Bermula dengan ahad pertama untuk bulan ini,2hb 8...Pulangnya seorang ahlullah Ahmad Tarmizi Hj Ali. Selama 3 tahun keberadaannya di sini, kepulangan kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Keuzuran yang dialaminya memaksa Tarmizi untuk pulang lebih awal dari yang dijangkakan. Demam dan sakit perut seminggu sebelum itu berlarutan hingga kepulangannya ke Malaysia.
Walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik dan ubatan farmasi, kesakitannya masih tetap tidak berkurangan. Kebimbangan kami terhadap kesihatannya memuncak apabila keluar keputusan dari hospital yang mengatakan Tarmizi menghidap darah tinggi.
Ketabahan Tarmizi ketika menghadapi ujian ini amat tinggi. Dalam masa kesakitan mental dan fizikal masih membelenggu, Tarmizi masih lagi meneruskan sisa-sisa dan baki waktunya di sini dengan bertalaqi bersama syeikh. Sememangnya aku yang sihat ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengannya. Barakallahufik...
Pernah seorang syeikh memarahi Tarmizi setelah diberitahu tentang keinginannya untuk pulang ke Malaysia. Syeikh tersebut meminta Tarmizi untuk meneruskan talaqi bersamanya. Begitulah sayangnya seorang guru untuk melepaskan anak muridnya yang berbakat besar ini.
Keputusan syahadah Qiraat baru-baru ini mencatat kecemerlangan buat Tarmizi apabila diumumkan sebagai pelajar Malaysia yang berada pada
ranking ke-4 antara semua pelajar Malaysia. Kini, sunyi sebuah bilik yang menyimpan seribu memori tentang kisah hidup seorang hamalatulQuran ini.
........................................................................
Ahad seterusnya, 9hb 8...Kamal Ahmad pula pulang meninggalkan aku. Terkenal dengan kehebatan air tangan yang memang
ummph! Sejak kepulangan Kamal, kami hanya masak lauk
basic yang tak menjadi rasanya. Kadang-kadang terlebih masin dan selalunya terlebih santan. Susah bila chef tiada. Hilang tempat rujukan. Tiada lagi
talaqi dengannya seperti kebiasaan.
Sekarang rumah kami sepi dari suara nasihat Kamal. Masalah kemas rumah, buang sampah, basuh pinggan, masak on time. Semua sudah cuba diperbaiki dari semasa ke semasa. Dulu bolehlah dipandang sebelah mata hal-hal berkaitan rumah, tapi tidak lagi sekarang. Ketiadaan Kamal membuatkan hidup aku bertambah sibuk. Ketiadaannya memang dirasai. Kewujudannya suatu ketika dulu tidak diambil cakna.
Diam-diam Kamal berisi, keputusan maahad baru-baru ini amat memeranjatkan aku. Kamal berada pada
ranking ke-2 antara pelajar Malaysia keseluruhannya. Aku dalam diam menyimpan rasa kagum terhadapnya. Memang,
fatrah imtihan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kamal. Tiada lagi internet dan komputer sebulan sebelum imtihan. Murajji' Al-Quran sepenuhnya. Membaca kitab sepanjang masa. Nak bersembang pun kena buat appoinment. bayangkanlah...ish,ni cam terlebih pong je.:).
Oh yer, kalau kita sebut
tabarru' je mesti ingat kat Kamal ni. Kamal ni seorang yang pemurah. Tapi hatinya tetap mahal untuk sebarangan wanita. Kalau sebut pasal belanja kawan-kawan, Kamal antara yang paling kerap. Aku je dah berapa kali, satu, dua, tiga....tak terkira la. Yang terbaru, komputer. Ditinggalkan buat berjasa untuk adik-adik.baguih noo! Jangan pulak adik-adik
lagho sebab ini dah ler. Kamal, we all miss u so much!
.......................................................................
Latest Sunday, 'Alim berangkat bersama bagasinya ke airport Cairo dengan kesedihan yang dipendam kemas tanpa sedikit kecacatan. Kecintaannya terhadap DPM Shoubra masih menebal dengan kemeja exco yang disarung kemas ketika kepulangannya ke tanah air. Kalau disebut nama 'Alim semua dah
maaruf akan perihal hidup dan penglibatannya dalam industri nasyid tempatan. Tapi kali ini hurainnya lebih kepada seorang yang hampir dan setiap hari dengannya. Aku akan ungkai pandangan
6 sense aku sendiri pasal 'Alim yang ramai masih belum ketahui.
'Alim merupakan roomate aku yang paling
understanding. Boleh dikatakan bajunya menjadi bajuku, komputernya menjadi komputerku, hatta bantalnya pun tetap menjadi bantalku. Tiada keluhan hangat dibibirnya walaupun tatacaraku kadang-kadang agak melampau. Tiada bicara pedas diluahkan walaupun sikapku memang menyakitkan hati. Pernah suatu ketika aku berfikir, sememangnya wanita yang menjadi permaisuri hati 'Alim akan menikmati hidup yang bahagia tanpa masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam rumahtangga.
Sikap
coolnya membuatkan aku takjub. Jadual hidupnya buat aku berfikir dua kali untuk menjadi sepertinya. Setiap permasalahan di
handle dengan akal yang waras jauh sekali melalui emosi liar sepertiku. Benarkah masih wujud orang seperti itu?..Ya, masih wujud dan orang itu adalah 'Alim.
Tak melampau jika dikatakan 'Alim disukai oleh semua orang yang ditemuinya. Keramahan dan kesucian hatinya memerangkap setiap insan yang yang pernah berbicara dengannya. Hidup 'Alim hanya pada memberi. Memberi kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan kepada kawan-kawan. Adakah balasan yang sama diminta? Tidak. Tetapi Alim masih dengan sikapnya yang MasyaAllah,barakalahufik...