Monday, November 24, 2008

Menyangkal mitos megapiksel




Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN rencana@kosmo.com.my

Benarkah megapiksel merupakan elemen utama yang perlu dipertimbangkan untuk membeli kamera digital pada hari ini?

SEMAKIN besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.

UMUM mengetahui megapiksel merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah kamera digital. Namun hari ini, ia mungkin tidak lagi relevan.

Mungkin kenyataan ini agak mengelirukan kerana selama ini kebanyakan orang menganggap ia merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan penunjuk kemampuan menghasilkan gambar berkualiti sesebuah kamera digital. Benarkah megapiksel tidak lagi relevan pada hari ini? Teruskan membaca!

Megapiksel merupakan unit ukuran yang menentukan berapa banyak piksel atau elemen gambar yang boleh dimuatkan ke dalam sensor sesebuah kamera. Satu megapiksel bersamaan dengan 1 juta piksel.

Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan kamera dengan tiga megapiksel untuk mencetak gambar berukuran standard 4R? Untuk mencetak gambar bersaiz 8R pula, anda hanya memerlukan sebanyak 8 megapiksel. Sekiranya kamera anda mempunyai megapiksel yang tidak mencukupi dan anda cuba untuk mencetak gambar berukuran besar, kualiti cetakannya tidak akan menarik iaitu gambar akan kelihatan sedikit kabur.

Industri fotografi digital hari ini yang memperlihatkan persaingan hebat di antara pengeluar kamera gergasi telah menyebabkan peningkatan megapiksel pada kamera kompak dan tidak lagi hanya tertumpu pada kamera prosumer mahupun DSLR.

Kebanyakan kamera kompak hari ini mempunyai sekurang-kurangnya 8-Megapiksel. Dalam persaingan digital ini, Canon telah memperkenalkan produk 'cili padi' mereka yang mencecah 14.7 megapiksel, sesuatu yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran kita lima tahun yang lalu!.

Oleh itu, apabila memilih kamera kompak yang mana untuk dimiliki, megapiksel bukanlah sesuatu yang perlu terlalu dititikberatkan. Apa yang perlu diberikan keutamaan hari ini ialah saiz sensor sesebuah kamera. Semakin besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.

Semakin besar sensor bermakna semakin banyak cahaya dan semakin banyak cahaya dapat diambil oleh sesebuah kamera, semakin baik warna dan kontrasnya. Dengan sensor bersaiz besar, gambar yang diambil di dalam bangunan tanpa lampu limpah (flash) akan kelihatan lebih berkualiti berbanding kamera yang mempunyai sensor yang lebih kecil.

Malangnya, kamera kompak tidak mampu memuatkan sensor yang besar kerana ia perlu kekal kecil, padat dan mudah dibawa. Saiz sensor pada kamera kompak boleh menjadi lebih kecil daripada kuku jari kelingking manusia.

Ini adalah penyebab utama mengapa kamera kompak sukar menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan yang kurang cahaya tanpa penggunaan flash. Bagi mengetahui saiz sensor sesebuah kamera, anda boleh memeriksa butiran pada manual kamera. Ia lazimnya dirujuk sebagai CMOS, CCD, elemen pengimejan atau sensor imej, tetapi tidak boleh lari dengan bacaan ukuran seperti 1/2.7 inci, yang merujuk kepada saiz sensornya.

Sebagai perbandingan, kamera Digital SLR profesional mempunyai sensor yang besarnya sehingga 30 kali ganda berbanding kamera kompak. Tidak hairanlah saiznya juga jauh lebih besar berbanding kamera biasa.

Ironinya, kaedah penyelesaian bagi mempertingkatkan kualiti foto pada kamera kompak ialah dengan cara mengurangkan bilangan megapikselnya. Dengan bilangan megapiksel yang kurang bermakna setiap piksel di dalam sensor kini boleh mendapat lebih cahaya sekali gus meningkatkan kualiti gambar.

Namun ini tidak bererti industri kamera digital akan menghentikan perlumbaan megapiksel ini. Seperti mana pengguna menilai prestasi sesebuah komputer berdasarkan Gigahertz (GHz), membandingkan megapiksel merupakan kaedah termudah untuk si penjual membandingkan kemampuan kamera mereka dengan kamera pengeluar lain.

Untuk menyedarkan pengguna akan kenyataan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha, masa dan wang ringgit. Hakikatnya, inilah kebenaran di sebalik mitos megapiksel.

Sunday, November 23, 2008

:...Alexs vs Dumyat..:


~ Alexs~

vs


~Dumyat~

Salam mahabbah untuk saudara pengunjung yang masih setia dengan @mbe...
Dikesempatan ini, @mbe ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz-ustaz SYUBRAWI kerana telah menjadi musyrif dan telah membantu @mbe dalam kisah terbaru kali ini.
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, pada hujung minggu yang lalu @mbe telah sempat mengunjungi dua tempat yang menarik dan terkenal di Ardul Kinanah ini. Secara kebetulannya, kedua-dua tempat tersebut berhampiran dengan pantai. Ma'ruf di kalangan Azhari, tempat-tempat ini merupakan antara muhafazah al-Azhar as-Syariff yang berpusat di Kaherah. @mbe tanpa rasa segan dan silu secara terus akan menguploadkan gambar-gambar menarik sepangjang @mbe berc**i dan berjaulah di sana...
Opps, lupa pulak nak edit model-model dalam gambar tu. So, @mbe akan upload pada sesi bicara yang akan datang.to be continue...slm

Monday, November 10, 2008

Jaulah Maqam bersama Keluarga Penuntut Terengganu Mesir

  • Maqam SAYYIDAH ATIKAH r.a ibu saudara baginda Rasulullah S.A.W dan SYED 'ALI JA'FARI r.a
  • Yusof disamping Maqam SULTAN JA'FARI ( Shamsuddin Mohamad bin Ali bin Hassan Al-Bukra Syah )
  • MAQAM : ABDUL WAHAB SYA'RANI r.a wafat pada hari Sabtu 27 Ramadhan 1352H

Ini merupakan antara maqam-maqam yang telah kami ziarahi pada hari tersebut. InsyaAllah pada hari dan kesempatan waktu yang lain akan diadakan jaulah susulan bagi menziarahi maqam-maqam lain...tata!?

:..Mencintai adalah BELAJAR..:

Cinta adalah melihat apa yang baik dan indah dalam segala sesuatu;
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu;
Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar dipelihara;
Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala rahmat ALLAH;
Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam hatimu; Dalam bentuk dan wujud apapun,penting pula bagimu untuk dicintai.

Lebih mudah mencintai daripada dicintai, Jika kau mencinta….. Kau pasti akan menemui…. Suatu hari nanti...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP