Nukilan petang...
Diari hari ini sedikit mendebarkan. Rumah kami didatangi seorang pegawai polis yang bertanyakan perihal ahli rumah dan pasport. Alhamdulillah, disaat yang genting itu tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Kekerapan polis melakukan rondaan dan rush seperti ini disebabkan ura-ura penglibatan mahasiswa Malaysia dalam isu Palestin baru-baru ini. Selepas semuanya selesai, anggota polis tadi sempat bergurau dengan kami. Sedikit mengendurkan urat jantung kami. Kiranya tiada masalah walaupun salah seorang dari kami memilki tamat tempoh visa.
Selang berapa lama kemudian, rumah kami diwarnai dengan kedatangan sahabat dari Unit Liqa Mahabbah 2010. Program musim panas ini telah memasuki pertandingan Bait Mithali. Banyak lagi aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang Liqa Mahabbah tahun ini. Cukup hangat saya kira bertepatan dengan seiringnya World Cup yang sedang berlansung.
Dipengerusikan oleh BP PMRAM ustaz Huzaifah, majlis tadi cukup bermakna dengan susulan kalam taujihat daripada ustaz Firdaus selaku Pengarah Hisbah cawangan Shoubra. Rentetan peningkatan masalah sosial dikalangan pelajar agama sendiri, beliau mengingatkan agar semua memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan amar maaruf dan nahi mungkar. Majlis berakhir dengan penyerahan poster kempen "Rumahku Syurgaku".
0 comments:
Post a Comment