibandingkan dengan sewa rumah sahabat-sahabat kami yang lain. Ada di kalangan kami yang menyewa sebuah rumah dengan harga sekitar 700-800 LE sebulan. Tambahan pula, sewa itu hanya akan dinaikkan ke bulan September tahun depan. So, awal tahun depan tiada kenaikan sewa seperti kebiasaannya. Kami bersetuju tapi dengan mengambil pendekatan yang serupa dengannya.

"Baiklah Hj Salim yang baik hati, kami bersetuju. Tapi juga dengan satu syarat daripada kami."Saya menutur kata dengan perlahan." Tabb, mafisymuskillah. Apa die syaratnnya? "Soal Hj Salim terburu-buru...Saya menyambung" Selepas dari hari ini, jika ada kerosakan atau apa-apa yang perlu untuk dibaiki di rumah ini, kami perlu dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tindakan islah dijalankan. Dan kami juga perlu tahu jumlah harga yang akan dikenakan sebelum proses islah itu berlaku untuk kami kaji. Jika mahal, kami takkan benarkan islah kat rumah ini. haji fahamkan?" Soal saya bagi memastikan Hj Salim betul-betul faham dengan situasi kami yang hanya seorang pelajar di sini.

Tujuan syarat itu kami kenakan agar selepas ini tiada lagi penganiayaan sewenang-wenangnya sepertimana yang berlaku pada hari ini dan sebelumnya. Sambil mengganguk dengan teragak-agak, terdengar perkataan 'tabb' daripada Hj Salim yang bermaksud baiklah...

Kami tersenyum puas. Saya kira kali ini sebagai 'win-win situation'. Tak seperti kebiasaan. Persoalan adakah Hj Salim akan akan mengikuti syarat yang telah kami persetujui. Akan saya sambung di lain entri. Untuk kali ini, kami tak menang dan kami tak kalah. Kami ingatkan kelegaan kami berpanjangan....Tapi Hj Salim, arab mesir yang licik dan penuh dengan plan untuk mengkayakan dirinya yang dah tersedia kaya. Jauhkan saya dari sikap sebegitu...wana3uzubillah...


Monday, October 12, 2009

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang
Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah
SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga
Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang
Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai
Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang
Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang
Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh
Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk
Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan
Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh
Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang
Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan
Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


...dia...


~DELL INSPIRON 1545~dia buat hari-hariku lebih indah...







dia yang dulu...masih utuh ditakhta utama.


Sunday, October 11, 2009

Jumaat itu...

Alhmdulillah...

Setelah 2 minggu duduk tak kena, makan tak sendawa, tidur tak dibuai mimpi...Akhirnya, dia jadi milikku. Aku menerimanya dan akan menyanyanginya sepenuh hati sebagaimana milikku.

Aku juga mengharapkan kedatangan dia dalam hidupku tak melalaikan, tak melekakan...Makin mendekatkan aku dengan Pemilik sebenar, mendorong aku ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Memang hebat perasaan memiliki. Kini, aku bebas melakukan apa jua tindakan ke atasnnya. Tiada lagi mata liar serong yang memandang. Tiada lagi kata-kata cacian yang akan kedengaran. Kini, dia milikku dan terus menjadi milikku selagi waktu mengizinkan.

Sekarang, perasaan sayang dan cinta pada dia makin menebal. Setebal salji di Kutub Utara. Setinggi gunung-ganang di dunia. Seindah bunga di Taman Azhar. Yang pasti, kedatangan dia tidak aku persiakan. Itu pasti!

Amanah yang terpikul di segenap sendi dan belulang, InsyaAllah akan dijalankan sebaiknya. Ikhtilat akan dikurangkan.:). Fadhilat akan ditingkatkan.

Kecantikan lahir dan dalam dia amat memukau setiap insan yang berperasaan murni. Putih, sesuci murni. Hitam sepekat kopi. Kepuasan yang tak terjangkau. Dia sumber inspirasiku.

Masih hangat sentuhanku tika itu. Terlindung kemas dari perilaku asing. Dia, dari jauh memikat kalbu. Dia, menjauh diingat selalu.

Kata-kata klasik..." Jangan kerana sesuatu itu lebih cantik dipandang lebih tinggi, yang kurang dilihat sepi "...oh, tidak sekali-kali aku persiakan dia yang dulu. Masih besar dan kukuh dengan jasa dan budi. Tersemat kukuh di sanubari. Adat zaman, yang baru menjadi perhatian, yang lama dibiar tanpa bayangan. Jika ada sesiapa yang berkenan dan berminat dengan dia yang dulu, hulurkan tangan anda. Tapi jadilah penerima yang berlapang dada dengan mehnah dan tribulasi disebabkan dia yang dulu ini.$$$.:p

Suka sangat dengan dia hingga tiada kata dapat merungkai rasa. meluah bicara. Amat gembira dia hadir, walau kertas bernilai hilang bertukar tangan. Dia akan menemani sisa-sisa hidupku selepas ini sebelum dia ada penganti yang baru.

Thursday, October 8, 2009

:.MONOLOG.:



Pilihan...
Perlukah aku memilih untuk menerima?
Aku takut penerimaan itu melemahkan aku yang tersedia lemah...
Sebelum aku memilikinya, aku berusaha dengan segenap urat besi, seluruh tulang keras, segeliga otak si kancil...
Hari ini, hanya beberapa ketika waktu sahaja untuk aku dapatkannya...
tapi betulkah caraku, bukankah matlamat tidak menghalalkan cara...

Kalam alim ulama' diselami...
"kamu memilih untuk tidak memilih".
Hakikatnya, kita diberi ikhtiar untuk memilih atau tidak dengan aqal dan iman yang ada. Bersandarkan dalil-dalil yang disepakati...
Jangan kita biarkan diri umpama bulu yang diterbangkan angin, kejap ke Timur kejap ke Barat sehinggalah tamat riwayat hidup sesat kita...
Aku tak ingin hidupku sebegitu.
Ditentukan nasib dan tuah semata.
Jauh sekali menerima pakai 'falsafah' lama...
"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam"...
Aku harap pilihanku ini diredhai dan aku mampu memikul beban ini tanpa tercicir.
Ya Allah...


MAT

baru balik dari majlis ini.letih yang amat...Tahniah kepada yang terpilih!


Tuesday, October 6, 2009

C.I.N.T.A

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


Monday, October 5, 2009

Kurangnya cerdik mereka itu...

Hari tak selalu cerah. Langit tak selalu membiru. Angin tak selalu mendayu. Udara tak selalu nyaman. Dunia tak selalu aman. Hidup tak selalu indah...

Heboh seketika persada alam ini pabila kes 'penculikan' yang membabitkan pelajar baru diperkatakan di segenap 'radio' tak berbayar. Saya agak pening dengan suasana ini. A dan B campur lagi C, masing-masing dengan hujah yang berdalil. Belum diambil kira 'dahan' yang tumbuh daripada kumpulan D hinggalah kepada Z.

Kuasa dan pangkat serta populariti seringkali menjadi idamanan manusia yang mendahulukan akal dan nafsu. Sejak zaman berkala lagi. Mereka sanggup membelakangkan iman dan taqwa mereka hanya untuk mencari habuan dunia yang dihias indah oleh syaitan. Kuasa yang ada mereka gunakan ke arah kejahatan dan kerosakan. Pangkat yang dimiliki digunakan untuk menundukkan pandangan manusia kepada mereka. Populariti yang mereka kecapi dimanipulasikan sebagai meraih simpati mereka yang tidak berakal.



Mengapa dan bagaimana ini boleh berlaku membabitkan golongan agamawan yang dikatakan bakal menerangi kegelapan hidup manusia yang lain. Sedangkan mereka sendiri tersesat dalam cahaya yang terang benderang. Keinsafan yang terbit dari hati dinafikan. Kewarasan akal diketepikan. Malulah wahai jundulah dengan feel yang kalian lakukan. Jangan jadikan perbuatan kalian sebagai senjata bagi musuh-musuh Islam yang masih ramai bertebaran di luar sana. Mereka hanya ketawa riang memerhati kebodohan perilaku segelintir daripada kalangan kita.

Yang benar tetap menang walau dikeji dan dimaki. Benar tak mengira pangkat dan kedudukan. Pengemis dan sultan hanya dibezakan oleh pandangan manusia. Allah tentukan berdasarkan ketaqwaan yang ada. Jangan ditegakkan benang yang basah. Jangan takutkan bayang-bayang jelek kalian. Bayang hitam yang kalian lihat itu adalah diri kalian sendiri. Bayang-bayang itu tak mampu untuk bersuara inikan pula untuk bangkit menerkam tuannya. Lucu dengan situasi yang berlaku...Tidakkah kamu; yang terlibat tidak berasa malu dengan keadaan yang sedang dan telah berlaku ini?

Saya mengagumi sahabat-sahabat yang sanggup bergadai untuk menyelamatkan mangsa penculikan ini... " Sesungguhnya Allahakan memberikan pahala kepada orang-orang yang bersabar tanpa dihitung "...az-zumar:10.





  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP