Sunday, April 19, 2009

....Bila tiBa haRi iTu....

- Exam hari Rabu ni.ahhh,kenapa la ader exam ni,buat sakit otak je la...
  • KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

-------------------------------------------------------


- Hafal x ingat,baca x faham.Kalau la pe yang aku baca dan hafal tu semua faham dan ingat,kan best.xyah la nak stdyhard sgt...

  • KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


------------------------------------------------------------

- 2 minggu exam ni...Quran x ingat lagi, matan lom hafal lagi. Semua kena hafal dan faham. Otak lak jem.klu komputer kompem kena format balik ni. kenapa la susah sangat ni!!!

  • KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Surah Al-Baqarah ayat 286:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


------------------------------------------------------------

- Ahad,Isnin, Selasa, Rabu...lagi 4 hari la.wah!!!mana Al-Quran aku,mana kitab aku,mana matan aku...Juz 7,16,28 lom kemas lg.Bab Hamzal wasol,pekemende ni...Basmallahbainassuuratain,xkan baru nk hafal yg ni kot!wehhh, xleh nk fokus ni.tekan tahap dewa!!!!

  • RASA FRUSTASI?

Surah Al-Imran ayat 139:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


-------------------------------------------------------------

- Nak study ke nk main game @ kuar jalan2. Orang kata klu tension maen game. baik call kekasih, leh bermadu asmara.hilang tension dengar suara si dia...erk???!

  • BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Surah Al-Imran ayat 200:
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Surah Al-Baqarah ayat 45:
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.


-----------------------------------------------------------

- Tiap2 tahun de exam,tp exam 2 minggu je.klu3 tahun 'ala tul abis la belajar. pe yg aku dapat. jauh2 lak datang utk belajar.ape kejadah yer semua ini??!:)

  • APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Surah At-Taubah ayat 111:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.


----------------------------------------------------------

- xpe la,kawan ada.leh tiru dieorang je senang.baek xyah study.Mat, ko pass kat aku jawapan tu esok.nanti aku belanja la to'miyyah bilbaidh...nk??!ermm,call aweks jap, mintak kata2 semangat...hareemm jadah!

  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Surah At-Taubah ayat 129:
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.


------------------------------------------------------

- eh, kenapa x ingat2 lagi Quran ni. matan ni plak apasal la berbelit2 lidah aku nk sebut...ni yg buat ak fed up ni.,,ah, ko tengok aku ni pe hal?nk gaduh ngan aku ke.eh kucing,blah la woiii..!!!???

  • AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

Surah Yusuf ayat 87:
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.


---------------------------------------------------

- Exam merupakan ujian bagi seseorang yg bergelar pelajar dalam menentukan tahap kefahaman yg kedapatan sepanjang tempoh pembelajarannya. Setiap orang mempunyai pandangan yg subjektif tentang objektif peperiksaan ini. Pro dan juga kontranya. Walaubagaimanapun, hormatilah ia sebagai suatu cabang ilmu yg boleh mendidik kita...

  • HORMAT

Surah An-Nisaa’ ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu…..


------------------------------------------------------------


Mohon di ampun dosa2ku sama kalian semua. Kasi la sedikit waktu utk mendoakan aku moga najah dalam exam yg akan mendatang.


~22 April 2009~

ila

~2 Mei 2009~


"Sememangnya ujian yg diuji ke atas kita bukan sesuatu yg sia2. Setiap yg berlaku terkandung seribu hikmah. Jauhkanlah dari bersangka buruk kepada Pencipta. Kita akan tahu bila tiba hari itu..."

Thursday, April 16, 2009

Amir, Kamal, Tarmizi & 'Alim



~amir~

Haji Mohd Amir Azamuddin bin Rasyid-Kg. Kuala Bekah, Kuala Terengganu-Tahun 3 (Akhir) Takhassus.

Tersebut la kisah seorang putera yg tinggal dan menetap di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu. Bapanya merupakan seorang pendidik anak bangsa. Anak ke-2 dari 5 adik-beradik. Amir, seorang yg mempunyai keazaman yg teguh dan kukuh sesuai dengan namanya. Penampilan yg sentiasa kemas dengan raut wajahnya yg manis dan bersih bersam barisan giginya yg teratur pasti memikat dan menarik perhatian sesiapa yg memandang. Telah selamat menunaikan ibadah Rukun Islam yg ke-5 di Tanah Suci baru2 ini. Lebih dikenali sebagai seorang yg mempunyai kalam bicara yg menusuk kalbu. Tatkala keluar suaranya yg gemersik, pasti hadirin yg mendengar diam taat hingga kalamnya yg terakhir. Seringkali dijemput sebagai penceramah jemputan kuliah dan juga forum2 di bawah anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Bercita2 menjadi pendakwah yg mampu membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling. Khususnya di negerinya yg tercinta, Terengganu Darul Iman.Di sebalik senyumannya yg manis, terselit satu kebimbangan tentang keadaan masyarakat dan bangsanya yg semakin hanyut dibuai keasyikkan duniawi. Amir juga merupakan seorang yg bergiat aktif dengan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Sebuah persatuan induk yg menaungi seluruh pelajar Malaysia dan negara2 Asia lain di Bumi Mesir. Sebuah persatuan yg berdaftar di bawah kerajaan Mesir. Persatuan yg diminta untuk diharamkan oleh seorang budak lelaki ketika Persidangan UMNO baru2 ini. Amir juga seorang yg aktif dalam setiap aktiviti yg persatuan anjurkan. Samaada program di bawah anjuran DPM dan juga BKAN. Terbaru, Muktamar PMRAM kali ke-79. Beliau sibuk dengan persiapan sepanjang acara itu berlangsung. xlekat dumoh kata orang terengganu. Diamanahkan untuk menjadi perwakilan untuk DPM Shoubra.Setakat ini dah bertiup angin malam yg redup membawa khabar berita tentang hasrat hati Ustaz Amir untuk menamatkan zaman solonya. Kepastian dari angin2 malam ini tak dapat dipastikan keshohihannya lagi. Apa2 pun kita tunggu feedback dari tuan punya hati.uhuks!Seorang blogger bersara muda.:) Menyepi diri buat sementara mengumpul sumber untuk muncul kembali mengegarkan dunia blogger pada suatu hari yg belum dapat dipastikan...Sebelum terlupa, air tangan masakan Amir yg paling kami gemari dan tertunggu2 ialah...'Singgang Makarin Amir'. Kalau ini la yg dimasak oleh Ustaz Amir, nescaya melahaplah kami semua seolah2 stok makanan untuk sebulan. Peringatan untuk Ustaz Amir, jangan amal selalu yer, jadi tong dram kami nanti.



~kamal~

Mohd Kamal bin Ahmad-Kg. Wakaf 2, Kuala Terengganu-Tahun 3 (Akhir) Takhassus.
Kamal ini roomate Amir. 7 orang ahli keluarganya. Mempunyai hati budi yg luhur dan tulus. Seorang yg lebih bersikap pendiam jika tiada kepentingan untuk berkata2. Baginya, semakin banyak berkata2, semakin banyak kesilapannya. Apabila lidahnya bergetar, mulutnya berbicara, anda akan terkejut dengan ucapannya yg penuh ilmiah dan informasi.. Kamal sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia melalui medan internet. Isu2 dunia selalu diupdatenya. Sebab itu la aku kadang2 lebih suka bertanya kepada Kamal tentang isu2 terkini tanpa perlu bersusah payah melayari internet. Jikalau berhujah dengannya, pastikan anda mempunyai fakta yg betul dan tepat. Jika tidak, buruk padahnya. Waktu inilah kata2 "Lidah lebih tajam dari mata pedang" akan anda fahami.kiki. Sentiasa mendahulukan ucapan dan kalamnya dengan peringatan. Menjadikan membaca buku dan blog2 ilmiah sebagai hobi keduanya selepas Kalamullah. Ketika suara lunaknya mengalunkan ayat2 suci Al-Quran, ianya mampu membuatkan sesiapa sahaja terpaku dan terdiam hingga akhirnya menitiskan air mata. Tak hairanlah kalau di Malaysia, Kamal antara yg menjadi rebutan masjid2 di sekitar Terengganu bagi menjadi Imam Terawih di masjid2 mereka. Kamal seorang yg aktif bersama persatuan, sepertimana sahabatnya Amir. Jika anda ke biliknya, tergantung penuh dengan juntain kad2 program yg telah disertai sepanjang penglibatannya dengan persatuan di sini. Seorang yg agak mahir dalam bidang masakan. Bakat memasak yg diwarisinya, menjadikan Kamal seorang yg chef yg fleksibel dan 'available'. Masakan Barat?Timur?Utara?Timur Tengah?Amazon?, semuanya 'kacang' bagi seorang yg bernama Kamal.Luahkan sahaja apa yg anda inginkan dan mahukan, pasti akan disiapkan tanpa merujuk kepada 'kitabulmasak' seperti...aku. Pernah sekali aku suarakan keinginan untuk makan nasi ayam yg dah lama aku rindui kelazatannya. Keesokkannya, selepas pulang dari kelas sudah terhidang kemas nasi ayam yg aku impikan sekilas pandang seolah2 berada di restoran lagaknya. Bagaikan mimpi. Terbaru, kami telah adakan satu majlis kesyukuran yg dinamakan Haflah Kawari'. Majlis ini diadakan bg meraikan musim peperiksaan yg akan menjelang tiba tak lama lagi. Tak lain dan tak bukan chef pada majlis itu, siapa lagi kalau bukan Ustaz Kamal. Dua periuk besar pada majlis itu tidak mampu untuk menampung nafsu makan kami semua.:). Tapi aku sempat la juga mendapatkan resepi dari Ustaz Kamal. Kenalilah beliau dengan lebih rapat dan mesra lagi di blognya www.quraniyyah.blogspot.com.



~Tarmizi~

Haji Ahmad Tarmizi bin Hj Ali- Kampung Che Lijah, Dungun-Tahun 3 (Akhir) Takhassus.
Kita beralih kpd 'mangsa' seterusnya...Kita ke Dungun, Kampung Che Lijah(pedulikan asal-usul nama kampung tersebut).Ahmad Tarmizi@Tirmizi bin Hj Ali mempunyai, nama yg cukup disegani di kalangan ahli2 Tarannum al- Quran. 12 ahli keluarga Al-Quran, gelaran yg diberikan kpd keluarganya kerna kebanyakkan keluarganya merupakan ahli tarannum dan hafiz Al-Quran. Pernah mewakili N.Terengganu sebagai Qari di Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kini, nama qari ini terus mekar di Bumi Anbiya' ini apabila mewakili satu2nya pelajar Malaysia yg dijemput sebagai Qari jemputan di Haflah Qurra' Indonesia pada 2 bulan lepas. Majlis ini mengumpulkan Qari2 di seluruh Asia Tenggara termasuk dr Negara Bangladesh. Adapun Tarmizi sering sahaja mencetuskan idea2 baru dan mencari jalan penyelesain berkenaan isu2 semasa yg membuatkan aku berfikir tentang masa depannya yg cerah sebagai Yang Berhormat Dungun suatu hari nanti. Sudah berkahwin dengan isteri pertama dan bercadang melangsungkan 'masjid' kedua selepas menamatnya tempoh pengajiannya di sini. Isteri pertama beliau bernama Al-Quran bt Tarannum. Terbaru, beliau telah selamat mengendalikan sebuah program di bawah anjuran kedutaan Malaysia yg dinamakan "Festival Kebudayaan Dan Kesukanan ASEAN 2009" yg dilangsungkan di Dewan Penuntut2 Malaysia Abbasiyyah dan di Stadium Abbasiyyah, Kaherah. Program ini melibatkan seluruh pelajar2 di negara2 ASEAN. Antara aktiviti yg dijalankan seperti 'Bazar Negara2 ASEAN", "Sukan:Bola Sepak, Takraw, Bola Tampar dll", dan Nasyid. Slot pengisian TilawatilQuran yg diketuai oleh IQRAM ( Ijma' Qurra' Republik Arab Mesir). Sebuah persatuan qari-qari di seluruh Mesir. Walaupun beliau diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah program tersebut, tugas berat itu langsung tidak menghalang beliau untuk turut beraksi cemerlang pada malam itu. "Nu'aina' Malaysia!", kedengaran suara2 penonton yg hadir memuji seni tarannum yg beliau persembahkan. Sekarang Tarmizi bukan sahaja terkenal setakat di kalangan rakan2 senegaranya sahaja bahkan seluruh dunia. Sinonimnya, tarannum dan Tarmizi tidak dapat lagi dipisahkan. Tarmizi+Tarannum dah menjadi trademark baginya. Tidak dilupakan, beliau juga berbakat dalam bab2 mengampu:) Kata2 manisnya memukau seperti seorang ahli sihir. Setiap satu kalimah yg keluar dr mulutnya, membuatkan sesiapa yg mendengarnya seolah2 berada di awangan. Terangkat dengan sendirinya. Bagai hidup di dunia yg lain. Apa2 pun, Tarmizi memang seorang yg mudah didekati dan peramah dengan orang sekelilingnya. Sifir mudah, jika anda baru sahaja berkenalan dengannya, jangan bimbang kerna beliau sendiri yg akan membuatkan kita berasa amat selesa untuk berbual dengan beliau. Kini, beliau tampil selangkah ke depan bersama blognya, www.tarmizi-ali.blogspot.com mewarnai dunia ilmu tarannum di alam maya. Jom, sama2 kita skodeng pe yg ada kat blog ni.



~Alim~

Abd. 'Alim bin Zakaria-Seberang Takir, Kuala Terengganu-Tahun 3 (Akhir) Takhassus.
Berterusan kita ke peserta pebret akhowat, Abd. ' Alim. Seberang Takir kampung halamannya. Anak ke-2 dari 8 adik beradik. Memulakan kariernya sebagai artis nasyid sejak dibangku PASTI lagi. Lagu tema Parti Islam SeMalaysia(PAS) menggunakan lagu yg dinyanyikan oleh si 'Alim ni la. al-'amal2x, al'amalulillah ila akhir...Merupakan seorang pelajar yg tekun dalam study dan juga persatuan sesuai dengan jawatan exco yg disandangnya ketika ini di Dewan Perwakilan MAQAZ Shoubra, Mesir. Seorang yg penyabar, peramah n mudah mengingati nama seseorang walaupun pertama kali menemuinya. Anda sebutkan sahaja nama dan dari negeri mana, insyaAllah 'Alim pasti mengenalinya. Penampilannya yg sentiasa kemas diserikan dengan senyumannya yg memikat menjadi igaun dan mimpi di siang hari dikalangan kaum2 hawa disini. Beliau juga seringkali dijemput khas sebagai musyrif untuk akhowat melawat ke sekitar Kaherah. Sikapnya yg cool dan sempoi ini menambahkan lagi kriteria2 wajib sebagai lelaki paling polular abad ini. Seorang yg tak kenal erti jemu dalam berpersatuan. Pernah tidak tidur malam semata2 kerana mahu menyiapkan kerja yg persatuan amanahkan. Pernah keluar sehari suntuk dan pulang dalam keletihan dan keluar semula sebelum sempat menghilangkan penat hinggalah keesokkan harinya baru lah kembali bertemu dengan bantal busuknya semata2 kerana persatuan. "Ini sebagai permulaan untuk perjuangan yg lebih mencabar pada masa depan", tekadnya. Hari2ku kadang2 hanya mampu tersenyum dan menegur sepatah dua sebelum 'Alim 'hilang dan kembali' dalam perjuangannya. Sememangnya, didikan asas dari keluarganya telah meresap ke dalam darah tubuh anak muda ini. Keluarganya yg terkenal dengan sebuah keluarga yg hidup untuk berjuang telah diadaptasi penuh oleh kesemua ahli keluarganya. Kalau hidup untuk berjuang di jalan Allah, dicampak di mana2 pun tidak menjadi masalah. Walaupun jauh diperantaun, jiwa 'Alim kental menempuh liku2 mehnah perjuangan ni negara yg asing baginya. Mungkin disebaban terlalu mendalam cintanya pada perjuangan, beliau mencatatkan setiap langkah perjuangannya di dalam medan blog-Catatan Perjuangan-

Di sini, @mbe berterima kasih atas kalian semua/abg2 atas penerimaan dan nasihat kalian terhadap seorang budak yg masih lg mencari jalan hidupnya yg sebenarnya. Terima kasih sudi menjadi 'lampu suluh' bagi @mbe. Bersama kalian, setahun di sini hanya seketika cuma. Pejam celik, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita bersama2 di Bumi Anbiya' ini. Kita manfaatkan lah masa antara kita bersama moga memori indah ini kekal ke hari tua...caiyyok!

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP