Liqa' Mahabbah AJKT KPT
Benar sungguh ikatan ukhwah itu manis jika diselami maknanya walau tiada AJKT daripada HEWI menemani kali ini.:). Majlis yang dimulai dengan kalimah Agung berlangsung dengan jayanya. Penuh dengan suasana muhibbah adik beradik. Setiap persoalan diutarakan mendapat maklum balas positif dari AJKT. Alhamdulillah, sifat kepimpinan yang telah terpendam sebati dalam darah masing-masing dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh AJKT.
Dijamu hanya dengan halawiyyat dan sedikit buah buahan, liqa' yang bermula selepas solat Asar berakhir tepatnya berkumandang azan Maghrib. Tidak mensiakan peluang yang ada, kami bergambar bersama-sama menyemat memori yang sudah tersedia kukuh kemas dalam hati kami. Kali ini dipotretkan dengan wajah senyuman yang paling mahal, terutama YDP kita Us Riduan Bakar.
Usai Maghrib, sempat kami berbual santai dengan sedikit imbasan dan cerita terbaru diri masing-masing. Suka melihat telatah Us Manan yang menghidupkan suasana yang tersedia meriah. Ditambah kehadiran Us Farezuan yang buat pertama kalinya ke Shoubra cukup menghiburkan. Suasana tadi jika boleh ingin di'pause'kan, amat bahagia bersama dengan satu keluarga bersama ikatan teguh sebegini.
Sebagai tuan rumah yang serda dhaif, dialu-alukan sekali lagi kepada tuan-tuan AJKT untuk meluangkan masa yang ada menziarahi kami di sini. Walau hanya syai kosong menjadi hidangan, jangan bimbang kalian tidak akan pulang dengan perut kosong. Itu jaminan tuan rumah.huhu. Agar ikatan ukhwah kita semakin tersemat kukuh...Maaf atas kekurangan kami tadi.
p/s: AJKT angkat kami Us Hares amat hensem dengan 'baju' birunya. lepas ini, harap boleh pinjam.ahaks!
“…Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( QS. Al Hasyr : 10)
0 comments:
Post a Comment