Tuesday, December 30, 2008
Monday, December 29, 2008
MAAL HIJRAH 1430H
Posted by @MBe at 2:18 AM 0 comments
Labels: UMUM
Operation Cast Lead
Posted by @MBe at 1:04 AM 0 comments
Labels: UMUM
Sunday, December 28, 2008
PESANAN SAHABAT SEJATI
Posted by @MBe at 2:41 AM 0 comments
Labels: Ilmu
Tuesday, December 23, 2008
....sambungan "...Alexs vs Dumyat..."
Seperti yang dijanjikan, pic2 sekitar perjalanan @mbe dan kawan-kawan di Alexs dan Dumyat bersambung untuk eidisi kali ini. Akan tetapi, kelewatan yang berlaku amat dikesalkan.* Dalam jaulah sekitar Alexs ini memang tidak dapat dihayati sepenuhnya kerana kami mengejar masa yang terlalu singkat. Tambahan lagi, banyak lagi tempat-tempat lain yang perlu kami lawati seperti Qalaah Solehuddin, Momtazza dan lain-lain. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang kami memang seronok sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada DPM SHOUBRA kerana menganjurkan program seperti ini.* Perjalanan seterusnya, @mbe dan kawan-kawan dari n.ganu ke Dumyat dengan menaiki ' Peugot ' ( sebuah pengangkutan di Mesir ) yang amat memenatkan. Ketibaan kami seramai seramai 4 orang disambut oleh sahabat kami us. Amin dan us. Sohib. Merekalah yang menjadi musyrif kami di sana. Sesungguhnya, Dumyat merupakan tempat yang tidak merugikan untuk dilawati. Terkenal dengan Ra'su Bar dan binaan imarahnya yang unik . Amat menabjubkan bagi sebuah negara yang terkenal dengan debu hitam ini memiliki tempat-tempat yang indah dan menarik untuk dilawati. Tidak hairanlah, ekonomi utama Mesir bergantung penuh kepada sektor pelancongan. Teringat @mbe kata-kata dari seorang ustaz mengenai Mesir, "...dalam debu hitam itu terdapat emas-emas yang berharga...". Sekian...
...Alexs...
Pool at Alexs
Muhammad dalam dunia khayalannya
Kemegahan Momtazzah
Bila la dapat beli satu
...Dumyat...
Dewan kuliah Al-Azhar Dumyat
Hijau itu indah...:)
Tempat berteduh
Jalan yang lurus
Kemegahan Ra'su Bar
Posted by @MBe at 7:50 PM 0 comments
Labels: Diari Sahara
Monday, November 24, 2008
Menyangkal mitos megapiksel
Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN rencana@kosmo.com.my
Benarkah megapiksel merupakan elemen utama yang perlu dipertimbangkan untuk membeli kamera digital pada hari ini?
SEMAKIN besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.
UMUM mengetahui megapiksel merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah kamera digital. Namun hari ini, ia mungkin tidak lagi relevan.
Mungkin kenyataan ini agak mengelirukan kerana selama ini kebanyakan orang menganggap ia merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan penunjuk kemampuan menghasilkan gambar berkualiti sesebuah kamera digital. Benarkah megapiksel tidak lagi relevan pada hari ini? Teruskan membaca!
Megapiksel merupakan unit ukuran yang menentukan berapa banyak piksel atau elemen gambar yang boleh dimuatkan ke dalam sensor sesebuah kamera. Satu megapiksel bersamaan dengan 1 juta piksel.
Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan kamera dengan tiga megapiksel untuk mencetak gambar berukuran standard 4R? Untuk mencetak gambar bersaiz 8R pula, anda hanya memerlukan sebanyak 8 megapiksel. Sekiranya kamera anda mempunyai megapiksel yang tidak mencukupi dan anda cuba untuk mencetak gambar berukuran besar, kualiti cetakannya tidak akan menarik iaitu gambar akan kelihatan sedikit kabur.
Industri fotografi digital hari ini yang memperlihatkan persaingan hebat di antara pengeluar kamera gergasi telah menyebabkan peningkatan megapiksel pada kamera kompak dan tidak lagi hanya tertumpu pada kamera prosumer mahupun DSLR.
Kebanyakan kamera kompak hari ini mempunyai sekurang-kurangnya 8-Megapiksel. Dalam persaingan digital ini, Canon telah memperkenalkan produk 'cili padi' mereka yang mencecah 14.7 megapiksel, sesuatu yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran kita lima tahun yang lalu!.
Oleh itu, apabila memilih kamera kompak yang mana untuk dimiliki, megapiksel bukanlah sesuatu yang perlu terlalu dititikberatkan. Apa yang perlu diberikan keutamaan hari ini ialah saiz sensor sesebuah kamera. Semakin besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.
Semakin besar sensor bermakna semakin banyak cahaya dan semakin banyak cahaya dapat diambil oleh sesebuah kamera, semakin baik warna dan kontrasnya. Dengan sensor bersaiz besar, gambar yang diambil di dalam bangunan tanpa lampu limpah (flash) akan kelihatan lebih berkualiti berbanding kamera yang mempunyai sensor yang lebih kecil.
Malangnya, kamera kompak tidak mampu memuatkan sensor yang besar kerana ia perlu kekal kecil, padat dan mudah dibawa. Saiz sensor pada kamera kompak boleh menjadi lebih kecil daripada kuku jari kelingking manusia.
Ini adalah penyebab utama mengapa kamera kompak sukar menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan yang kurang cahaya tanpa penggunaan flash. Bagi mengetahui saiz sensor sesebuah kamera, anda boleh memeriksa butiran pada manual kamera. Ia lazimnya dirujuk sebagai CMOS, CCD, elemen pengimejan atau sensor imej, tetapi tidak boleh lari dengan bacaan ukuran seperti 1/2.7 inci, yang merujuk kepada saiz sensornya.
Sebagai perbandingan, kamera Digital SLR profesional mempunyai sensor yang besarnya sehingga 30 kali ganda berbanding kamera kompak. Tidak hairanlah saiznya juga jauh lebih besar berbanding kamera biasa.
Ironinya, kaedah penyelesaian bagi mempertingkatkan kualiti foto pada kamera kompak ialah dengan cara mengurangkan bilangan megapikselnya. Dengan bilangan megapiksel yang kurang bermakna setiap piksel di dalam sensor kini boleh mendapat lebih cahaya sekali gus meningkatkan kualiti gambar.
Namun ini tidak bererti industri kamera digital akan menghentikan perlumbaan megapiksel ini. Seperti mana pengguna menilai prestasi sesebuah komputer berdasarkan Gigahertz (GHz), membandingkan megapiksel merupakan kaedah termudah untuk si penjual membandingkan kemampuan kamera mereka dengan kamera pengeluar lain.
Untuk menyedarkan pengguna akan kenyataan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha, masa dan wang ringgit. Hakikatnya, inilah kebenaran di sebalik mitos megapiksel.
Posted by @MBe at 12:16 AM 0 comments
Labels: Teknologi
Sunday, November 23, 2008
:...Alexs vs Dumyat..:
~ Alexs~
vs
~Dumyat~
Salam mahabbah untuk saudara pengunjung yang masih setia dengan @mbe...
Dikesempatan ini, @mbe ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz-ustaz SYUBRAWI kerana telah menjadi musyrif dan telah membantu @mbe dalam kisah terbaru kali ini.
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, pada hujung minggu yang lalu @mbe telah sempat mengunjungi dua tempat yang menarik dan terkenal di Ardul Kinanah ini. Secara kebetulannya, kedua-dua tempat tersebut berhampiran dengan pantai. Ma'ruf di kalangan Azhari, tempat-tempat ini merupakan antara muhafazah al-Azhar as-Syariff yang berpusat di Kaherah. @mbe tanpa rasa segan dan silu secara terus akan menguploadkan gambar-gambar menarik sepangjang @mbe berc**i dan berjaulah di sana...
Opps, lupa pulak nak edit model-model dalam gambar tu. So, @mbe akan upload pada sesi bicara yang akan datang.to be continue...slm
Posted by @MBe at 11:11 PM 1 comments
Labels: Diari Sahara
Monday, November 10, 2008
Jaulah Maqam bersama Keluarga Penuntut Terengganu Mesir
- Yusof disamping Maqam SULTAN JA'FARI ( Shamsuddin Mohamad bin Ali bin Hassan Al-Bukra Syah )
Ini merupakan antara maqam-maqam yang telah kami ziarahi pada hari tersebut. InsyaAllah pada hari dan kesempatan waktu yang lain akan diadakan jaulah susulan bagi menziarahi maqam-maqam lain...tata!?
Posted by @MBe at 11:48 PM 0 comments
Labels: Diari Sahara
:..Mencintai adalah BELAJAR..:
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu;
Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar dipelihara;
Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala rahmat ALLAH;
Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam hatimu; Dalam bentuk dan wujud apapun,penting pula bagimu untuk dicintai.
Lebih mudah mencintai daripada dicintai, Jika kau mencinta….. Kau pasti akan menemui…. Suatu hari nanti...
Posted by @MBe at 11:35 PM 0 comments
Labels: UMUM
Monday, October 27, 2008
:..Syawal yang pertama tanpa keluarga..:
Berhari raya di bumi Mesir... Dari belakang sebelah kiri : farouk,ucop,luqman,malik,pool,yoe,bidin,@mbe,mukhlis,manzaqziq & mamat.
*p/s; mat arab tu tak termasuk dalam senarai.harap maklum...
Posted by @MBe at 3:17 AM 0 comments
Labels: Diari Sahara
.:: Konsep qudwah ganti idola dan diva ::.
Oleh DR. SIDEK BABA
BERPANDUKAN kamus Webster dan Oxford, istilah idola didefinisikan sebagai menyembah atau memuja Tuhan atau menghubungkan sesuatu dengan imej ketuhanan. Istilah diva pula dikaitkan dengan Tuhan orang-orang Hindu iaitu dewa atau dewata.
Pada hari ini istilah idola dan diva dihubungkan dengan pendewaan terhadap manusia popular khususnya di kalangan sesetengah remaja seperti artis, ahli sukan, ahli muzik, pemimpin malah ada yang mengaitkan idola itu dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Memang para remaja memiliki naluri meniru, mencontohi, meneladani dan mengagumi sesuatu atau seseorang. Remaja belajar daripada orang lain kerana ingin dewasa dengan pengalaman dan petunjuk yang betul. Remaja meniru daripada seseorang atau sesuatu kerana peniruan boleh menjadikan ia matang dan mampu meneruskan tradisi.
Dalam tradisi Islam meniru tidak salah kalau yang ditiru itu benda-benda atau perkara yang baik. Mencontohi juga tidak salah kalau yang dicontohi itu adalah sesuatu yang bermanfaat. Meneladani sesuatu yang berguna supaya ia menjadikan remaja matang dan berilmu. Mengagumi sesuatu yang hebat dan cemerlang kerana ia boleh membimbing remaja mempunyai kualiti diri.
Rasulullah s.a.w. dibentuk wataknya oleh Allah s.w.t. menerusi al-Quran dan menjadikan Nabi contoh yang terbaik untuk umat manusia. Pada Nabi terdapat qudwah atau contoh yang membawa risalah atau pengajaran untuk seluruh alam. Dalam ajaran Islam, sebaik mana peribadi, akhlak dan tingkah laku Nabi ia tidak sampai kepada tahap pemujaan atau menyamakannya dengan Tuhan atau menimbulkan rasa penyembahan yang luar biasa. Nabi ialah manusia seperti kita dan Allah beri kepadanya kelebihan supaya baginda menjadi sumber ikutan terhadap manusia zamannya dan juga manusia terkemudian.
Konsep idola dan diva sudah bercanggah dengan konsep qudwah. Rasulullah s.a.w. sepanjang 13 tahun di Mekah menentang berhala dan amalan memberhalakan kerana ia dikaitkan dengan perbuatan syirik. Syirik adalah jenis dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melakukan dakwah, penyeruan dan pengajakan supaya manusia beriman kepada Tuhan Yang Satu. Itulah asas tauhid yang ditanamkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan cara berfikir dan bertindak sahabat-sahabat Nabi dan pengikut sezamannya meletakkan Allah itu satu-satunya Tuhan, bukan dua dan tidak juga tiga.
Mengapa faktor akidah dilihat sebagai faktor terpenting bagi seseorang penganut Islam? Akidah tauhid menjadi asas ikatan atau ‘aqaid’ manusia dengan Penciptanya. Apabila asas ini jelas dan kukuh, ia meletakkan Allah Yang Perkasa, Maha Mengetahui, Yang Berkuasa sedangkan manusia adalah hamba-Nya. Jiwa kehambaan menjadikan manusia tunduk, patuh, taat dan akur terhadap ajaran-Nya.
Rukuk dan sujud dalam solat adalah lambang bagaimana latihan akur, tunduk, taat dan patuh dilakukan dan hikmah atau kebaikan sifat-sifat itu menjadikan manusia tunduk kepada yang baik dan benar, patuh kepada peraturan dan undang-undang yang adil, taat dalam menghubungkan kerja sebagai sumber ibadah dan akur terhadap sumber teladan manusia yang cemerlang dan berakhlak.
Konsep idola dan diva boleh menyebabkan remaja melakukan pemujaan atau pengaguman yang melampau. Darjah minat menjadi begitu luar biasa sehingga segala-gala yang ada pada penyanyi yang dipuja baik suara, gaya berpakaian, rambut dan gelagat penyanyi itu menjadi sumber pembentuk remaja untuk menjadi remaja yang berjaya.
Darjah pendewaan remaja terhadap ahli muzik dan ahli sukan menyebabkan ‘kegilaan’ yang melampaui batas sehingga banyak masa digunakan dengan berbagai cara menunjukkan ahli muzik dan ahli sukan dekat pada diri dan hadir dalam hatinya.
Naluri ‘kegilaan’ memang lazim terdapat bagi sesetengah remaja yang sudah hilang kawalan diri. Sering kedapatan remaja Islam yang tidak menjaga adab menutup aurat. Melakukan pendedahan tubuh yang menjolok pandangan dan perhatian.
Memakai seluar ketat yang menampakkan susuk dan bentuk tubuh secara ghairah. Hilang adab terhadap orang tua. Hilang malu melakukan sesuatu yang aib di khalayak ramai. Malah bercakap perkara-perkara yang tidak mendatang faedah atau menambah ilmu.
Amat penting para remaja dididik dengan kesuburan naluri contoh yang menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah. Allah s.w.t. dijadikan sumber ibadah dalam pengertian Dialah satu-satunya yang berhak disembah bukannya manusia apalagi patung-patung. Perkara ini adalah mustahak untuk menjadikan remaja orang-orang yang jelas jalan akidahnya dan jernih jalan sembahannya.
Dengan menjadikan idola dan diva sebagai manifestasi ‘pemujaan’ dan kekaguman terhadap seseorang, ia boleh menjadikan remaja berada dalam keadaan ragu, keliru dan celaru. Ia boleh menyebabkan remaja boleh terjebak dengan amalan yang menyalahi akidah.
gama Islam, bahasa Arab dan bahasa al-Quran amat mementingkan ketepatan sesuatu istilah. Konsep itu digunakan supaya ia tidak menimbulkan salah pengertian dan kekeliruan.
Apalagi menggunakan konsep idola dan diva untuk merujuk kepada manusia yang memberi konotasi atau makna pemujaan, ia boleh membawa kepada penyimpangan.
Konsep
Adalah lebih baik para remaja Islam yang amat prihatin dengan akidah dan iman supaya melazimkan diri dengan menggunakan konsep qudwah atau model-contoh kerana ia menepati maksud. Konsep qudwah merujuk kepada contoh terbaik yang pernah ada kepada umat manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai seorang budak, Nabi Muhammad seorang penggembala kambing yang taat dan jujur. Sebagai remaja, Nabi Muhammad tidak pernah menyembah berhala ataupun idol atau dewata sebaliknya menjadi seorang peniaga yang baik dan ikhlas dan sering bersendirian kerana nalurinya sering menentang amalan penyembahan berhala di kalangan kaumnya.
Sebagai orang dewasa, Nabi Muhammad melakukan dakwah sebijaksana mungkin dengan memiliki prinsip kebenaran yang utuh, istiqamah atau teguh hati yang tinggi, akhlak yang terpuji sehingga digelar sebagai ‘al Amin’ iaitu seorang yang mendamaikan. Sebagai seorang pemimpin, Nabi Muhammad cuba menjadikan dirinya sebagai pemimpin contoh dan pengurusan kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang dilakukan dengan adil dan saksama. Inilah qudwah terbaik yang dibentuk oleh Allah s.w.t. yang memiliki kualiti peribadi unggul (towering personality) untuk dijadikan sumber qudwah yang sifatnya merentasi zaman.
Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis. Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang-orang Islam. Orang-orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.
Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain.
Budaya membaca, menyelidik, menulis dan berbincang di kalangan orang-orang Barat dan Jepun adalah baik untuk para remaja ikuti. Tetapi menjadikan artis heavy-metal sebagai idola dan diva adalah tidak baik.
Mengagumi tokoh-tokoh Barat dalam banyak bidang dan lupa atau sengaja tidak mahu ambil tahu tokoh-tokoh yang menyumbang terhadap tamadun umat Islam dan umat manusia, misalnya, adalah suatu ketempangan.
Remaja Islam harus kembali kepada diri kerana pada diri mereka ada agama Islam yang ajarannya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia melakukan keburukan.
....Remaja Islam harus kembali kepada tradisi dan budaya sendiri. Contoh terbaik yang patut dijadikan ikutan dan teladan ialah Rasulullah s.a.w. bukannya idola dan diva....
<<<>>>
Posted by @MBe at 3:15 AM 0 comments
Labels: Ilmu
Saturday, September 20, 2008
Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
Posted by @MBe at 9:30 PM 0 comments
Labels: Ilmu
Friday, September 12, 2008
JOM KE KULIAH!
Followers
My Community
BERILAH KEMAAFAN ITU
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri
Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Archives
Categories
- Diari Sahara (77)
- Diari Tanahku (1)
- Ilmu (16)
- Imam QIRAAT (1)
- Politik (6)
- Teknologi (2)
- UMUM (35)
- Usratiii (9)
-
-
Apartemen Seks Bebas di Jakarta8 years ago
-
Tokoh Yang Aku Kagumi10 years ago
-
-
Saya Sayang Polis!13 years ago
-
filsafat13 years ago
-
-
Memang Aku Tabik Ke Arab14 years ago
-
-
-
Perpisahan...14 years ago
-
Masihkah...14 years ago
-
..Update..14 years ago
-
Copy, Paste ... And -don't forget- Edit15 years ago
-
Aboh~15 years ago
-
Politik
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan2 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Link
-
-
Karamah Imam Nawawi1 week ago
-
-
ZIKRAYAT EPISOD 64 years ago
-
-
DIET (1)11 years ago
-
~Berpindah~12 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis12 years ago
-
Salam Ramadhan....Salam KeRinduan.14 years ago
-
-
-