Wednesday, February 25, 2009

HIKMAT '09...



~Perasmian HIKMAT '09~

Selesai sudah keperitan mengendalikan program Hari Keluarga Dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu (HIKMAT) anjuran BKAN KPT untuk sesi 2009 ini. Kehadiran ramai warga Negeri Terengganu sepanjang tempoh program itu sudah cukup untuk menggambarkan kejayaan dan objektif ia diadakan telah tercapai. Pengisian aktiviti kali ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu acara padang dan dewan. Acara padang acaranya ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan sukaneka. Bahagian ini diuruskan oleh Ustaz Solehuddin. Manakala aktiviti dewan seperti nasyid, pantun, sajak, kuiz, lukis dan teka, tudung botol dan lain-lain diuruskan oleh Ustaz Othman.





~antara yang hadir~

Penyertaan kali ini agak memuaskan dengan persaingan sengit antara empat kumpulan. Kayu Kamat (A), Pulut Lepe (B), Tok Aji Sebang (C), Lopak Tikang (D). Walaubagaimanapun adat pertandingan, kalah menang menjadi taruhan. Kumpulan Lopak Tikang akhirnya berjaya merangkul juara keseluruhan setelah bersaing hebat dengan kumpulan lainnya. Kesemua yang hadir rata-rata seronok dan berpuas hati dengan HIKMAT kali ini. Apa-apa pun, borang muhasabah perlu dikaji dan diteliti kembali oleh ADHOC agar perjalanan program yang akan datang lebih berjalan lancar dan dapat menarik minat seluruh ahli untuk berkampung di KPT. Bertepatan dengan tema kali ini "The More We Get Together, The Hapier We'll Be".

2 comments:

nur_qaseh dyLLa March 1, 2009 at 1:29 PM  

salam ziarah...empunya bdn mane dia???masih menyembunyikan diri/ ada sesuatu yg masih dlm pencarian???

@mbe March 3, 2009 at 8:46 AM  

slm ziarah kmbli...sembunyi?xla.bkn jg dsbbkn msh mncari sesuatu..juz sedikit privacy buat masa skrg.:)ahaks!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP