Tuesday, March 24, 2009

Kenduri Kesyukuran Di Damanhur...

Alhamdulillah, selamat sudah majlis kesyukuran Us Roslan, Us Najmi n Us Afifi yg selesai dilangsungkan di Damanhur. Majlis yg diadakan bersempena dgn kejayaan mereka lulus dalam imtihan baru2 ini n disamping utk turut meraikan Us Roslan yg akan kembali ke tanah air berkhidmat utk masyarakat Malaysia pada Jumaat depan 27hb, InsyaAllah.

Dari Mahattah 'abud ke Mauaf Damanhur mengambil masa kurg lbh 2 jam perjalanan menaiki Tremco(minibus). Kami seramai 9 org kesemuanya selamat tiba di Damanhur bertepatan dgn waktu azan Maghrib berkumandang. Perjalanan kami diteruskan ke rumah Us Malik, sahabat kami ketika di maahad dahulu. Keramahan ahlilbait yg lain menghiburkan hati kami. Selepas beberapa ketika melepaskan penat dgn milo bujang Mesir kacukan us Malik, kami meneruskan perjalanan menuju ke matlamat utama kami ke rumah Us Roslan. Us Malik, Us Najmi n Us Roslan merupakan bekas pelajar maahad Terengganu yg mengambil takhassus Kuliah Syariah wal Qanun di Damanhur.


~Universiti Al-Azhar Damanhur~

Cuaca di Damanhur sekarang masih lagi dalam mood musim sejuk, 'ketinggalan' jauh berbanding Kaherah yg saat ini telah pun memasuki zon Musim Bunga. Asap tebal yg terhembus keluar dari mulut kami sudah cukup utk membuktikan kesejukan yg mencengkam jiwa raga kami hinggakan salah seorang drpd kami mengalami sindrom hidung berdarah...


~Berjalan dalam kesejukan malam~

Majlis kesyukuran dimulakan dengan Solat Hajat n berzanji memuji Baginda Nabi Muhammad SAW. Kedatangan para sahabat yg ramai dr Damanhur bahkan dr Kaherah menyemarakkan lagi puji2an kpd Baginda SAW pada malam itu. Dalam diam, ambe begitu kagum dgn keteguhan pertalian ukhwah sesama mereka dlm meraikan majlis sebegini. Mungkinkah kerna nasi ayamnya???. Tahniah utk sahabat yg hadir pd malam tersebut. Kalam taujihat terakhir disampaikan oleh Us Roslan kpd kami n semua tetamu yg hadir supaya meneruskan usaha kami di sini utk mengutip segala mutiara n permata di bumi Auliya' ini dengan menyelitkan satu hadis daripada Abu Darda' ra tentang kelebihan orang yg menuntut ilmu. Bacaan doa oleh Syeikh Jamal membuatkan keadaan menjadi pilu seketika. Doa yg penuh dgn permintaan n pengharapan itu membuatkan kami menginsafi diri utk seketika. Semoga doa kami diterima olehNya, amien.


~Kenangan~

Menu nasi ayam yg menyelerakan menjadi santapan kami. Keriuhan suara2 manja yg meminta nasi tambah menjadi bahan gelak ketawa sesama kami. Usai majlis, kami mengundurkan diri untuk pulang ke Kaherah. Waktu yg agak lewat menyukarkankan kami utk mendapatkan kenderaan sewa utk ke Mauaf Damanhur. Akhirnya setelah beberapa lama menunggu, kami terpaksa bersesak menaiki sebuah jip kecil utk sampai ke sana. 9 org utk sit belakang, terima kasih la ammu yg bg tumpang. Sekitar jam 12.50 malam, kami bertolak pulang dari Mauaf Damanhur menuju ke Mahattah 'abud. Dua jam lebih kemudian kami tiba di rumah masing2 setelah seharian di 'tempat orang'. Damanhur telah mencipta sebuah kenangan yg semestinya sukar utk kami lupakan. Sememangnya, sesuatu perkara itu lebih indah n manis jika kita melaluinya bersama-sama...

p/s: Syeikh Jamal pernah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran N.Terengganu pada sesi 2005-2007. Seorang yg tidak pernah jemu utk belajar Bahasa Melayu n sekarang hasilnya amat membanggakan.

Hanya sekadar bingkisan pengalaman @MBe utk dikongsi bersama.

2 comments:

Saya March 24, 2009 at 6:35 PM  

iu..nasi ayam..
mabrouk kpd yg berjaya

@MBe March 25, 2009 at 6:29 AM  

to saya----> Tp kurang mnyengat la, xde Tiramisu...hik3

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP