Sunday, July 12, 2009

Tahniah

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya atas nikmat Iman dan Islam yang telah kita kecapi selama ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat juga tabi3in...


Kegembiraan atas kejayaan hasil usaha dan penat lelah terpancar dari riak wajah sahabat-sahabat yang telah najah sofi baru-baru ini. Mereka adalah pelajar Tahun Akhir Takhassus, Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar. Keputusan yang mengembirakan itu menjanjikan satu nikmat dan hikmat yang tidak ternilai harganya. Kegembiraan najah ini lebih bermakna bagi Ust Abdullah Mukhlis dengan kehadiran pertama hati yang diberi nama Habiburrahman....el-syairazi...eh xde2.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua sahabat Tahun Tiga Takhassus atas kejayaan yang telah kalian perolehi dalam imtihan syahadah baru-baru ini. Bagi yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan berputus asa atas satu kegagalan. Ambil peluang untuk bangkit dalam duur thani yang akan menyusul tak lama lagi. Barakallahufikum , bittaufiqwannajah, insyaAllah...



4 Sekawan

Banyak yang menyibukkan saya sejak kebelakangan ini. Kerja-kerja yang ditangguh memang memenatkan untuk diselesaikan sekaligus. Kadang-kadang boleh menyebabkan kesabaran yang ada hilang bagai debu. Tapi yang pastinya, kerja 'tangguh' ini bukanlah sesuatu perkara yang molek jauh sekali berfaedah untuk diamalkan oleh kita terutama bagi seorang yang bergelar pelajar. Jangan anda biasakan diri anda dengan tabiat ini. Ubatnya sukar sekali untuk ditemui.

Perjalanan ke sekitar Mesir sekarang ini amat membutuhkan bekalan air masak secukupnya, sebaik-baiknya air sejuk untuk persedian 'menyelamatkan' anda ketika berada pada satu tahap yang kritikal. Kenikmatan dan keenakan air sejuk disini tak seperti di Malaysia. Saya maksudkan di musim SEJUK sekarang. Jangan anda bazirkan wang anda dengan membeli minuman di sepanjang perjalanan sedangkan anda mampu menjimatkannya@menggunakannya pada kepentingan yang lain.
Sekadar pesanan penaja je ni.

JOM LAYAN...Program terdekat kpt-MatruhSiwa-14hb ni.

Esok ada dua orang kawan saya yang akan pulang ke Malaysia. Kalau ada sape-sape yang nak ke mator esok, leh r kita jumpa kat sana. Bukan pe, kalau bleh bawak r air lebih skit yer:)...

1 comments:

cinta tiga segi July 20, 2009 at 12:31 AM  
This comment has been removed by the author.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP