Friday, April 23, 2010

~Lambain Kaabah~

Usai solat Maghrib, saya dan Us Hafizuddin menuju ke rumah Us Abd Rahman memandangkan malam ini beliau akan bertolak ke Safagar menaiki kapal laut untuk menunaikan Umrah diikuti 4 orang lagi sahabat yang lain. Kesemuanya di tahun akhir Kuliah Takhassus.

"7 hari di Mekah dan 7 hari di Madinah", jelas Us Man selepas ditanya tempoh keberadaannya di sana. Tiada lain yang dipinta, moga perjalanan dan ziarahnya ke Haramain itu mendapat rahmat Allah dan ganjaran di sisiNya.

Sempat juga menyelitkan sekeping dua doa buat diri dan keluarga melalui Us Man. Mengambil berkah akan tempat Baitullah dan tanah persemadiannya jasad-jasad para sahabat dan Ahlilbait Baginda SAW. Mengambil syafat Baginda SAW di Masjid an-Nabawi di antara tempat yang paling makbul doanya.

Menanti peluang yang sama seperti Us Man dan sahabat-sahabat lain. Menjadi tetamu Allah di sana bukan mudah seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi dengan tempoh final exam yang tak berapa lama lagi. Moga segala usaha penat lelah Us Man itu mendapat ganjaran serta dipermudahkan segala urusannya di sana. Barakallahulakum...


0 comments:

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP