Tuesday, December 30, 2008

ADeQkU YaNg DiRInDUi...


  Pagi tadi kurang lebih pukul 6 pagi waktu Mesir, @mbe telah menerima panggilan telefon daripada kakak di Malaysia. Hari ini result Penilain Menengah Rendah (PMR) adeq bongsu @mbe dikeluarkan. Dengan keputusan 6A2B1C, alfun mabruk abang ucapkan untuk adeq WuWahisytani awi, wallah. Lebih membanggakan, Wu mendapat 'A' untuk matapelajaran Bahasa Arab. Tak sia-sia usaha 'guru tuisyen sambilan' yang seringkali menyebabkan Wu bermasam muka dan merajuk. Anak bongsu la katakan. Akhirnya, penah lelah Wu terbukti jugak walaupun keputusan ini tidak seperti yang Wu target dan harapkan.

            
  Harapan abang selepas ni, adeq istikharah la banyak-banyak pe yang patut adeq ambik untuk form 4 nanti. Dulu, pernah adeq bagitau kat abang yang adeq berminat untuk sambung samada dalam bidang agama dan jgk perakaunan. Kata adeq,"Tengok atas result dulu la gane". Bagi abang setiap keputusan yang adeq ambik dan pilih, jugak adalah merupakan keputusan abang. Lagipun, abang tak perlu bimbang kerana family kita kan ada '13 ahli Majlis Syura'.:)... 

          Adeq, walau apa sekalipun perasaan adeq ditika dan waktu ini, abang harap adeq redhalah dengan keputusan yang telah adeq dapat sekarang ini. Dan yang paling penting, please don't give up dan jangan sesekali putus harapan dengan Allah Taala. Teruskanlah Solat Hajat yang dah adeq amalkan selama ini. Perjalanan adeq masih jauh dan panjang untuk diteruskan.

Yesterday is already a dream,
Life is what you make of it,
Always try to stand on your own two feet,
You might fail in your effort,
Then be a spot,
Laugh it out if you are just against the odd for that's what been fated by Allah. 

            Banggakan mak dan ayah selagi mereka masih mampu melihat kejayaan kita. Lastly, abang mohon doa adeq dan keluarga supaya Allah menguatkan azam dan niat abang untuk meruskan kehidupan dan study abang kat sini. Doa kalian adalah amat bermakna bagi abang.
 
Sekian, sedikit 'hadiah' dari  abangmu...

2 comments:

are peace tzu deen January 7, 2009 at 7:54 PM  

woww.abang prihatin nie...huhuhuhu

Anonymous September 2, 2009 at 8:44 AM  

teruskan memberi yang terbaik utk adik mu.. abang yang prihatin..

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP