Saturday, October 24, 2009

Alahan punca sakit perut


Istilah ‘sakit perut’ ialah satu huraian, bukan diagnosis. Dalam kegunaan biasa iaitu di kalangan bukan pengamal perubatan, ia bermaksud perasaan sakit yang timbul dari ulu hati hingga ke kawasan suprapubik (kawasan di atas tulang pubik).

Ia merangkumi segala masalah atau penyakit yang menyebabkan perasaan sakit di sekitar kawasan itu, sama ada penyakit organik (berkenaan dengan organ badan) dan yang tidak organik.

Hari ini, kita sudah mengetahui pelbagai penyakit organik yang berkaitan dengan sakit perut. Kita juga menyedari ramai kanak-kanak mempunyai intoleran terhadap sedikit rasa sakit tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak terganggu dengan rasa sakit itu.

Sakit perut yang dialami mungkin sekejap-sekejap atau terus menerus.

Diagnosa yang dibuat bergantung kepada rekod perubatan penyakit daripada ibu bapa dan/atau anak-anak, pemeriksaan klinikal, ujian tertentu seperti ujian darah, radiologi, ujian-ujian khas gastrousus, pengujian terapeutik dan sebagainya.

Seringkali, kita boleh mengaitkan ciri-ciri tertentu simptom sakit perut itu dengan penyakitnya. Sungguhpun begitu, kadangkala anak mungkin mempunyai ciri-ciri lebih dari satu masalah atau penyakit. Contohnya, seorang anak mungkin mengalami simptom susah buang air besar di samping simptom perut berangin yang mungkin berpunca daripada alahan atau intoleran kepada makanan.

Berikutan itu, sejarah perubatan penyakit amat penting untuk mencapai diagnosa tepat terutama daripada ibu bapa jika anak-anak masih kecil dan tidak berkebolehan memberi huraian terperinci.

Istilah sakit gastrik sering digunakan untuk menghuraikan penyakit ulser peptik iaitu ulser di organ perut dan organ duodenum (bahagian pertama usus kecil). Bergantung kepada umur anak, penyakit ulser peptik boleh berpunca daripada ubat-ubatan seperti steroids dan ubat tahan sakit anti-inflamasi bukan steroid, dari ketegangan mental atau fizikal iaitu apabila mengalami penyakit tertentu seperti pelecuran (burns), kecederaan otak dan penyakit pada sistem lain di tubuh). Sakit gastrik juga boleh berpunca daripada jangkitan kuman ‘Helicobacter pylori’.

Jangkitan Helicobacter pylori pada se seorang dewasa lazimnya diperolehi pada zaman kanak-kanak. Secara kelaziman ia juga didapati lebih kerap dalam ahli keluarga dan dalam institusi di mana anak-anak hidup secara berdekatan satu sama lain.

Terdapat cukup bukti untuk mengaitkan jangkitan Helicobacter pylori dalam jangkamasa panjang dengan pembentukan barah perut di kalangan dewasa.

Kajian epidemiologik mengenai kaitan itu cukup untuk meyakinkan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengklasifikasikannya sebagai bakteria pertama yang boleh menyebabkan barah.

Sungguhpun demikian, soalan mengenai peranan H.pylori sebagai punca sakit perut di kalangan anak-anak dan remaja masih belum terjawab.

Rujukan: Berita Harian



2 comments:

Duan October 26, 2009 at 5:22 AM  

owoh..
smart ngat mu posing atas daun keladi tu..
mesti mamat yg tangkap gambor owk..??

lalala

@MBe October 26, 2009 at 7:27 PM  

mu tukar la wan,mamat yg duk atas daun tu.haha...se lg,mu yg snap pic tu kn.wat xigt buleh mu ni.wakaka...

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP