Monday, June 7, 2010

Tertangguh...

Banyak isu yang terlepas untuk dicatat ekoran kemalasan yang menjangkiti diri. Barah malas makin mengamit lepas sahaja selesai imtihan baru-baru ini. Akurnya, istiqamah itu sesuatu yang amat payah dilakukan tika jiwa dilalaikan dengan sesuatu yang lain. Mujahadah yang tinggi kadang hilang bila idea kering untuk digarap. Isu 'sambutan' dari Israel baru-baru ini mengejutkan dunia. Layanan 'mesra' diberikan kepada misi bantuan untuk Gaza mencetus polimik yang satu. Zalim dan kejam, sinonim dengan Yahudi itu sendiri.

Isu sensitiviti tak lagi jarang untuk kedengaran. Tiada lagi kepelikan dalam masyarakat dunia hari ini. Undang-undang Antarabangsa dicabul sewenang-wenang tanpa rasa bersalah. Membunuh, merampas, menghina dan segala jenis kebobrokan jelas dibelakangi oleh Yahudi. Kini mereka terlalu berani untuk mengenakan kita secara berdepan dek kerana kealpaan kita umat akhir zaman yang leka dibuai ayunan tarian mereka.

Tiada lagi kehormatan. Tiada lagi hak. Tiada lagi undang-undang jika melibatkan kejahatan Zionis. Polis Dunia, Amerika Syarikat yang sering menjadi 'Hero' tiba-tiba hilang dibawa angin bayu. Dangkal sangat untuk akal menerima kejadian yang menimpa konvoi Life 4 Gaza baru-baru ini. Sedih melihat dunia Islam lain sepi dari melihat peristiwa ini sebagai 'batu loncatan' mereka untuk Israel. Hanya sebilangan yang bersuara. Tak melampau jika dikatakan bagai anjing menyalak bukit. Yang lainnya masih lena di dalam kamar beradu ditemani tilam baldu yang empuk.

Bangga dengan kepelbagain agama dalam konvoi kemanusian tersebut. Melibatkan kejahatan Israel, kini dunia bersatu. Israel tidak melihat Islam sahaja yang membawa masalah kepada mereka. Jika Palestin disabitkan, sebarang bentuk bantuan dihalang bagi merahsiakan kemusnahan yang telah mereka lakukan selama ini. Emm,terlalu panjang untuk dihurai akan jahanamnya Yahudi kini, dulu, dan selamanya.

Sekarang, bantahan beramai-ramai setiap negara berlaku bagi menentang kezaliman Israel. Hikmah Allah melangkaui segala kejadian yang berlaku. Janji Allah itu pasti. Harap kebencian kita terhadap Yahudi diiringi dengan doa untuk saudara kita di Palestin.

.................................................

Haflah Takrim ul-Qurra'

Selesai satu lagi program di bawah LIQA' MAHABBAH anjuran PMRAM cawangan Shoubra. Menghimpunkan Qurra' dan masyaeikh dalam satu majlis sebegini adalah satu usaha murni dan mulia. Kredit untuk saudara Zul Ikhwan Zahari sebagai Pengarah Haflah Takrim ul-Qurra' yang bertanggungjawab memastikan program ini berlangsung pada 3 jun lepas.



Sekarang Daurah Fathul Mu'in berlangsung di dewan Ibnu Jazari selama 3 hari berturut-turut. Saya tidak berkesempatan atas beberapa kesulitan yang yang tak dapat dielakkan.:(...
Untuk sebarang maklumat tentang program LIQA" MAHABBAH musim panas 2010 sila klik SINI.

Hari ini mengikut jadual akan bermusafir ke muhafazah yang dirahsiakan lokasinya:). Moga tiada kesulitan sepanjang perjalanan kami.

Rabu, 9 Julai : Imtihan Syahadah tahun 3. Didoakan najah Mumtaz untuk anda semua. Jika melihat kepada dia yang mengulangkaji bait-bait dan nota-nota. Saya yakin dan percaya, dia antara calon mumtaz tahun ini. Dia bangun malam mengulangkaji dan menghafal bait. Moga Allah bagi dia kemudahan dalam menjawab nanti. DIA tu, tunggu wat kenduri kesyukuran sebelum pekse dlu. Hadralamaut pun jadi.hihi:)

Musim balik Malaysia datang lagi. Kini, mator Kaherah kerap 'dilawati' Maliziyyin. Samaada yang ingin pulang @ menghantar kawan pulang. Saya? Masih menanti keputusannya. Doakan yang terbaik untuk saya.


Friday, May 21, 2010

Facebook dan coretan hati...

Jumaat datang lagi membawa limpahan rahmat dan keberkatan yang Agung. Disebut sebagai SayyidulAyyam 'penghulu' segala hari. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat r.a sebagaimana yang jelas dalam hadis masyhur,
"Siapa membaca selawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikan, diampuni 10 dosanya, dan ditambah 10 darjat baginya."

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Umat Islam hari ini dihina dengan pelbagai ujian yang amat pedih untuk diterima. Hari ini kita dihina lagi dengan kejahilan mereka dengan pelancaran melukis karikatur yang dikatakan Baginda SAW yang kita cintai. Amat malang dan malu jika kita masih lagi berdiam diri seakan tiada sensitiviti langsung akan kejadian ini. Perbuatan karut dan gila ini dilancarkan pada hari ini di dalam laman Facebook yang di'gilai' ramai ini.

Hadirkan kebencian kita sebagai orang yang amat menyanyangi Baginda Rasulullah SAW dengan memboikot Facebook sedaya mungkin yang termampu. Pakistan negara pertama yang telah memboikot Laman Facebook dan Youtube. Memetik ulasan daripada seorang rakyat Pakistan di SINI mengenai tindakan negaranya dalam hal ini berkata:
I am a Muslim girl, just a normal student. When my religion is insulted, it is me who is insulted. I can live without Facebook but I definitely cannot live in humiliation. I am with my country on this and if Facebook does not take action on this, then ban or no ban, I would never go back to it anyway. ~Maham Tanveer from Rawalpindi, Pakistan.

Bagaimana pula dengan anda wahai kaum muslimin yang masih asyik dibuai keenakan dengan Facebook? Jika kamu tidak mampu melakukan kesemuanya, janganlah kamu tinggalkan kesemuanya...
والذي نفس بيده لا يوءمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده و ولده والناس أجمعين

رواه البخاري و أحمد


"Demi zat yang diriku berada di dalam genggamanNya, tidak beriman (sempurna) seseorang dari kalian sampai aku lebih ia cintai daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 3 hlm 177 dan Bukhari, Sohih BUkhari, vol 1, hlm 14)

Pasakkan dan teguhkan kembali kecintaan kalian kepada baginda SAW dengan membaca sedikit maklumat di SINI.

..................................................................

Alhamdulillah imtihan yang perit telah berakhir. Sekarang hanya debar menanti keputusan yang bakal tiba. Bersyukur dengan 'nikmat' imtihan yang mampu dilaksanakan walau kekecewaan masih menebal dalam jiwa kami bilamana adik-adik seangkatan tidak turut serta dalam imtihan kali ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya doa mampu saya panjatkan agar dipermudahkan segala urusan kalian. Manusia merancang, tapi perancangan Allah itu adalah hakikat yang perlu kita terima seadanya. Teringat kalam Syeikh Yusri Hafizahullah berkenaan sabar menurut apa yang saya,fahami maksudnya;
"Setiap ibadat dikhususkan ganjarannya seperti Solat, Haji, Puasa dan lain-lain, akan tetapi SABAR itu suatu ibadat yang Allah tidak nyatakan ganjaran khusus untuknya. Bukan kerana sedikit ganjaran dan pahalanya, tetapi kerana terlalu tinggi dan tidak ternilainya akan ganjaran SABAR ini. Tidak terhitung banyaknya..."

Wahai sahabat, juga adik!
Saya tidak sekali-kali memandang ringan tentang hal ini, bukan sebab kamu junior @ sama Takhassus, tetapi kerana kezaliman dan penipuan yang dilakukan golongan kuat pada yang lemah. Saya juga tidak membenci tubuh jasadnya pelaku kezaliman ini, tetapi membenci sebenci-benci tahap dewa akan sikap dan putar belit melampau pihak yang bertanggungjawab.
Zalim itu pasti berbalas!

..................................

Mohd Nazrin Dasir, sahabat saya dari Universiti Malaya telah selamat tiba 4 hari lepas. Berbekalkan semangat mengembara dan berdikari yang menebal hingga membawanya ke sini. Doakan moga beliau menemui sesuatu yang bermakna dalam hidupnya di bumi barakah ini. Jadikan setiap langkahnya disertai dengan kemurnian niat yang baik yang dititip sebagai amal perbuatan yang baik.

Akhirnya, mohon didoakan agar keputusan imtihan saya 'lepas' bagi melancarkan segala urusan saya selepas ini. Amalkan al-Quran anda, wahai HamalatulQuran!

Friday, May 7, 2010

JAWAPAN BALAS TERHADAP KENYATAAN RASMI JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)



Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.

Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah mendapat sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).


Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.

6 Mei 2010

Friday, April 30, 2010

Palastin dan Anda

Gaza
Penulis: Walid Al-Ilmi

Persoalan yang berkisar dalam minda pemilik hati yang beriman: Apakah yang dapat aku lakukan untuk membantu mereka yang berada di Gaza?Saudaraku… Sekiranya anda ialah seorang doktor atau guru atau artis atau pekerja atau penuntut atau pelajar; lelaki atau perempuan, setiap daripada anda mempunyai peranan masing-masing, maka saya berharap agar anda dapat membaca kesemua peranan yang akan disenaraikan, kenal pasti yang mana satukah yang bersesuaian, kemudian kita laksanakan dan sebarkan sekadar yang termampu; mudah-mudahan anda akan tergolong di kalangan mereka yang berusaha untuk memenangkan Gaza:

1.Berpuasa paling kurang sehari dan doakan untuk saudara-saudara anda di Gaza tatkala berbuka.

2.Himpunkan keluarga anda dan dirikan Qiamullail(bangun malam) dan berdoalah kepada Allah untuk kemenangan Gaza.

3.Menderma walaupun RM 1 untuk pembaik-pulihaan Gaza.

4.Membuat kutipan derma daripada mereka yang berada di jalanan ataupun orang-orang kampung atau rakan-rakan sekerja untuk untuk pembaik-pulihan Gaza.

5.Menghubungi salah seorang daripada ahli Gaza; untuk memotivasikannya dan menaikkan semangat moral: 009708285 + apa-apa 4 nombor , atau 00972599 + apa-apa 6 nombor atau 009702599.

6.Menyertai institusi kewangan dan menyumbangkan kepada Gaza pertama-tamanya bagi setiap orang 10% daripada nilai penyertaan, duit itu dikumpulkan dan disumbangkan ke Gaza.

7.Boikot produk Zionis dan Amerika.

8.Mengedarkan senarai produk yang perlu diboikot kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan.

9.Menghantar mesej ringkas kepada mobil salah seorang di Gaza untuk memotivasikan dan menaikkan semangat moralnya.

10.Menyertai(pent: memanfaatkan) laman Facebook untuk memberi dorongan kepada ahli Gaza.

11.Menyertai(pent: memanfaatkan) laman Youtube untuk member dorongan kepada ahli Gaza.

12.Menghantar artikel/esei kepada salah satu akhbar berkenaan sokongan/bantuan kepada Gaza.

13.Mengarang syair/sajak tentang sifat-sifat Yahudi dan keperluan untuk menolong Gaza.

14.Melukis karikatur tentang menolong Gaza.

5.Mereka poster untuk menolong Gaza.

16.Melayari internet untuk mengambil tahu khabar-khabar tentang ahli gaza.

17.Menyertai(pent:memanfaatkan) “chat” dan bantu ahli Gaza.

18.Menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara dan menbincangkan isu-isu perang Gaza.

19.Menghantar mesej ringkas doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.

20.Menghantar emel doa atau permintaan untuk pertolongan ahli Gaza.

21.Memusnahkan/merosakkan laman web zionis di internet.

22.Mereka slogan untuk membantu ahli Gaza.

23.Mencipta lagu puisi beratian membantu Gaza.

24.Menyertai acara/aktiviti membantu ahli Gaza(muktamar-demonstrasi…dll)

25.Menghantar surat(pent: atau apa-apa yang sewaktu) ucapan terima kasih kepada ulama yang membicarakan tentang pertolongan kepada Gaza.

26.Menghantar surat kutukan(teguran) kepada ulama yang berdiam diri/tidak membicarakan tentang pertolongan kepada Gaza.

27.Memberi pengajaran kepada salah seorang anak anda tentang Gaza dan melaksanakannya sepanjang hayat.

28.Mengkhususkan perbelanjaan harian untuk seorang anak Gaza sama sepertimana anda memberikannya kepada anak anda.

29.Membentuk suatu ikatan atau perhubungan untuk menolong Gaza dan berkali-kali mengulang untuk melebarluaskannya.

30.Memperbanyak zikir kepada Allah dan doa untuk pertolongan kepada Gaza pada setiap kali waktu lapang.

31.Ketika anda pergi bersolat di masjid yang tidak imamnya membuat qunut nazilah maka dorongkan beliau agar melakukannya.

32.Mengecat dinding rumah anda dengan tulisan yang berbunyi seperti: Kami semua berjihad pada jalan untuk membantu kemenangan Gaza.

33.Praktis riadah yang membina persediaan untuk berjihad di Palestin.

34.Jika anda tahu bahasa Ibrani atau Inggeris, maka sertailah(pent: manfaatkan) ruangan “chat” untuk menyampaikan mesej bantu Gaza kepada orang asing, jika tidak boleh berbahasa asing bolehlah dimanfaatkan ruangan “chat” dengan menyebarkan idea bantu Gaza kepasa sesama bangsa.

35.Meninggalkan rokok dan dadah, bertaubat kepada Allah supaya doa dimakbulkan Allah bagi membantu Gaza.

36.Menghadap salah seorang kerabat atau sesiapa jangan bercakap tentang membantu Gaza dan minta dia yang bercakap tentang hal itu.

37.Jikalau anda mempunyai saudara di parlimen atau DUN atau di media atau pegawai keamanan atau ahli politik, bicara kepadanya tentang peranan beliau dalam membantu Gaza.

38.Membantu mereka yang ditahan dengan sebab membantu Gaza.

39.Menyumbang majalah(pent: poster/risalah) di dinding masjid atau di pintu masuk blok kediaman berkaitan membantu Gaza.

40.Menghafaz surah At-Taubah dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.

41.Menghafaz surah Muhammad dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.

42.Menghafaz surah Al-Anfal dan dan mempelajari tafsirnya daripada mana-mana buku tafsir.

43.Menghantar mesej/surat-surat kepada pemimpin-pemimpin rakyat(ahli parlimen/ADUN) atau pihak keamanan atau pihak informasi(media/penyiaran) berkenaan membantu Gaza.

44.Menyertai/memanfaatkan forum dalam internet untuk membantu Gaza.

45.Menyertai/memanfaatkan blog di internet untuk membantu Gaza.

46.Jika anda seorang pelajar maka sertailah radio/penyebaran di sekolah untuk membantu Gaza.

47.Jikalau anda ialah penuntut di universiti sebarkan kefahaman yang sahih tentang situasi di Palestin di kawasan universiti.

48.Menyertai aktiviti di universiti dan fakulti anda untuk membantu Gaza.

49.Meminta izin daripada doktor/pensyarah sebelum bermulanya kuliah untuk menyampaikan sepatah-dua kata berkenaan darurat dan kewajipan membantu Gaza.

50.Mengarahkan aktiviti dan program persatuan pelajar di fakulti anda kepada membantu Gaza.

51.Menjadikan aktiviti komuniti pelajar terarah kepada membantu Gaza.

52.Menampal/menggantung poster di kelas dan sekolah anda berkenaan membantu Gaza.

53.Jika anda ialah majikan atau pekerja di mana-mana firma maka bersolat sunat sebanyak dua rakaat sebelum bersurai, dan berdoalah kepada Allah agak menurunkan bantuan kepada Gaza.

54.Meletak kertas di atas meja atau papan hitam pensyarah atau guru: “Mohon jasa baik untuk menceritakan kepada kami tentang Gaza” atau “Doakan untuk bantuan kepada Gaza”.

55.Sebarkan peta Palestin dan Gaza.

56.Membuat sesuatu seperti makanan atau cenderahati dan jualkannya untuk membantu Gaza.

57.Membicarakan ketika berkomunikasi tentang membantu Gaza, atau berdoa kepada Allah agar membantu Gaza.

58.Suburkan dalam jiwa anda ruh jihad untuk membantu Gaza.

59.Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua media informasi yang membantu Gaza.

60.Menghantar surat kecaman/teguran kepada media informasi yang mengabaikan Gaza.

61.Mempelajari bersama-sama anak-anak anda sejarah Gaza dan Palestin.

62.Mempelajari bersama-sama rakan-rakan tentang syuhada Gaza dan kisah hidup mereka.

63.Namakan anak-anak anda dengan nama-nama syuhada Gaza.

64.Namakan jalan-jalan dengan nama-nama syuhada Gaza.

65.Menghantar surat/memorandum kepada Perdana Menteri agar membantu Gaza.

66.Menghantar surat kepada Ketua Majlis Rakyat atau Penasihat untuk membantu Gaza.

67.Menghantar surat kepada ketua menteri-menteri untuk membantu Gaza.

68.Menghantar surat kepada datuk Bandar anda untuk membantu Gaza.

69.Membantu orang yang ingin syahid atau menyediakan orang untuk syahid.

70.Memberi reaksi kepada mereka yang tidak mengendahkan untuk membantu Gaza.

71.Menyertai dengan menghubungi/memberi reaksi kepada saluran-saluran bebas yang membantu Gaza

72.Menyertai dengan pandangan anda untuk membantu Gaza dalam pungutan suara di pelbagai laman elektronik.

73.Bertanyakan pada salah seorang ulama berkenaan isu/situasi Palestin.

74.Menggantung dokumen mempertahankan Gaza di rumah anda.

75.Menggantungkan di kenderaan anda poster untuk membantu Gaza.

76.Memakai mafela/selendang Palestin.

77.Membuat tabung derma di rumah untuk membantu Gaza.

78.Menyebarkan idea/cadangan tabung.

79.Duduk bersama ahli keluarga sambil berharap membina hubungan nurani dengan penduduk-penduduk Gaza.

80.Meninggalkan dosa membina bantuan kepada Gaza.

81.Menghimpunkan gambar syuhada Gaza dan Palestin.

82.Mengadakan pertandingan kad berkenaan membantu Gaza.

83.Teater berkenaan membantu Gaza.

84.Menggantung gambar tanda sokongan pada Gaza di tempat anda atau tempat kerja.

85.Lagu dan nasyid berkenaan Gaza.

86.Mempraktikkan fadilat amar makruf nahi munkar untuk kemenangan dan membantu Gaza.

87.Mengeluarkan produk yang bergambar Gaza. (T-shirt, buku, risalah, pembaris, pen).

88.Menamakan nama syuhada atau negeri-negeri Palestin pada tempat anda atau blok anda.

89.Menamakan nama syuhada atau negeri-negeri Palestin pada kumpulan atau pasukan sukan.

90.Memasang papan tanda di jalan: Kami semua berjuang bersama ahli Gaza.

91.Jikalau anda seorang guru sejarah, tuliskan sejarah Yahudi dan Palestin.

92.Jika anda seorang majikan yang bebas maka sebarkan idea/cadangan anda bagi menolong Gaza kepada mereka yang ragu-ragu dan kumpulkan sumbangan daripada mereka.

93.Menyampaikan ucapan ringkas di masjid atau tempat kerja tentang Gaza setiap kali selepas solat.

94.Menulis ayat-ayat Al-Quran dan hadis tentang membantu orang yang dizalimi di papan kenyataan masjid.

95.Jikalau anda seorang peniaga sediakan plastik untuk pelanggan yang tercetak padanya kata-kata berkenaan membantu Gaza.

96.Jika anda seorang doktor tulis pada preskripsi(atau kertas lain): Ya Allah bantulah mujahidin di Gaza(atau sewaktu dengannya).

97.Sumbangan kepada Gaza bernilai bil selama satu hari.

98.Jika anda seorang guru tulis pada nota yang dihasilkan oleh anda hadis-hadis dan ayat-ayat tentang Gaza dan Yahudi.

99.Menyumbang dengan nilaian kuota bagi seorang pelajar sebagai membantu Gaza.

100.Jika anda seorang farmasi sumbang satu persen daripada keuntungan(harian-mingguan-bulanan) untuk membantu Gaza.

101.Menyertai rombaongan mujahidin ke Gaza.

102.Menjaga solat berjemaah di masjid dan berdoa kepada Allah agar membantu Gaza.

103.Menjauhi wang sumber haram supaya Allah membantu Gaza.104.Menyertai kempen pendaftaran untuk persediaan bagi syahid pada jalan membebaskan bumi itu.105.Menyumbangkan kaset(pent: ceramah atau nasyid yang berkaiatan) bagi membantu Gaza

106.Menyumbang buku kecil berkenaan membantu Gaza.

107.Mendedahkan dan menyatakan keengganan pemulihan hubungan dengan Yahudi.

108.Mempelajari bersama anak-anak anda sifat-sifat Yahudi.

109.Menyebarkan sifat-sifat Yahudi kepada sesiapa yang anda kenal.

110.Menyebarkan bahawa jihad ialah satu jalan kepada sesiapa yang anda kenal.

111.Menolak segala salah-faham berkenaan pelarian Gaza dan bahawa Hamas yang bertanggungjawab terhadap berlakunya serangan itu, sekiranya anda tidak mengetahuinya maka anda boleh mengetahuinya melalui laman-laman berikut:

Islam Online http://www.islamonline.net

Ikhwan Online http://www.ikhwanonline.com

Manarat Web http://www.manaratweb.com/

Multaqa Ikhwan http://www.ikhwan.net/vb/

Nafizah Misr http://www.egyptwindow.net

Gaza under siege and fire http://qudsday.org/gaza

Sharkia Online http://sharkiaonline.com/

112.Mengutus suat berterima kasih kepada ulama yang menyokong dan membantu Gaza.

113.Mengutus surat kecaman/teguran kepada ulama yang diam daripada kebenaran dalam membantu Gaza.

114.Menyebarkan semangat bercita-citakan kemenangan Gaza dengan cara yang pelbagai.

115.Menyediakan slide show power point bagi membantu Gaza.

116.Meneruskan (dan menyertai) ruang program yang baik, membina Islam dalam diri dan membantu Gaza.

117.Mereka permainan kanak-kanak berkaitan membantu Gaza.

118.Menulis cerita untuk kanak-kanak tentang membantu Gaza.

119.Menambahkan cadangan baru bagi membantu Gaza.

120.Menyebarkan artikel ini sekadar termampu.Akhirnya, maaf Palestin; sepatutnya kita berbicara mengenai kewajipan kita terhadap bumi Palestin seluruhnya, tetapi kami fokus pada Gaza kerana ia sedang cedera berdarah sekarang…Diterjemah daripada artikel asal di http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=44485&SecID=360
Maaf segala silap dan kurang…

Jom sama-sama kita manfaatkan stiap ruang yang ada untuk membantu saudara kita.



Friday, April 23, 2010

~Lambain Kaabah~

Usai solat Maghrib, saya dan Us Hafizuddin menuju ke rumah Us Abd Rahman memandangkan malam ini beliau akan bertolak ke Safagar menaiki kapal laut untuk menunaikan Umrah diikuti 4 orang lagi sahabat yang lain. Kesemuanya di tahun akhir Kuliah Takhassus.

"7 hari di Mekah dan 7 hari di Madinah", jelas Us Man selepas ditanya tempoh keberadaannya di sana. Tiada lain yang dipinta, moga perjalanan dan ziarahnya ke Haramain itu mendapat rahmat Allah dan ganjaran di sisiNya.

Sempat juga menyelitkan sekeping dua doa buat diri dan keluarga melalui Us Man. Mengambil berkah akan tempat Baitullah dan tanah persemadiannya jasad-jasad para sahabat dan Ahlilbait Baginda SAW. Mengambil syafat Baginda SAW di Masjid an-Nabawi di antara tempat yang paling makbul doanya.

Menanti peluang yang sama seperti Us Man dan sahabat-sahabat lain. Menjadi tetamu Allah di sana bukan mudah seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi dengan tempoh final exam yang tak berapa lama lagi. Moga segala usaha penat lelah Us Man itu mendapat ganjaran serta dipermudahkan segala urusannya di sana. Barakallahulakum...


Friday, April 16, 2010

Wake up in da Morning

Beruntung rasanya saya mempunyai kediaman yang kebetulan bersebelahan dengan pokok-pokok yang menghijau. Amat jarang saya kira untuk menemui kediaman yang redup dan nyaman dengan udara segar terus dari pokok yang menghijau dan rendang seperti ini. Jika dibandingkan dengan kebanyakan rumah sahabat saya yang lain di kawasan ini. Bahkan di kawasan Kaherah ini. Jarang sekali untuk melihat tumbuhan menghijau apatah lagi di kawasan kediaman. Kebanyakannya hanya kelihatan pokok-pokok kecil yang mungkin mengambil masa 5-6 tahun lagi untuk membesar.

Tidak ramai yang ambil peduli dengan kehadiran pokok seperti ini jika berada di Malaysia. Tapi lain jika di sini anda hidup bertahun-tahun lamanya.Hari-hari anda dengan debu yang tak kunjung habis. Musim sejuk jumlahnya tidaklah seteruk musim panas yang kadang-kadang boleh menimbulkan bahaya dengan kehadiran ribut pasir. Dengan wujudnya pokok seperti ini, rumah anda tidaklah 100% bersih dari debu. Tetapi peratusannya akan mengecil dengan halangan daripada dedaun pokok tersebut. Bahkan risiko kesihatan juga lebih terjamin.

Jika bertuah, burung-burung akan menumpang berteduh dengan membina kehidupannya di celahan ranting pokok. Usai Subuh, riuhan siulan anak-anak burung kecil yang merdu meminta sarapan barangkali. Mungkin juga bergurau senda sesama mereka atau mungkin juga sedang mentertawakan manusia di sekeliling mereka yang sunyi sepi kehidupannya selepas Subuh. Jika manusia yang terlepas Subuh pula bagaimana? Haiwan mampu mengenal hikmah di sebalik waktu selepas Subuh. Di situlah terbukanya 1001 pintu rezeki. Bagaimana kita? Saya? Masih dalam tarbiah dengan anak-anak burung yang setiap hari mengajar dan mendidik. Pagi ini sungguh damai terasa. Bangun, mandi, solat Subuh dan hirup udara segar pagi betul-betul berhadapan dengan makhluk Allah yang setia dengan zikir mereka terhadap Pencipta...

'Nikmat' bermimpi selepas Subuh masih mengatasi 'Hikmah' di sebalik waktu selepas Subuh bagi sesiapa yang tertewas. Kamu dan saya masing-masing mampu berfikir. Lebih-labih lagi di hari mulia, penghulu segala hari ini...Mulakanlah dengan solat berjemaah, membaca al-Quran ditambah dengan zikir-zikir mathurat sambil bermuhasabah dengan diri yang kian alpa. Biasakanlah lidah dengan menyebut kalimah Tauhid dan banyakkanlah berselawat dan salam atas Baginda, Ahlibait dan para sahabat. Sebelum Solat Jumaat nanti, persiapkan diri dengan segala amalan sunat dan jika berkesempatan, sediakan waktu untuk membaca al-Kahfi seluruhnya.

Al-Imam al-Baihaqi al-Syafie meriwayatkan dalam kitabnya; Ma’rifah al-Sunan daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda pernah bersabda: Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari JUMAAT. Kata al-Syafie dalam riwayat Abu Sa’id: telah sampai kepadaku bahawa sesiapa membaca surah al-Kahf, terlindung ia dari fitnah al-Dajjal. Kata al-Syafie: dan aku suka memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW pada setiap keadaan (masa), adapun pada hari dan malam Jumaat, lebih-lebih lagi digalakkan. Aku juga suka tilawah surah al-Kahf pada malam dan hari Jumaat…
.................................................................

Tahniah dan takziah untuk pemilihan Badan Pengurus yang baru. Sahabat yang telah dijangka antara yang mendapat undi tertinggi. Berakhir sudah Muktamar Sanawi PMRAM. Terlepas peluang untuk menyertai terhalang dek urusan peribadi yang tak mampu ditangguh. Syabas dan selamat berbakti diucapkan kepada semua dan saya InsyaAllah akan berusaha dengan upaya yang ada bersama sama kalian dalam kerja Islam ini.

Semakin hari nafas semakin semput. Dada semakin berombak kencang. Fikiran bagai ditimpa beban yang memberat. Sejam, seminit dan sesaat terasa makin berharga. 18 hb April. Tarikh yang dikeluarkan untuk Imtihan Syafawi. Untuk hafalan mutun dan al-Quran. Mutun sahaja sudah mampu menghilangkan selera makan dan nikmat tidur kebelakangan ini. Ditambah dengan al-Quran yang...Aduh, malu rasanya dengan usaha tak seberapa. Allah, perbaiki dan kekalkan hafalan kami dan 'hidupkanlah' kami dengan KalamMu...

Ampun maaf jika ada yang terguris dengan lidah yang tak bertulang ini, dengan jari yang tak berfikir, dan mohon kalian doakan kejayaan kami hendaknya...Jazakallah.



Tuesday, April 6, 2010

Al-Fatihah...


Alhamdulillah, selesai sudah pengajian tutorial bersama Syeikh Abd Nabi. Salah seorang tenaga pengajar kami di kuliah Takahassus. Ini bermakna aura 'final exam' semakin kuat menghampiri. Kelas pengajian yang berjumlah sepuluh orang ini telah selamat ditangguhkan bagi tahun ini. Diharapkan untuk tahun hadapan, dapat lagi diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ketibaan peperiksaan akhir semakin hampir. Waktu yang singkat ini amat bermakna terasa. Hari-hari yang berlalu dirasakan penuh dengan permata yang tidak ternilai. Seperti biasa, semakin dekat dengan tarikh final, semakin meningkat indeks kemalasan . Sedangkan muqarar untuk tahun ini berakhir pada Surah Toha. Mungkin ramai yang mampu tersenyum jika telah bersedia dengan persiapan rapi pada awal-awal lagi. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang seperti aku...bertangguh-tangguh dan bermalas-malasan. Allahu...

Dalam diam, aku menggangumi semangat juang sahabat seperjuangan terdekat. Berdikit-dikit dalam 'bekalan' mereka, akan tetapi dengan nilai istiqamah yang tinggi, sekarang mereka akhirnya mampu tersenyum. Bahkan mampu bergelak ketawa. Hanya orang seperti aku sahaja yang memendam duka dan memerah keringat di waktu terdesak ini akibat tabiat buruk yang sukar dihapuskan. Malah wehhh!





Terubat duka dengan pencalonan dua orang sahabat daripada kuliah Takhassus dan seorang kawan baik daripada kuliah Syariah Islamiah. Walau siapa pun yang akan terpilih, didoakan kamu mampu memikul segala tanggungjawab dalam tempoh yang ditentukan. Adapun undi anda adalah rahsia :).



Berita mengejutkan diterima mengenai seorang sahabat yang maut akibat mangsa kemalangan di sini. Diharapkan para sahabat dapat meluangkan waktu untuk mensedekahkan doa untuk Allahyarham Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin, mahasiswa al Azhar Kaherah, kuliah Bahasa Arab. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama para auliyaullah, ameen.

Amat kerap kematian melibatkan pelajar Malaysia akhir-akhir ini. Adakah aku juga tercatat akhirnya di sini...Kumohon husnulkhotimah ya Allah walau di mana nafas akhirku.


  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP