Laporan Bulanan...kot.
Seperti yang dijangkakan, kelibat ramai sahabat di airport qadim mahupun jadid menandakan musim pulang ke Malaysia sudah melanda. Bermula dengan seorang senior kami, Ust Nik Akhbari yang telah pulang sejurus tamat final exam baru-baru ini. Tanggungjawab sebagai suami dan bapa menyebabkan beliau terpaksa memendekkan tempoh keberadaannya di sini. @MBe doakan supaya Ust Nik najah kabir tahun ini. Mudahkanlah segala urusan beliau Ya Allah...
Kepulangan ramai pelajar Malaysia menjadikan lapangan terbang Mesir seakan-akan berada di Tanah Melayu. Gamat suasana yang dicipta budak-budak Malaysia kadang-kadang memeningkan pegawai yang bertugas. Lebih-lebih lagi setelah siap terminal 3 yang baru. Ada yang naik turun lif dan juga tangga...yap,semestinya tangga bergerak. Tak kurang juga dengan pose2 istimewa untuk kenang-kenangan. Agak melucukan. Memang diakui, terminal 3 ini banyak perbezaan dengan terminal 1 dan 2. Dengan prasarana moden dan reka bentuk yang menarik. "Betul ke mator (lapangan terbang) Mesir nih",tanya seorang sahabat...Mesir makin berubah.
Rumah kami meriah dalam tempoh sebulan ini, gembira dan duka. Datangnya silih berganti. Kematian, tamat 'azab' exam final, jemputan kahwin, kenaikan sewa, Tarmizi leh masuk TV arab, berita kawan kami nak dapat anak, dan banyak lagi. Kesemuanya kalau diadun, bagai masakan yang enak cukup segala rempah ratus dan perisanya. Segalannya kaler-kaler hidup yang mematangkan dan kadang-kadang melemaskan jiwa kami.
Kelmarin, Seminar Pemahaman Ilmu Qiraat telah selamat dilangsungkan. Program besar seumpama ini julung kali diadakan di bawah kelolaan DPM Maqaz Shoubra. Pendedahan ilmu sebegini diharap dapat memberi input yang berguna untuk mahasiswa dan mahasiswi untuk menambahkan kemahiran mereka dalam segenap disiplin ilmu. Kehadiran seramai 400 orang, luar dari target sasaran sudah dapat membuktikan tarikan yang ada pada ilmu ini. Seminar ini bukan sahaja menjadi sasaran golongan agamawan sahaja, bahkan penglibatan daripada golongan profesional seperti medical student juga amat membanggakan. Mabruk diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Moga dapat lagi diadakan program seperti ini di lain masa.
Sabtu dan Ahad ini ada Piala Exco anjuran DPM Maqaz Shoubra. Hanya dua acara yang dipertandingkan, bola sepak dan ping-pong. Riadah tahunan seperti ini biasanya mendapat sambutan yang agak luar biasa dari kalangan pelajar. Musim 'sejuk' sekitar 4o darjah celcius bukanlah penghalang bagi mereka yang mempunyai minat kesukanan tahap dewa. fighting3x!!!@MBe? Selalunya tak miss la, tapi kali ni kena tengok la dulu. Sebab ape? Baca kat bawah...
Bazar Terengganu 'o9 akan menyusul. Sabtu-Isnin@27hb-29hb bulan enam6...Kehadiran Bazli UNIC sebagai DJ sememangnya sesuatu yang amat dinantikan oleh semua. Mungkinkah alunan Atas Nama Cinta, Sahabat Sejati, Tika Itu dan lagu-lagu hits lain akan kedengaran secara live? Sama-samalah kita tunggu dan lihat...Jemputan ekslusif seluruh warga Malaysia Mesir ke Bazar Terengganu '09, Ukhuwwah Teguh Ekonomi Kukuh.
Orang kata kalau nak ajar jiwa kita lebih tabah dan kental, korbankan sesuatu yang kita sayang...@MBe telah cuba. Awalnya agak keberatan, memandangkan sayang dan kasih @MBe yang terlalu tebal padanya. Setelah memikirkan kesan jangka panjang, keputusan di ambil...Setahun kami bersama, banyak suka duka yang kami lalui bersama. Pendek kata, kami ibarat isi dengan kuku, aur dengan tebing, rambut dengan kepala...Sekarang kami dah bepisah, membawa haluan masing-masing. Moga kita berjumpa kembali di lain masa. Mungkin setahun dari sekarang...Mungkinkah???