Friday, October 16, 2009

Perilaku Zalim Hj Salim


Suatu ketika dulu...

tong...tang...pang...krenggg...ktungg...ktangg...
Kali ini paip dalam tandas dibaiki dan ditukar baru. Seperti biasa proses islah atau baiki ini akan dibuat paling kurang 3@4 bulan sekali. Setiap kalinya berlainan kerosakan. Sebelum ini, saya redha dan biarkan segala tindakan tuan rumah yang agak kritikal ini jika dibandingkan dengan mana-mana pemilik rumah yang lain.

"Ini resitnya".Sambil Hj Salim menyerahkan sekeping resit harga bertulis tangan kepada saya. Tertera harga 350 LE kesemuannya. "Eh,takkan baiki banyak tu, start lepas Asar abis lepas Maghrib leh sampai 350 LE kot?". Saya bertanya dengan nada yang agak tinggi. "Err, tu cuma jumlah barang dari paip, kepala paip,paip mandi dan segala yang berkaitan. Jumlah kesemuanya ada kat belakang resit tu"...Sekali dengan upah tukang paip, jumlahnya 650LE.".Jawapan yang makin buat saya naik angin. Tak pernah dibuat orang satu resit untuk dua perkara. Satu untuk barang-barang dan di sebelah belakangnya pula untuk upah kepada tukang paip. Yang makin buat saya naik sawan apabila melihat jumlah upah yang dikenakan."Hah, 300 LE??!!!".Dengan muka tak bersalah, Hj Salim mengganguk perlahan.

Tanpa bicara panjang, saya katakan yang kami tak mampu bayar untuk barang-barang inikan pula ditambah dengan jumlah upah yang agak tak masuk akal. Hj Salim mendengus kasar apabila mendengar jawapan saya."Inikan rumah yang kamu tinggal. Paip yang aku baiki tu dah lama, dah bocor".Seperti biasa, ayat untuk buat kami jadi serba salah. Sudah setahun saya bergelumang dengan feel perangai Hj Salim. Tak perlukan masa yang lama, saya membalas dengan kata-kata nekad. "Kalau haji nak kami bayar, ok...ini sewa kami untuk bulan ini, dan ini juga sewa kami yang terakhir. Sambil saya hulurkan duit sewa bulanan kami yang berjumlah 575 LE. "Bulan depan kami akan cari rumah yang lain." Saya balas dengan kata-kata yang dah saya fikirkan sebelum itu. Riak wajah Hj Salim bertukar kelat. Sebenarnya saya panas hati dengan sikap tamaknya yang tak kunjung sudah. Tanpa mempedulikan Hj salim, saya terus masuk ke dalam rumah meninggalkan dia seorang diri...

Tok...tok...tok..tok...
Pintu rumah diketuk selepas beberapa ketika. Muncul Hj Salim dengan senyuman yang jelas dibuat-buat..."Ok macam ni, kita tak payah susahkan hal ini. Aku akan kurangkan dari 650LE kepada 600 LE je. Lagi 50 Le tu aku halalkan". Jelasnya tanpa dipinta. 'Terharu' dengan kata-katanya yang penuh dengan sifat 'pemurah' itu, saya menyumpah seranah Hj Salim(dalam hati je la). Saya menjawab pantas " Maaflah haji, kalau haji nak suruh kami bayar jugak boleh. Tapi kami akan bayar untuk barang-barang je, untuk upah kami takkan bayar. Mapuh la kami nak bayar belake seme( dalam loghat kole berang ). Haji kan tuan rumah ini. Bahkan bangunan ni keseluruhannya. Kami tinggal sini dah la bayar sewa bulanan yang tinggi. Ditambah pula untuk bayar hok islah gini pulok. Kami ni pelajor la haji, bukan kerja macam anak-anak haji!" Penerangan panjang lebar saya luahkan dengan nada geram tapi masih cool. Hj Salim terdiam sejenak seraya menyambung kata-katanya. " Tak pe la, lepas ni la aku bagitau ape-ape keputusannya " lalu berlalu pergi meninggalkan saya ke rumah anak kesanyangannya di tingkat atas.

Kami memang berkira-kira untuk berpindah jika Hj Salim masih lagi berkeras dengan keputusannya untuk memaksa kami untuk membayar semua jumlah yang diberitahu tadi. Kami masih boleh tasammuh untuk membayar separuh daripada harga total.
Selang tak beberapa lama kemudian, pintu rumah kami sekali lagi diketuk. Hj Salim tanpa banyak soal menerangkan yang kami boleh bayar separuh daripada harga yang dikenakan tapi dengan bersyarat. Dah saya jangkakan akan hal ini. Saya pasti syarat tersebut tak dapat tidak sememangnya berkaitan dengan duit. Hj Salim tak pernah lakukan sesuatu yang bakal merugikan di sebelah pihaknya. Itu saya amat pasti dengan carannya.

"Kamu bayar 300Le pun tak pe, tapi sewa rumah kamu bagi tahun depan akan aku naikkan. Sekarang 575 LE akan aku naikkan sebanyak 65oLE bermula awal tahun depan. " Ya Allah, saya terkejut dengan tindakan drastik Hj Salim kali ini. Setiap tahun memang telah kami sedia maklum akan ada kenaikan harga sewa rumah. Jika dibandingkan dengan harga kenaikan sebelum ini hanya sekitar 20-30 LE sahaja, jauh berbeza dengan kali ini sebanyak 75 LE!.
Saya tersenyum pahit sekadar memperlihatkan kepada Hj Salim kebencian dengan keputusan bodohnya itu...

"Saya dan kawan-kawan akan berpindah bulan depan. Itu kata-kata terakhir kami jika haji masih meneruskan niat untuk naikkan sewa sebanyak itu. Lagipun sewa 575 LE ini baru sahaja haji naikkan, belum lagi sampai tempoh untuk setahun...Maaflah ammu(sedikit tinggi). " Fikirku, ayat nekad sebegitu diperlukan ketika saat-saat genting begini. Kalau diikutkan, untuk berpindah bukan perkara yang mudah. Makin bertambah masalah dan kesulitan sebenarnya. Tapi untuk menghadapi kerenah tuan rumah seperti Hj Salim ini, kami lebih rela untuk keluar mencari syaah baru walaupun rumah baru bukan senang dicari dengan harga sewa yang berpatutan.

"Err, jangan begitu...Ok2, aku akan tangguhkan dulu kenaikkan sewa itu ke tahun depan yang berikutnya. Maknanya, untuk bulan depan dan bulan-bulan seterusnya kamu hanya bayar 575 LE sahaja." Terang Hj Salim takut-takut. "Bagaimana dengan duit islah pulak? Kami hanya boleh bayar separuh dari jumlah semua. 300 LE je dan itu akhir kalam kami. " Saya teruskan dengan persoalan asal..." Urmm, baiklah. Aku terima separuh daripada bayaran itu. Tapi kamu kena ingat, sewa kamu untuk tahun depan iaitu bermula dari bulan September akan dinaikkan kepada 650 LE. Camner, kamu setuju@tak?" Jelas Hj Salim penuh terancang. Kami sedikit gembira dengan penjelasan itu tapi timbul masalah baru berkaitan kenaikkan harga sewa. Hal under spot sebegini memerlukan perbincangan yang lebih teliti daripada kami.

Selepas selesai berbalas cadangan dan perbincangan ringkas sesama kami, akhirnya kami bersetuju memandangkan 650 LE itu agak berpatutan jika dibandingkan dengan sewa rumah sahabat-sahabat kami yang lain. Ada di kalangan kami yang menyewa sebuah rumah dengan harga sekitar 700-800 LE sebulan. Tambahan pula, sewa itu hanya akan dinaikkan ke bulan September tahun depan. So, awal tahun depan tiada kenaikan sewa seperti kebiasaannya. Kami bersetuju tapi dengan mengambil pendekatan yang serupa dengannya.

"Baiklah Hj Salim yang baik hati, kami bersetuju. Tapi juga dengan satu syarat daripada kami."Saya menutur kata dengan perlahan." Tabb, mafisymuskillah. Apa die syaratnnya? "Soal Hj Salim terburu-buru...Saya menyambung" Selepas dari hari ini, jika ada kerosakan atau apa-apa yang perlu untuk dibaiki di rumah ini, kami perlu dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tindakan islah dijalankan. Dan kami juga perlu tahu jumlah harga yang akan dikenakan sebelum proses islah itu berlaku untuk kami kaji. Jika mahal, kami takkan benarkan islah kat rumah ini. haji fahamkan?" Soal saya bagi memastikan Hj Salim betul-betul faham dengan situasi kami yang hanya seorang pelajar di sini.

Tujuan syarat itu kami kenakan agar selepas ini tiada lagi penganiayaan sewenang-wenangnya sepertimana yang berlaku pada hari ini dan sebelumnya. Sambil mengganguk dengan teragak-agak, terdengar perkataan 'tabb' daripada Hj Salim yang bermaksud baiklah...

Kami tersenyum puas. Saya kira kali ini sebagai 'win-win situation'. Tak seperti kebiasaan. Persoalan adakah Hj Salim akan akan mengikuti syarat yang telah kami persetujui. Akan saya sambung di lain entri. Untuk kali ini, kami tak menang dan kami tak kalah. Kami ingatkan kelegaan kami berpanjangan....Tapi Hj Salim, arab mesir yang licik dan penuh dengan plan untuk mengkayakan dirinya yang dah tersedia kaya. Jauhkan saya dari sikap sebegitu...wana3uzubillah...


6 comments:

Ya Habibi October 16, 2009 at 1:21 PM  

Assalamu'alaikum..

Hehe.
Zalim ye.

Kelakar pun ade,

apapun, sabar jelah.

=]

@MBe October 16, 2009 at 9:06 PM  

wlkmslm...

dah sabar...harap sempat sabar sampai selesai stdy la.
susah kn kalau dh tua2 ni perangai cm2.huhu...

Hares Takeery October 20, 2009 at 1:55 AM  

doh kalu gitu..balaik la wok!!

@MBe October 20, 2009 at 5:29 AM  

balaik uge la awang...

Anonymous October 25, 2009 at 4:18 PM  

mahal giler...baik duk hotel..kik

@MBe October 26, 2009 at 7:24 PM  

giler xmahal gtu wase...haha.

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP