Tuesday, January 27, 2009

Jenazah Allahyarham Hatta selamat dikebumikan di Malaysia

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengiringi jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, empat hari lalu, ke Tanah Perkuburan Kampung Pulau Manis, Manir, pagi ini (27 Januari 2009).

MENTERI Besar, Dato' Ahmad Said bersama penduduk Kampung Pulau Manis mengangkat jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, sebaik kereta jenazah dari Kuala Lumpur tiba kira-kira jam 8.30 pagi. 
 
Sebelum itu, kira-kira jam 9 pagi, beliau turut menyertai lebih 100 penduduk tempatan menunaikan solat jenazah Alahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22, di masjid kampung berkenaan.

Solat jenazah yang diimamkan oleh ayah allahyarham Hatta.

Dato’ Ahmad yang diiringi isteri, To’ Puan Norliza Mahmud, tiba di rumah keluarga Alahyarham Mohd Hatta, kira-kira jam 8 pagi. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail.


Ibu kepada pelajar yang meninggal dunia di Mesir tidak dapat menahan perasaan terharunya sebaik jenazah anaknya tiba di rumahnya di Kampung Pulau Manis, Manir.

Kira-kira setengah jam kemudian, van jenazah van yang membawa mayat tiba di rumah berkenaan dan disambut Menteri Besar dan ahli keluarga Alahyarham Mohd Hatta.

Jenazah berkenaan kemudiannya dibawa ke masjid untuk solat jenazah dan dikebumikan di tanah perkuburan tidak jauh dari situ.

Pelajar jurusan Usuluddin di Universiti al-Azhar itu meninggal dunia pukul 1.20 pagi, 24 Januari lalu dan mayatnya tiba di KLIA jam 9 malam tadi.


Dato' Ahmad Said mengaminkan doa sebaik jenazah pelajar mesir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis.


2 comments:

fateema el-muhammedy January 28, 2009 at 3:38 PM  

Smg arwh b'smadi dgn tng.lpas ni gliran kite semua pulak..

@MBe January 31, 2009 at 9:18 AM  

Lumrah alam...Hanya bekal yg perlu dicari sbg modal mncri syurga Ilahi.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP