Tuesday, December 30, 2008

ADeQkU YaNg DiRInDUi...


  Pagi tadi kurang lebih pukul 6 pagi waktu Mesir, @mbe telah menerima panggilan telefon daripada kakak di Malaysia. Hari ini result Penilain Menengah Rendah (PMR) adeq bongsu @mbe dikeluarkan. Dengan keputusan 6A2B1C, alfun mabruk abang ucapkan untuk adeq WuWahisytani awi, wallah. Lebih membanggakan, Wu mendapat 'A' untuk matapelajaran Bahasa Arab. Tak sia-sia usaha 'guru tuisyen sambilan' yang seringkali menyebabkan Wu bermasam muka dan merajuk. Anak bongsu la katakan. Akhirnya, penah lelah Wu terbukti jugak walaupun keputusan ini tidak seperti yang Wu target dan harapkan.

            
  Harapan abang selepas ni, adeq istikharah la banyak-banyak pe yang patut adeq ambik untuk form 4 nanti. Dulu, pernah adeq bagitau kat abang yang adeq berminat untuk sambung samada dalam bidang agama dan jgk perakaunan. Kata adeq,"Tengok atas result dulu la gane". Bagi abang setiap keputusan yang adeq ambik dan pilih, jugak adalah merupakan keputusan abang. Lagipun, abang tak perlu bimbang kerana family kita kan ada '13 ahli Majlis Syura'.:)... 

          Adeq, walau apa sekalipun perasaan adeq ditika dan waktu ini, abang harap adeq redhalah dengan keputusan yang telah adeq dapat sekarang ini. Dan yang paling penting, please don't give up dan jangan sesekali putus harapan dengan Allah Taala. Teruskanlah Solat Hajat yang dah adeq amalkan selama ini. Perjalanan adeq masih jauh dan panjang untuk diteruskan.

Yesterday is already a dream,
Life is what you make of it,
Always try to stand on your own two feet,
You might fail in your effort,
Then be a spot,
Laugh it out if you are just against the odd for that's what been fated by Allah. 

            Banggakan mak dan ayah selagi mereka masih mampu melihat kejayaan kita. Lastly, abang mohon doa adeq dan keluarga supaya Allah menguatkan azam dan niat abang untuk meruskan kehidupan dan study abang kat sini. Doa kalian adalah amat bermakna bagi abang.
 
Sekian, sedikit 'hadiah' dari  abangmu...

Monday, December 29, 2008

MAAL HIJRAH 1430H




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين ، وعلى خلفائه الراشدين وأصحابه المهتدين والتابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين .

Ya Allah, bagiMu puja dan puji, Engkaulah Penguasa Langit dan Bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya.

Ya Allah, kami merafa'kan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami menyambut Ma’al Hijrah 1430 H pada hari yang berbahagia ini . Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. 

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, dan juga sahabat-sahabat kami.

Ya Allah,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami.
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam kerja berpasukan,
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi,

Ya Allah, Ya Hazimal Ahzab,
Engkau berilah pertolongan kepada saudara kami yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh bumi umat Islam. Selamatkanlah mereka .

Ya Allah Ya Latif, Ya Khabirun bima fissudur,
Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami, maka dengan segala Rahman dan RahimMu dan luasnya ilmuMu, penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini .

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب العالـمين 
    

Operation Cast Lead


Dalam kemeriahan umat Islam menyambut kedatangan 1430H, kita dikejutkan dengan berita serangan jet pejuang Israel Natang ke atas penduduk Palestin. Serangan terbaru yang dinamakan "Operation Cast Lead" ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 280 penduduk yang tidak berdosa terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera. (Jumlah ketika entri ini ditulis)



Apa yang telah kita telah lakukan untuk membantu saudara seagama kita di sana. Adakah ada ruang di antara doa-doa kita untuk mereka? Mereka diserang ketika mana keadaan mereka berada dalam kekusutan. Bekalan makanan mereka yang disekat, elektrik yang dipotong, minyak yang dicatu, ubat-ubatan yang dirampas. Lebih-lebih lagi dengan keadaan musim sejuk sekarang yang memerlukan mereka tempat untuk berlindung dari kesejukan yang amat-amat menyeksakan. Kini, rumah-rumah dan khemah-khemah untuk mereka berteduh telah hancur musnah angkara perbuatan terkutuk Yahudi Laknatullah...

Dimana para pemimpim Islam yang selama ini lantang melaungkan seruan damai secara aman tanpa senjata? Dimana pemimpim-pemimpim Islam yang tegas dalam memepertahankan demokrasi dan kedaulatan? Dimana pemimpim Islam Hadhari yang selama ini gah berada di tampuk Presiden OIC? Apakah yang telah dan akan mereka semua lakukan dalam keadaan ini...KITA?

Jihad adalah Kewajipan Berterusan Sehingga Hari Kiamat

Imam Hasan al-Banna menyatakan di dalam Risalahnya : Ia adalah kewajipan yang berterusan sehingga hari kiamat seperti maksud hadith Rasulullah saw ”Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak berperang (fisabilillah) atau tiada niat untuk berperang fisabilillah maka matinya adalah (seperti) mati jahiliyah”. Adapun martabat yang paling rendah ialah (jihad melalui) engkar dengan hati , manakala yang paling tinggi ialah berperang fisabilillah.”

”Di antara cara berjihad ialah melalui jihad lisan (nasihat), jihad melalui pena dan tangan (kuasa). Begitu juga dengan berkata benar terhadap pemerintah yang zalim. Sesungguhnya dakwah tidak akan hidup tanpa jihad.”


Sunday, December 28, 2008

PESANAN SAHABAT SEJATI



“Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.”

“Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.”

“Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka.”

“Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.”

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.”

“Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.”

“Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk.”

“Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.”

“Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.”

“Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.

“Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.”

“Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini.”     ( Imam al-Ghazali )

Tuesday, December 23, 2008

....sambungan "...Alexs vs Dumyat..."


Seperti yang dijanjikan, pic2 sekitar perjalanan @mbe dan kawan-kawan di Alexs dan Dumyat bersambung untuk eidisi kali ini. Akan tetapi, kelewatan yang berlaku amat dikesalkan.* Dalam jaulah sekitar Alexs ini memang tidak dapat dihayati sepenuhnya kerana kami mengejar masa yang terlalu singkat. Tambahan lagi, banyak lagi tempat-tempat lain yang perlu kami lawati seperti Qalaah Solehuddin, Momtazza dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang kami memang seronok sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada DPM SHOUBRA kerana menganjurkan program seperti ini.* Perjalanan seterusnya, @mbe dan kawan-kawan dari n.ganu ke Dumyat dengan menaiki ' Peugot ' ( sebuah pengangkutan di Mesir ) yang amat memenatkan. Ketibaan kami seramai
seramai 4 orang disambut oleh sahabat kami us. Amin dan us. Sohib. Merekalah yang menjadi musyrif kami di sana. Sesungguhnya, Dumyat merupakan tempat yang tidak merugikan untuk dilawati. Terkenal dengan Ra'su Bar dan binaan imarahnya yang unik . Amat menabjubkan bagi sebuah negara yang terkenal dengan debu hitam ini memiliki tempat-tempat yang indah dan menarik untuk dilawati. Tidak hairanlah, ekonomi utama Mesir bergantung penuh kepada sektor pelancongan. Teringat @mbe kata-kata dari seorang ustaz mengenai Mesir, "...dalam debu hitam itu terdapat emas-emas yang berharga...". Sekian...

...Alexs...


Pool at Alexs


Muhammad dalam dunia khayalannya


Kemegahan Momtazzah


Bila la dapat beli satu


...Dumyat...


Dewan kuliah Al-Azhar Dumyat


Hijau itu indah...:)


Tempat berteduh

Jalan yang lurus


Kemegahan Ra'su Bar

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP