Sunday, May 3, 2009

Sejarah Pengumpulan Al-Quran

Exam yang akan datang jatuh pada hari selasa ni.
-Rasm Al-Quran-
Ilmu ini membincangkan cara-cara penulisan pada zaman sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan bagaimana mereka menyelesaikan khilaf sesuatu bentuk penulisan tersebut, juga sejarah-sejarah bermulanya ilmu ini.
Pening jugak la bila baca ni, sebab banyak yang perlu aku ingat dan hafal disamping perlu memahami sesebuah matan.
Ini aku taip sikit-sikit sejarah ilmu ni setelah baru belek-belek kitab petang tadi.huhu...Baru nak baca.
K, sama-samalah kita ambil ikhtibar dari sedikit perkongsian ini.
10hb ni baru selesai semua beban imtihan.doakan aku k!

-cyaiiyyok-
======================================
Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran telah pun ditulis dengan arahan khusus daripada Rasulullah SAW sendiri. Hal ini dibuktikan dengan adanya penulis wahyu seperti Zaid bin Thabit.

Pada zaman Kahalifah Abu Bakar As-Siddiq pula, Al-Quran yang telah bertulis itu dikumpulkan oleh khalifah setelah mendapat saranan daripada Saidina Umar R.A. Ini disebabkan oleh syahidnya ramai Huffaz Al-Quran pada peperangan Al-Yamamah. Selepas kematian Saidina Abu Bakar, penulisan Al-Quran yang dikumpul ini diserahkan kepada Saidina Umar kemudian diserahkan kepada puterinya, Hafsah R.A.

Khalifah Uthman Ibn Affan R.A mengarahkan supaya dilakukan pengumpulan semula terhadap Al-Quran dengan kaedah yang lebih tersusun dan rapi. Lalu disalin ke dalam beberapa naskah lain dan dihantar ke kota-kota besar Islam pada waktu itu. Tindakan ini disebabkan aduan daripada Huzaifah Ibn Al-Yaman yang mendengar perselisihan para sahabat tentang qiraat(bacaan Al-Quran) sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

Pengumpulan ini diselia oleh Zaid bin Thabit dengan bantuan Abdullah bin Amr bin Al- 'Aas, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Az Zubir, dan Abdul Rahman bin Al- Haris bin Hisyam. Diantara kaedah yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini ialah apabila berlaku perselisihan pada bentuk penulisan mereka akan menulisnya dengan bahasa Quraish.
Turutan yang dapat diambil ialah pada zaman Rasullah, Al-Quran terpelihara di dalam dada para sahabat dan ditulis di pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit binatang dan kepingan batu. Kemudian pada zaman Saidina Abu Bakar pula, pengumpulan yang berlaku hanya melibatkan penyusunan bagi ayat-ayat di dalam surah-surah sahaja tanpa disusun mengikut tertib surah, dan ini dinamakan SUHUF.

Seterusnya pada zaman Saidina Uthman pula pengumpulan melibatkan tertib ayat dan surah lalu dibukukan dan ini dinamakan MUSHAF. Dikenali dengan Mushaf Uthmani @ Rasm Uthmani.

Kita boleh membandingkan penulisan rasm Al-Quran yang berbeza dan berlainan dengan melihat penulisan di dalam Mushaf Majid dan Mushaf Uthmani bagi memahami dengan lebih jelas tentang ilmu rasm Al-Quran ini.

Adalah menjadi kewajipan kita umat Islam untuk megikut dan mengambil ikhtibar kepada rasm Uthmani dan memuliakan para sahabat yang sedaya upaya berusaha untuk memelihara Al-Quran ini...

Rujukan : LatoifulBayan fi RasmulQuran, Syarah Maurid Az Zomaan oleh Syeikh Anmad Mohammad Abu Zithar.




2 comments:

Adawiyah May 4, 2009 at 2:10 PM  

Allah telah menjanjikan bahawa Al-Quran ini akan dipelihara sampai akhir zaman...

=)

@MBe May 4, 2009 at 6:13 PM  

Sejarah lampau telah membuktikannya...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP