Sunday, March 14, 2010

Omongan...

Alhamdulillah...

Penat memerah keringat yang membasahi tubuh. Perjalanan di sini diteruskan tanpa henti. Tanpa sedar musim sejuk meninggal pergi mendatangkan Er-robi3 (musim bunga). Kehangatan cuaca masih terkawal pada awal musim ini walau kadang-kadang seolah-olah membakar ubun-ubun kepala. Jadual pengajian yang masih berjalan seperti biasa akan menghadapi ketinggian mujahadah penuntutnya. Keadaan sesak, panas, cuaca yang tak menentu memberi seribu satu ujian kepada mereka.

Mutiara ilmu di waktu ini dilihat semakin mahal harganya untuk dibayar dengan kudrat kecil tubuh keringku. Kemalasan yang membelenggu makin sukar ditandingi. Tangisan penyesalan semakin kerap ditumpahkan menangisi peluang yang dibiar sia-sia. Mujur ada pengajian inisiatif daripada Us Najmi dan Us Kamal yang sangat dialu-alukan. Ilmu nahu dan Fiqh as-Syafie diperhalusi dan didalami di persempadanan waktu yang singkat. Pengajian sesama bekas IQT terasa berkah dengan keihklasan tenaga pengajar yang juga lepasan IQT. Perjumpaan mingguan kami lebih bermanfaat dengan kewujudan majlis ilmu sebegini.

Urusan permohonan zakat MAIDAM hampir selesai yang hanya tinggal untuk penyerahan borang kepada pegawai Terengganu sahaja. Kali ini, banyak rungutan diterima dari sahabat-sahabat Terengganu berkenaan kesulitan permohonan. Yang menghairankan kali ini, diwajibkan kepada pemohon menyediakan pelan kawasan tempat tinggal di Mesir. Harap ada manfaatnya

Dada berombak kencang tatkala berita Syeikhul Azhar, Al-Allamah Syiekh Dr. Mohammad Sayyid Tantawi yang pergi menghadap Ilahi di usia 81 tahun. Belasungkawa seluruh Mesir dan dunia Islam akan kehilangan ulama pewaris Nabi yang disegani ini. Juga disusuli dengan pemergian sahabat perubatan dari Kuliah Tibb Tanta, Ahmad Sarhan yang jatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di sini.
Allah...Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP