Facebook dan coretan hati...
Jumaat datang lagi membawa limpahan rahmat dan keberkatan yang Agung. Disebut sebagai SayyidulAyyam 'penghulu' segala hari. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat r.a sebagaimana yang jelas dalam hadis masyhur,
"Siapa membaca selawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikan, diampuni 10 dosanya, dan ditambah 10 darjat baginya."
Umat Islam hari ini dihina dengan pelbagai ujian yang amat pedih untuk diterima. Hari ini kita dihina lagi dengan kejahilan mereka dengan pelancaran melukis karikatur yang dikatakan Baginda SAW yang kita cintai. Amat malang dan malu jika kita masih lagi berdiam diri seakan tiada sensitiviti langsung akan kejadian ini. Perbuatan karut dan gila ini dilancarkan pada hari ini di dalam laman Facebook yang di'gilai' ramai ini.
Hadirkan kebencian kita sebagai orang yang amat menyanyangi Baginda Rasulullah SAW dengan memboikot Facebook sedaya mungkin yang termampu. Pakistan negara pertama yang telah memboikot Laman Facebook dan Youtube. Memetik ulasan daripada seorang rakyat Pakistan di SINI mengenai tindakan negaranya dalam hal ini berkata:
I am a Muslim girl, just a normal student. When my religion is insulted, it is me who is insulted. I can live without Facebook but I definitely cannot live in humiliation. I am with my country on this and if Facebook does not take action on this, then ban or no ban, I would never go back to it anyway. ~Maham Tanveer from Rawalpindi, Pakistan.
Bagaimana pula dengan anda wahai kaum muslimin yang masih asyik dibuai keenakan dengan Facebook? Jika kamu tidak mampu melakukan kesemuanya, janganlah kamu tinggalkan kesemuanya...
والذي نفس بيده لا يوءمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده و ولده والناس أجمعين
رواه البخاري و أحمد
"Demi zat yang diriku berada di dalam genggamanNya, tidak beriman (sempurna) seseorang dari kalian sampai aku lebih ia cintai daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 3 hlm 177 dan Bukhari, Sohih BUkhari, vol 1, hlm 14)
Pasakkan dan teguhkan kembali kecintaan kalian kepada baginda SAW dengan membaca sedikit maklumat di SINI.
Alhamdulillah imtihan yang perit telah berakhir. Sekarang hanya debar menanti keputusan yang bakal tiba. Bersyukur dengan 'nikmat' imtihan yang mampu dilaksanakan walau kekecewaan masih menebal dalam jiwa kami bilamana adik-adik seangkatan tidak turut serta dalam imtihan kali ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya doa mampu saya panjatkan agar dipermudahkan segala urusan kalian. Manusia merancang, tapi perancangan Allah itu adalah hakikat yang perlu kita terima seadanya. Teringat kalam Syeikh Yusri Hafizahullah berkenaan sabar menurut apa yang saya,fahami maksudnya;
"Setiap ibadat dikhususkan ganjarannya seperti Solat, Haji, Puasa dan lain-lain, akan tetapi SABAR itu suatu ibadat yang Allah tidak nyatakan ganjaran khusus untuknya. Bukan kerana sedikit ganjaran dan pahalanya, tetapi kerana terlalu tinggi dan tidak ternilainya akan ganjaran SABAR ini. Tidak terhitung banyaknya..."
Wahai sahabat, juga adik!
Saya tidak sekali-kali memandang ringan tentang hal ini, bukan sebab kamu junior @ sama Takhassus, tetapi kerana kezaliman dan penipuan yang dilakukan golongan kuat pada yang lemah. Saya juga tidak membenci tubuh jasadnya pelaku kezaliman ini, tetapi membenci sebenci-benci tahap dewa akan sikap dan putar belit melampau pihak yang bertanggungjawab.
Zalim itu pasti berbalas!
..................................
Mohd Nazrin Dasir, sahabat saya dari Universiti Malaya telah selamat tiba 4 hari lepas. Berbekalkan semangat mengembara dan berdikari yang menebal hingga membawanya ke sini. Doakan moga beliau menemui sesuatu yang bermakna dalam hidupnya di bumi barakah ini. Jadikan setiap langkahnya disertai dengan kemurnian niat yang baik yang dititip sebagai amal perbuatan yang baik.
Akhirnya, mohon didoakan agar keputusan imtihan saya 'lepas' bagi melancarkan segala urusan saya selepas ini. Amalkan al-Quran anda, wahai HamalatulQuran!