Thursday, June 17, 2010

Fayyoum

Fayyoum salah sebuah negeri yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 2 juta orang. Di sini terdapat beberapa buah piramid seperti Meidum, Hawara dan Al-Lahun.

Terusan Bahr Yusuf bertindak sebagai nadi utama bandar ini dan pelbagai aktiviti komersial dijalankan seperti jualan dan kedai-kedai di sepanjang terusan ini. Kincir Air Nabi Yusuf yang terletak di terusan dan di tengah-tengah bandar ini sentiasa menarik perhatian pelancong yang datang ke Fayyoum. Kini masih dalam proses pengislahan dengan tambahannya yang semakin menarik.

Kita akan dapati kebenaran kisah Qarun yang ditelan bumi yang termaktub kemas di dalam *Al-Quran dengan melihat sendiri sisa dan baki tinggalan seperti Istana Qarun dan Tasik Qarun. Jika anda ke sini pada musim panas sekitar bulan Jun-Oktober, anda akan melihat kesegaran buah anggur yang masak ranum sepanjang jalan masuk ke Istana Qarun. Ladang-ladang anggur dan zaitun yang luas serta kesuburan tanamannya amat memukau pandangan. Jika berkesempatan, jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar dengan anggur segar Fayyoum!

Berada di bawah 45m paras laut, Tasik Qarun sentiasa mencatat peningkatan kadar kemasinan airnya. Terlintas difikiran saya pabila pertama kali melihat tasik ini seolah-olah laut, lengkap dengan ombaknya sekali. Kini, Tasik Qarun lebih dikenali dengan gelaran 'world's most ancient lake' berikutan daripada ekosistem tasik tersebut. Keajaiban tasik yang besar ditengah-tengah padang pasir ini menghasilkan satu pemandangan yang amat cantik dan menarik. Pelbagai jenis burung boleh anda temui di sini termasuk koloni besar burung bangau.

Anda juga boleh melawati ladang mangga yang berada di sekitar Ain as-Siliyyin. Air mata air yang kaya dengan zat galian yang baik untuk kesihatan dengan dijadikan minuman dan menyapu di bahagian kulit yang gatal. Buah mangga yang dijual di sini lebih murah berbanding bandar Kaherah mengikut gred tertentu.

Tidak lengkap perjalanan anda ke Fayyoum tanpa ke Wadi Rayyan. Terdapat keunikannya yang tersendiri, di sini satu-satunya air terjun di Mesir yang popular dikalangan pengunjung untuk mandi-manda dan berkelah. Terdapat kemudahan seperti masjid, tandas dan kedai makan di sini. Perkhidmatan menaiki sampan disediakan bagi yang 'berani' dan sekadar dikenakan bayaran sekitar 5 Le seorang. Satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi iaitu Wadi Al-Hittan. Penemuan fosil yang berusia 40 juta tahun mungkin sesuatu yang menarik perhatian anda di sini.

Kawalan keselamatan anda di sini sedikit ketat dan terpaksa mengikut beberapa prosedur seperti melaporkan kepada anggota polis di setiap check point dan terpaksa 'berkonvoi' bersama-sama jip polis. Kawalan ketat ini berpunca daripada serangan pengganas terhadap pelancong di Kaherah dan Luxor pada tahun 1997. Dikatakan ramai anggota dan kumpulan pengganas Islam berasal daripada Fayyoum. Menurut cakap-cakap pelajar senior di sini, tindakan kawalan ini hanyalah berlandaskan tekanan politik penindasan yang dilakukan kerajaan Mesir kerana di Fayyoum **Jemaah Ikhwan Muslimin sangat aktif. Tidak hairanlah jika dibandingkan di Malaysia, Kelantan dan negeri-negeri di bawah parti pembankang juga mengalami nasib yang sama.:)

*Surah Al-Qasos, Al-Ankabut dan Ghafir

**sebuah parti politik pembangkang yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Mesir:)

.........................................................
Baru lepas jaulah ke Fayyoum. Juz share sedikit info untuk sahabat-sahabat yang ingin mengunjungi Fayyoum selepas ini. Nok rasa colek pelang mai r umoh @mbe ni deh.

.........................................................
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Selamat menambah amal ibadat di Bulan Allah ( Rejab ).

3 comments:

someone June 17, 2010 at 3:01 PM  

pos r buah2 kat cni ckit..hehe

@MBe July 1, 2010 at 3:11 AM  

pos dh,xsmpai lg ke?:)

someone July 30, 2010 at 1:52 PM  

ye2 jer...mcm la tau alamat umh..=P

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP