Friday, December 18, 2009

1 Muharram 1431H

Dihiasi akhir dan awal tahun dengan ziarah maqam para auliyaullah amat menyeronokkan. Ditemani mentor yang amat disegani, Us Nazrul Nasir dan Us Hairul Nizam. Tak cukup waktu rasanya bersama dengan mereka dalam sama-sama meredah bumi Kaherah menziarahi para auliyaullah. Penerangan yang menarik tentang latar belakang maqam yang diziarahi begitu mengujakan kami yang hadir. Pengetahuan yang luas dan mendalam mereka tentang para ulamak membuatkan saya salute dengan mereka.

Ziarah kali ini berbeza dengan ziarah sebelumnya. Disamping ditemani dengan us Nazrul dan us Hairul, kali ini saya dapat menziarahi maqam Imam Hassan al-Banna. Sebelum ini, maqam ini dikenakan kawalan ketat untuk diziarahi dengan pengawasan sepenuhnya kerajaan Mesir.

Teringat pesanan us Hairul Nizam supaya menghayati dan mengambil iktibar dari sikap para ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu. Tidak hanya kagum dengan mereka, tetapi dalam masa yang sama mengaplikasikan cara hidup mereka dalam kehidupan pembelajaran seharian kita.

Jazakallah diucapkan kepada ahli jawatankuasa Ziarah Maqam KPT (Kompleks Penuntut-penuntut Terengganu Mesir) kerana anjuran program bermanfaat sebegini. Di kesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Jadikan tahun 1431H ini tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Sama-sama kita perbaiki diri ke arah hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP