Tuesday, March 30, 2010

Renungan...

Seorang ustaz sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil,

maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing

basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ustaz itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki

ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki!!!

Ustaz: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...)

Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali

dalam sehari.

Ustaz: (dengan sifat bersahaja....)

Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,

bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.



Saturday, March 27, 2010

Sekilas Liqa Sanawi...


semua dan basuh tangan,tinggal 2 orang ni lagi.:)



~tengah baca Quran pun sempat pose?:)~



~Puji-pujian atas Baginda SAW~



~Dia menanti~


~Macam x cukup jee~


~Jangan tiru aksi ini~


~Kulu wasyrabu~



~Tulang2 sekali ke?-Kantoi cubit daging tuuu~

~Sharing is Caring~


~Gembira bersama~



Thursday, March 25, 2010

Attention!!!


اللقاء السنوي
لخريجي معهد تحفيظ القرآن بولاية ترنجانو
بمصر


Tempat : Rumah Ceritera @MBe
Tarikh : 25/04/2010
Masa : Ba3da Maghrib
Anjuran : AMTA Mesir

Adalah seperti yang tertera, dijemput kepada semua lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu Padang Midin (MTANT) a.k.a Institut al-Quran Terengganu (IQT) untuk menghadirkan diri ke Liqa' Sanawi yang bertempat di St.Theressa, Shoubra. Antara atucara majlis :

  • Khatam Quran @ Tahlil
  • Maulid
  • Ucapan Presiden AMTA Us Farouk al-Palohi
  • Taujihat senior tahun akhir
  • Ucapan wakil DPM, BKAN dan PMRAM
  • Ucapan wakil Bait Muslim
  • Isu-isu berbangkit
  • Membincangkan masalah-masalah tertutup di kalangan ahli
  • Anugerah al-Faqeh Mithali & al-Qari' al-Mithali
  • Anugerah pelajar cemerlang Maahadian
  • Anugerah pelajar tahun akhir Mesir
  • Ranggah Hadralmaut Tiss Kaamil






Sunday, March 14, 2010

Omongan...

Alhamdulillah...

Penat memerah keringat yang membasahi tubuh. Perjalanan di sini diteruskan tanpa henti. Tanpa sedar musim sejuk meninggal pergi mendatangkan Er-robi3 (musim bunga). Kehangatan cuaca masih terkawal pada awal musim ini walau kadang-kadang seolah-olah membakar ubun-ubun kepala. Jadual pengajian yang masih berjalan seperti biasa akan menghadapi ketinggian mujahadah penuntutnya. Keadaan sesak, panas, cuaca yang tak menentu memberi seribu satu ujian kepada mereka.

Mutiara ilmu di waktu ini dilihat semakin mahal harganya untuk dibayar dengan kudrat kecil tubuh keringku. Kemalasan yang membelenggu makin sukar ditandingi. Tangisan penyesalan semakin kerap ditumpahkan menangisi peluang yang dibiar sia-sia. Mujur ada pengajian inisiatif daripada Us Najmi dan Us Kamal yang sangat dialu-alukan. Ilmu nahu dan Fiqh as-Syafie diperhalusi dan didalami di persempadanan waktu yang singkat. Pengajian sesama bekas IQT terasa berkah dengan keihklasan tenaga pengajar yang juga lepasan IQT. Perjumpaan mingguan kami lebih bermanfaat dengan kewujudan majlis ilmu sebegini.

Urusan permohonan zakat MAIDAM hampir selesai yang hanya tinggal untuk penyerahan borang kepada pegawai Terengganu sahaja. Kali ini, banyak rungutan diterima dari sahabat-sahabat Terengganu berkenaan kesulitan permohonan. Yang menghairankan kali ini, diwajibkan kepada pemohon menyediakan pelan kawasan tempat tinggal di Mesir. Harap ada manfaatnya

Dada berombak kencang tatkala berita Syeikhul Azhar, Al-Allamah Syiekh Dr. Mohammad Sayyid Tantawi yang pergi menghadap Ilahi di usia 81 tahun. Belasungkawa seluruh Mesir dan dunia Islam akan kehilangan ulama pewaris Nabi yang disegani ini. Juga disusuli dengan pemergian sahabat perubatan dari Kuliah Tibb Tanta, Ahmad Sarhan yang jatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di sini.
Allah...Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


Monday, March 8, 2010

Liqa' Mahabbah AJKT KPT

Cuaca yang semakin membahang terasa redup seketika apabila sahabat-sahabat AJKT KPT datang menziarah dalam program Liqa' Mahabbah bersama ahli-ahli di Shoubra. Tepat waktu Asar mereka mendarat selamat di St.Theressa bertempat di Imarah Salim's 8-Mutanazzih Street. Sinar di wajah terserlah selepas sahaja selesai menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Umar Abd Aziz. Senyuman tuan rumah yang manis menyambut ketibaan tetamu yang diberkati.:)

Benar sungguh ikatan ukhwah itu manis jika diselami maknanya walau tiada AJKT daripada HEWI menemani kali ini.:). Majlis yang dimulai dengan kalimah Agung berlangsung dengan jayanya. Penuh dengan suasana muhibbah adik beradik. Setiap persoalan diutarakan mendapat maklum balas positif dari AJKT. Alhamdulillah, sifat kepimpinan yang telah terpendam sebati dalam darah masing-masing dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh AJKT.

Dijamu hanya dengan halawiyyat dan sedikit buah buahan, liqa' yang bermula selepas solat Asar berakhir tepatnya berkumandang azan Maghrib. Tidak mensiakan peluang yang ada, kami bergambar bersama-sama menyemat memori yang sudah tersedia kukuh kemas dalam hati kami. Kali ini dipotretkan dengan wajah senyuman yang paling mahal, terutama YDP kita Us Riduan Bakar.

Usai Maghrib, sempat kami berbual santai dengan sedikit imbasan dan cerita terbaru diri masing-masing. Suka melihat telatah Us Manan yang menghidupkan suasana yang tersedia meriah. Ditambah kehadiran Us Farezuan yang buat pertama kalinya ke Shoubra cukup menghiburkan. Suasana tadi jika boleh ingin di'pause'kan, amat bahagia bersama dengan satu keluarga bersama ikatan teguh sebegini.

Sebagai tuan rumah yang serda dhaif, dialu-alukan sekali lagi kepada tuan-tuan AJKT untuk meluangkan masa yang ada menziarahi kami di sini. Walau hanya syai kosong menjadi hidangan, jangan bimbang kalian tidak akan pulang dengan perut kosong. Itu jaminan tuan rumah.huhu. Agar ikatan ukhwah kita semakin tersemat kukuh...Maaf atas kekurangan kami tadi.


p/s: AJKT angkat kami Us Hares amat hensem dengan 'baju' birunya. lepas ini, harap boleh pinjam.ahaks!

“…Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( QS. Al Hasyr : 10)


Thursday, March 4, 2010

Gambar...

Teruja dengan kekreatifan us. Amin bila 'bermain' dengan adobe photoshop...Nak copy paste bimbang tuan tanah marah:).Ahha,tengok sendiri la.yallah!

amin~menulis

Wednesday, March 3, 2010

Mati

Minggu yang agak muram kali ini. Masih mencari semangat yang hilang...Perkhabaran kematian dua orang saudara terdekat, datuk dan nenek saudara serta seorang jiran tetangga amat menikam jiwa. Bagai semalam baru bertemu muka, sekarang kami telah berbeza kehidupan. Tiada akan dikesali kematian yang tiba, tapi yang masih terkesan adalah kelewatan makluman.

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka kematian itu akan menemuimu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan’.” (Al-Jumu’ah: 8)

Ketibaan maut itu adalah pasti. Telah termaktub tua dan mati itu pasti. Penawarnya tiada bahkan menghadapinya itu wajib bagi setiap manusia. Yang pergi tiada kembali. Tiada guna diratapi yang hidup akan kematian. Redha akan ketetapan itu lebih perlu bagi setiap Muslim bagi membenarkan Qada dan Qadar Allah Taala. Kita yang hidup ini perlulah menginsafi akan kematian iaitu pengakhiran kehidupan dengan mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat untuk kita susuli saudara-saudara kita yang lain.

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya...” (Al-Mulk: 2)

Setiap yang bernyawa itu akan merasai keperitan ambang kematian. Menghayati saat-saat Baginda SAW ketikamana berhadapan dengan keadaan ini menginsafkan. Dibasahi peluh yang mengalir dari tubuh Baginda yang maksum dari sekecil debu dosa sedangkan Baginda adalah semulia makhluk. Bagaimana pula kita hamba yang penuh dosa maksiat, hati yang hitam, amal yang kurang akan berhadapan dengan seruan Izrail nanti...Allah.

Peringatan itu penting untuk hati kita yang senantiasa alpa dengan mata'@keseronokan dunia.

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Adz-Dzariyat: 55)

Mati itu pasti dan hanya waktu dan keadaan yang berbeza. Akan tetapi jangan kita lupa akan firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiqun: 11)


Video SINI

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )


  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP