Tuesday, April 6, 2010

Al-Fatihah...


Alhamdulillah, selesai sudah pengajian tutorial bersama Syeikh Abd Nabi. Salah seorang tenaga pengajar kami di kuliah Takahassus. Ini bermakna aura 'final exam' semakin kuat menghampiri. Kelas pengajian yang berjumlah sepuluh orang ini telah selamat ditangguhkan bagi tahun ini. Diharapkan untuk tahun hadapan, dapat lagi diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ketibaan peperiksaan akhir semakin hampir. Waktu yang singkat ini amat bermakna terasa. Hari-hari yang berlalu dirasakan penuh dengan permata yang tidak ternilai. Seperti biasa, semakin dekat dengan tarikh final, semakin meningkat indeks kemalasan . Sedangkan muqarar untuk tahun ini berakhir pada Surah Toha. Mungkin ramai yang mampu tersenyum jika telah bersedia dengan persiapan rapi pada awal-awal lagi. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang seperti aku...bertangguh-tangguh dan bermalas-malasan. Allahu...

Dalam diam, aku menggangumi semangat juang sahabat seperjuangan terdekat. Berdikit-dikit dalam 'bekalan' mereka, akan tetapi dengan nilai istiqamah yang tinggi, sekarang mereka akhirnya mampu tersenyum. Bahkan mampu bergelak ketawa. Hanya orang seperti aku sahaja yang memendam duka dan memerah keringat di waktu terdesak ini akibat tabiat buruk yang sukar dihapuskan. Malah wehhh!





Terubat duka dengan pencalonan dua orang sahabat daripada kuliah Takhassus dan seorang kawan baik daripada kuliah Syariah Islamiah. Walau siapa pun yang akan terpilih, didoakan kamu mampu memikul segala tanggungjawab dalam tempoh yang ditentukan. Adapun undi anda adalah rahsia :).



Berita mengejutkan diterima mengenai seorang sahabat yang maut akibat mangsa kemalangan di sini. Diharapkan para sahabat dapat meluangkan waktu untuk mensedekahkan doa untuk Allahyarham Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin, mahasiswa al Azhar Kaherah, kuliah Bahasa Arab. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama para auliyaullah, ameen.

Amat kerap kematian melibatkan pelajar Malaysia akhir-akhir ini. Adakah aku juga tercatat akhirnya di sini...Kumohon husnulkhotimah ya Allah walau di mana nafas akhirku.


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP