Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009

Esok hari pertama untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) 2009. Bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1&2. Adinda saya, Mohd Abd. Hadi dan Nurul Iffat, esok akan bergelut dengan 'kepahlawanan' sebagai seorang pelajar dan anak.

Peperiksaan terakhir bagi seseorang pelajar sekolah adakalanya memberikan seribu satu tekanan dan tak kurang juga yang sudah lama menantikan saat-saat ini untuk bebas dari belenggu dengan status seorang pelajar sekolah.



Kekanda harap walau apapun yang sedang bermain di benak fikiran adinda saya pada waktu ini, esok adalah hari penentuan selanjutnya kamu selepas ini. Buatlah yang terbaik dengan upaya dan usaha yang telah kamu semai selama ini.

Basahi wajah kamu sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan berwudhuk, menghilang debu kotor semalam. Langkahan kaki kanan sebagai pemula sesuatu kebaikan. Lafaz Bismillah sebagai tanda memohon berkat dan rahmat dari-Nya. Ucapan doa bagi meminta petunjuk dan jalan kemudahan akan sesuatu terus kepada RabbulIzzah.

Kekanda doakan, setiap hari yang adinda lalui diberkati dan senantiasa di bawah lembayung maghfirah-Nya...bittaufiq wannnajah.

Untuk semua yang akan menduduki peperiksaan, saya doakan kejayan untuk anda semua. Fighting!!!

0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP